Thursday, 29 November 2012

B to the Z.

since last week, dah start test 2. and last payyperr will be on tomorrow. ah. patutnya harini dah habis tapi disebabkan oleh keefisienan Dr. Makmom pulang dari Korea , maka test subjek beliau akan diadakan pada esok hari and kitorang dapat tahu benda alah ni petang semalam. terbaik tak terbaik lah kann. tapi kalau tahu awalawal pun bajet macam study awal pulok. :D



so, rasanya kepala otak sangat burden burden burden. keneneng. blank. blur. kena gerudi dengan Screw Auger. semua nye pun boleee. aku dah rasa macam species Na'im 4.0. yang tu takyah sembang banyak lah siapa parent material segala. sampaikan guwa jatuh longkang hoii. turun lagi harga lepas sunburn balik dari berakit tak elokelok. lepas tu campur pulak lagi sunburn pergi berjimba kat International MAHA. eh sempat pulak nak pergi berjimba ke MAEPS yang jammed tu? =.=' takpe, demi makanan. ahaks.

Na'im.

Entry Malam Jumaat ini hari kita tangguhkan dulu. lepas habis test, guwa nak pergi tonton Lagenda Budak Setan 2 dengan Jean Todd and Hazzad. dye ajak pergi tengok kat Pavi woh. festime festime. naik Isnin, terus ada video presentation di mana video nya belum shooting lagi. itu akan disetelkan ini minggu. and along next week, plan aku siapkan segala bagai coursework English yang taknak banyak pulakk. lepas tu, nak canggih semua nak pakai online. line wifi kolej sekarang ni dahlah ala-ala kura-kura nazak yang menanti ajal beliau tiba. haih. sabor je lah mak jemahhh.



alah banyak lagi lah benda alah nak kena setel. makin nak habis semester, makin banyak pulak kerja nak kena buat. kali ni baru betulbetul terasa jadi student degree. hewhew. okay nampak sangat setahun ni berbulan madu di awan biru. kalau nak diceritakan jadual 7 minggu ni memang telenovela lah entry ni yang pengisiannya sangat Ba Wau Re Nge BORING. jadi baik kita tamatkan sekarang.

Shahredza Minhat punya dialog dalam Pisau Cukur.

tapi tapi tapiii hari ini diakhiri dengan berita sedih. Dr. Zahiril si Sheera tu dah ada girlfriend. sobs sobs. budak Masters. okay lepas ni guwa kena jadi budak Masters dulu baru boleh berganding dengan Dr. A. tak gituuu. #eh :P

jadi, adakah patut aku teruskan Cinta Terlampau sehingga episod hari ini atau tamatkan macam tu sahaja? dilemma.

p/s :: aku tak mengerti apa yang ku rasa.

Saturday, 24 November 2012

Prolog RAKIT.

from the official photographer of the XPDC, I present to youuuuuuu

all of the participants of the XPDC. :D
time ni was the first day of our arriving. kita nak buat water confident lepas tu hias rakit. :)

Team Rakit 6. 

Me, Kak 'Ain, Kak Fatin and Harzin. ready on the next day morning to start our rafting journey! yeayyy :D sebenarnya ada lagi sorang, Makle the Team Leader. tapi dia dah gerak awal pagi pergi sarap nasi lemak kat kedai luar. nampak sangat starving macam Potato People. :O

Group 7. 
 the best members and companions. were the first one yang tegur aku masa malam nak depart tu. :) Fira, Farra and Ika. at the back, Pritpal. group ni pun ada Jeri the Team Leader yang dah gerak dengan Makle.

The Daebak Sisters!
Kak 'Ain and Kak Fatin. madang gelak jee dari first day until the end. :'D final year students. and muka guwa ada separuh je kat sebelah tu. =.='

meet my brother, Makle. :)

inilah Makle the Team Leader. tak tahu macam mana end up baik betei dengan dia. a final year student of Masters. taking care of a team of us really really great! *yeke? :P


Team Rakit 6, Group 8.

the most surprised moment was when we were announced as "Kumpulan Rakit Yang Paling Bekerjasama". whoa whoa. terharu siot. T_T padahal chillax chillax je atas rakit tu. siap makan, menari, menyanyi, berenang and all those stuffs. the most memorable moments I ever had in my life ;D

ini photos daripada official photographer of the XPDC. team aku ada private photographer iaitu Harzin. nanti aku copy the gambarS of us on the rakit. siap buat video lagi. hewhew. baru boleh sembang banyak. soooo please look forward for my first time experience! thank you. :)

p/s :: final exam is upcoming in 5 weeks.

Thursday, 22 November 2012

Entry Malam Jumaat #7

haritu aku terbaca notis kat Uspot yang akan terdapat gangguan bekalan air disebabkan oleh kerja-kerja pembaikan paip ke apa benda entah. haa. aku rasa takde apa yang lebih menakutkan lagi selain ketiadaan air di kolej kediaman. ini entry paling seram pernah aku buat. kahkah. okay tak kelakar pun.

ini stok air aku. terpaksa guwa keluarkan stok makanan yang ada dalam ni semata-mata nak isi air. bijak bukan? 

salah satu sudut dalam bilik air. ce teka baldi guwa yang mana?
basically, dalam bilik aku boleh dikatakan ada bath tub lah. hahaha. okay tak kelakar lagi. tapi Alhamdulillah sampai dah lepas time interval yang dijangka, masih ada air. so, apa yang penting, malam ni guwa ada test General Writing Skills. dan esok Calculus. sila tolong doakan guwa dapat jawab yang terbaik kasi up lagi carry marks yang semputsemput nak capai takat lulus. sekian, terima kasih. guwa memang tak dapat nak balas apa-apa. semuanya akan datang daripada Allah. insyaAllah. ciao! :D

p/s :: I won't crawl back.

Wednesday, 21 November 2012

Cinta Terlampau #3

Aku sebagai Sheera.

naaaaahh~ semester 1 dah tamat! nothing very special selagi aku tak masuk dalam kelas Dr. Zahiril. HAHA. adoii ni angau betei dah ni. okayokay Sheera. behave! Mummy hantar kau sini suruh kau belajar and grad lepas tu kerja lepas tu kau nak buat majlis kahwin grand macam mana pun Mummy tak kisah. fuhh Mummy punya citacita boleh tahan ek. hehehe. tapi habis belajar then nak kahwin tu kena lah ada calon kan? sooooo calon aku sekarang ni ialah Dr. Zahiril lah. kuikui. XD shhh jangan bagitau Mummy tau! mati aku kena bebel. erkkk.



nampaknya lagi sebulan lah aku kena tunggu untuk jumpa calon bakal suami aku tu. and of course aku dah register subjek kelas dia iaitu Kimia Alam. I have no idea at all apa course outline subjek ni. haih pelikpelik jee. tapi takpelah. yang penting lecturer. hewhew. bukan semata-mata sebab Dr. Zahiril tapi aku tau kat universiti ni nak lulus dapat A semua berkait rapat dengan sikap dan hubungan dengan lecturer itu sendiri. tapi NO NO NO. aku takkan jadi kaki bodek atau ampu sekadar nak dapatkan A yang entah kualiti atau tidak. itu bukan prinsip aku. walaupun Dr. Zahiril tu PA aku. :)

but actually I've heard quite a lot from seniors about him. fussy, unpredictable, strict and whatsoever. macam tak percaya jugak sebab dye dalam range umur kitakita jugak but I'm not worry much because aku percaya selagi aku berusaha gigih dan follow semua apa yang lecturer ordered, insyaAllah aku akan cemerlang. weeeee~ tak sabar nak tunggu bukak semester baru. nak tengok betul ke apa yang seniors cakap tu. I'll do the best. all for Dr. Zahiril. eh eh. :P



aduhaiii. entah bila lah cerita aku ni nak habis. tunggu lah lagi beratusribu episod yang tiada motif. hahaha. till then, Sheera.

p/s :: cerita rakit belum boleh gebang. sedang tunggu gambarS. :D

Sunday, 18 November 2012

berakit-rakit ke hulu, berenang-renang ke tepian.


ada cerita tentang aku dan dia :D

nanti cerita aaa. tiada mood untuk berblogging.

p/s :: kerja menggunung tapi rasa macam di tanah rata je. #copypaste

Wednesday, 14 November 2012

Cinta Terlampau #2

Aku sebagai Sheera.

okayyy not bad jugak so far. dah berapa minggu aku kat sini, rasa menarik tertarik aku makin tembam. huwaaa I admit I dah makin chubby kot tinggal sini. =.=' sedih! takpetakpe. aku register Koku Volleyball so harap-harap berbaloi lahh untuk pergi saiz S. erkkk!



haa ingat kan yang aku cakap pasal Dr. Zahiril tuuu? dah dapat sikitsikit dah info pasal dia. kehkeh.aku ada member, coursemate from Asasi. PA dia pun Dr. Zahiril tu jugak. so ada lah dia ceritacerita pasal Dr. tu. umur dia baru 28 kot. dah ada PhD. style gilaaa. konfem bijak laksanasinisitu hewhew. dahlah kaya. hensem pun boleh tahan. single pulak tu! tapi tu lah dengar cerita dia pernah cakap yang dia dah ada semua so what for nak kahwin? errrr. well, sekarang memanglah kan nanti dah tua, haaa who knows. somebody is craving for a wife. kikiki. :P

but macam too late to move a step sebab sem ni tak ambil kelas dia. so kita tunggu sem depan lah. hikhik.

okay nanti cerita lagi. till then, Sheera

p/s :: Dungun oh Dungun.

Monday, 12 November 2012

Cinta Terlampau #1

Aku sebagai Sheera.

9 September 2011. hari tu merupakan hari pertama aku menjejakkan kaki ke salah satu universiti idaman aku, iaitu Universiti Putra Malaysia (UPM). aaaaaaaaaaa seronok dia aku taktau nak gambarkan macam mana. tapi sedih sikit sebab masa tu member tempat kerja nak datang raya. emm tapi takpelah kan hehe. so, basically macam biasa lah. uruskan segala macam nak masuk kolej, orientasi and bla bla bla. boring siot. macam budak sekolah. tapi budak sekolah lagi best kot. okay tak kisah lah.



esoknya, kita pergi melawat fakulti. okay Fakulti Pengajian Alam Sekitar sebab aku further degree in Bachelor Of Environmental Science & Technology. senior kata panggil BEST. okay budak BEST harapharap best lahh. taklimat segala lagi from Dekan and entahlah siapa lagi. aku pun tak amik port sangat sebab aku mengantuk and boringggg takde member. forever alone ke lone ranger ke tu semua aku lah. hah. tapi dalam pada dengardengar tu, mata aku asyik tengok depan je jugak. tapi bukan pada orang yang berucap. ada satu keindahan ciptaan Allah yang menarik perhatian aku. A MALE LECTURER.



pheww. siapa tu siapa tu. harapharap dapat masuk kelas dia nanti. see dah berangan sangat ni. anddd luckily kita boleh jumpa semua lecturers yang ada to interview them !! I was like tak sabar and overwhelmed gila nak cari lecturer tadi. tapiiiii aku takde member lagi untuk samasama pergi so I just follow je a big group wherever they went. and that group pulak course BEM. haha. noob gila aku rasa. pusing punya pusing, I found the place lecturer to held his interview. emm dah masuk tapi pandang je dah berdebar and terus jalan tinggalkan tempat tu. ahh sayangnyaaa. T_T

tapi tapi tapi lagiiiii aku dapat tahu yang lecturer tu PA akuuuuuu. hahaha. PA stands for Penasihat Akademik. basically, anything nak tahu, problem, urusan or whatsoever boleh contact dia. haa nampak tak jodoh di situ? wakaka. hmm tapi dari cara dia aku tengok macam taknak layan sangat je. tapi takpelah as long as dia jadi PA aku, I will always have chances to see him. naknak bila dapat kelas dia. bila lah kannn. hahha. apa yang aku suka sangat pasal dia? entah. tapi dia tinggi, putih, body pun not bad. specky lagi. cumaaa alah itu dimaafkan. itu luaran je. nanti sure aku akan selidik lagi. oh oh I have to call him Dr. Zahiril. :)

okay nanti cerita lagi. till then, Sheera.

p/s :: Istanbul Aku Datang awesome! :D

Thursday, 8 November 2012

Entry Malam Jumaat #6

hari tu masa kelas Etika Masyarakat , aku dapat group assignment yang kena submit mingguminggu akhir nanti. kumpulan aku dapat tajuk Genetic Engineering. sekali dengar macam gempak gila babeng kan. tapi dalam kepala otak aku takde fikir benda lain. KLON.



sebut pasal klon ni, aku selalu terbayang macam mana lah agaknya kalau aku ada klon. sejibik sejibeng macam aku. alah memang lah apa orang kata tu, dalam dunia ni ada 7 orang yang muka sama dengan kita? lebih kuranglah kan. even kembar seiras pun ada. tapi maksud aku, aku terfikir macam mana kalau aku tengah tidur dalam bilik, tapi pada masa yang sama aku tengah makan dengan member aku kat cafe? boleh buat kerja dalam dua masa. "memang terbaik". aku dah senyumsenyum sensorang berangan dalam kelas tu tentang beberapa perkara yang menyuburkan pertumbuhan tanduk syaitonirrojim kat kepala aku ni.

disebabkan lambat lagi nak submit jadah assignment  tu, aku lek luu lah siapkan assignment lain yang berlambaklambak mintak penampor nak submit cepat. satu malam tu, aku work on lab reportS Hidupan & Air. sebab haritu ada cuti raya haji, aku dengan tak beretika nya menangguhkan report yang sebelum tu kena buat. so, padan muka sendiri lah bakar minyak tengah malam nak siapkan sebab tiba-tiba je baru teringat esok nak kena submit. macam bandan.

burning the midnight oil

hoyy mengantuk dia stay up malam tu toksah banyak bunyik laaa. gigih gila cari jawapan and discussion kat internet sambil dengar lagu-lagu kat dalam handphone yang dah berapa ratusjuta kali main entah. room mate aku masa tu semua dah tidur. bertemankan lampu meja yang semputsemput mengeluarkan cahaya, aku tahan je mata yang berat gajah ni. tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku. perlahan sangat, lembut.

berderau darah aku. nasib baik lah aku pusing nampak muka setonyeh Mira. rambut panjang kusut masai tutup sebelah muka dia. terkujat lah jugak kan.

"beb, teman aku pergi toilet. pundi dah sendat." kata Mira.

"isy kau niii. tanjat aku. hah cepatcepat." aku marahmarah manja.

sempat aku kerling jam kat laptop ni, pukul 2 pagi! hebat betei tenaga dalaman aku ni. kahkahkah aku gelak dalam hati. "tak lawak pun" aku kutuk diri sendiri.

masa kat toilet, aku nampak Mira masuk toilet nombor 3. aku bajet nak tunggu je tapi sebab takut body temperature regulation mode activated, naya aku. so aku pun masuk gak toilet sebelah Mira. masa aku keluar, aku ingatkan Mira tak sudah lagi sebab aku takdengar pun bunyi dia keluar. tapi, aku tengok toilet nombor 3 tu dah kosong. 

"cinabeng punya Mira tinggalkan aku. senyapsenyap kau blah eh" aku dah nak start seranah dah bila aku nampak Mira kat sinki macam tengah gosok gigi membelakangkan aku.

"woi kau dah kenapa tiba-tiba nak gosok gigi. Subuh pun belum. kau nak qiyamullail ke?" aku sergah Mira dandan tu jugak.

tapi dia senyap je sambil teruskan gosok gigi. 

"alah kau. gigi kau gosok lama mana pun takde maknenye nak putih. berdarah mulut kau nanti baru tau." aku kutuk dia.

memang apa gigi dia bukannya putih berseri. lebih kurang je macam aku ni ha. tapi dia buat aku macam cakap dengan spender basah. cisdel sungguh. tapi tak lama lepas tu, tangan dia terhenti. hah mesej baru delivered lah tu. pending pulak tadi. 

"berdarah macam ni keeee...??" 



serentak dengan itu, Mira pusing menghadap aku. mulutnya berdarahdarah. lendir hanyir meleleh-leleh dari tepi bibirnya. di tangannya bukan berus gigi tetapi pisau! Mira tersengih menyeringai menampakkan gigi merahnya sambil berdiri tegak merenung tajam kat aku. aku ketap gigi, kaku. lutut aku menggigil-gigil tapi aku tak boleh bergerak. suara aku bagai tersekat di kerongkong menghalang aku daripada meminta tolong.

Mira menapak selangkah mendekati aku. jantung aku dah macam nak tercabut. Mira mengangkat tinggi tangan yang tengah pegang pisau tu nak tikam aku. aku pejam mata rapat-rapat. lepas tu aku dah tak sedar apa-apa.

bukak je mata, aku nampak Mira lap muka aku dengan kain basah. wangi. konfem rembat Dettol aku. jadah apa lap muka aku dengan sabun Dettol? aku terus bangun, duduk. muka Mira blur gila tapi lepas tu dia terus sembur aku.

"kau buat apa doe tidur dalam bilik air? mengigau ke apa? ha? dahlah malam tadi aku kejut kau teman aku pegi toilet tapi kau dah keluar dulu. siot tak tunggu aku nak ambil towel. terus tak jadi aku keluar. seram woh koridor ni. senak kau tau tak aku tahan sampai Subuh tadi??!"

aku dah speechless gila babeng. apa siak minah ni bagitau aku? tak larat nak proses peluru si Mira ni tembak aku. tapi aku nak cerita kat dia pun kang mampos dia terjerit-jerit. dah tu yang aku nampak tu siapa? 

KLON MIRA??!

p/s :: dah seminggu.

Wednesday, 7 November 2012

Saya Suka Cheese Cake Yang Awak Buat Je :').


Setiap hari mesti aku lalu depan kedai kek ni. Orang cakap kek kat kedai ni boleh tahan sedap especially cheese cake dia..
tapi tu bukan sebab utama aku mundar-mandir depan kedai ni.

aku : Alamak! Dia datang sinilah..

Dia nilah sebabnya...

dia : Hai cik, ada apa-apa yang boleh saya tolong? Cik berdiri kat sini dah dekat 10 minit, nak masuk dalam duduk tak?



Akhirnya aku masuk jugak..

aku : Terima kasih.
dia : Sama sama! Erm nak makan apa-apa tak? Nak cuba cheese cake kedai ni?
aku : Hmm.. okey gak tu.

Memang sedap cheese cake ni..tapi apa yang pasti..aku hanya suka kat cheese cake yang dia buat.
Tak sangka aku habiskan semuanya.




dia : Macam mana? Sedap tak cheese cake saya tu?
aku : Hmm..sedap!
dia : Hehehe..mestilah sedap, tempat lain awak takkan jumpa punyalah. Erm saya harap kita boleh jumpa lagi. Terima kasih ye..
aku : Sama sama...

dia : Setiap kali awak ke mari mesti order benda yang sama. Awak memang suka gila kat cheese cake yang saya buat, kan?
aku : Err.. A'ah..

Takkan aku nak terus terang yang sebenarnya aku minat dia..




dia : Saya tengok awak happy je. Meh saya ceritakan pasal cheese cake.

Akhirnya jarak antara kita berdua semakin dekat. Aku betul betul berharap agar dapat menikmati kegembiraan yang singkat ni selama lamanya. Tapi...realiti segera menyedarkan aku...

awek : Abang hensem, saya pun nak cheese cake jugak..!
dia : Sayang, jangan macam ni. Kan ada pelanggan kat sini.
awek : Yelah..awak ni pun bukannya boleh percaya. Ooo..nak pikat awek ek? Kalau nak pikat awek, pikatlah saya ni..abang hensem!
dia : Alah..sembang kejap je..
awek : Saya ni pun sengaja je datang sebab nak sembang dengan awak. Awak sembang dengan saya dulu ek?

......
Beginilah keadaannya.. Percintaan cheese cake aku belum pun bermula tapi dah pun berakhir. Sejak hari tu, aku rasa aku takkan suka pada cheese cake lagi.




adaptasi daripada sebuah komik and re-post from My Notes on Facebook.

p/s :: Black Cat - Turbo

Wordless Wednesday #7


Si Gigi Rabbit yang tough. :O

p/s :: yeah nak pergi kem weehooo :D

Monday, 5 November 2012

konflik emosi.

aku suka tapi aku takut.
nanti aku sedih.
padan muka aku sendiri. 
tak baik kan aku ni :'(

Saturday, 3 November 2012

Cerita Cinta Terlampau.

Sheera melihat susuk tubuh yang sedang berjalan dari jauh tanpa berkedip.

"Dr. Zahiril!" getus hatinya.

dia lantas membetulkan tudungnya yang senget setelah ditiup angin sebaik sahaja turun dari bas depan fakulti sebentar tadi. tanpa diduga, langkah pensyarah subjek Hidupan & Air bergegas ke arahnya. sebaik sahaja Dr.Zahiril berdiri tegak di hadapan Sheera, "Jom cepat ikut saya!" lantas Dr.Zahiril menutur kata.

Sheera kelam kabut membuntuti Dr. Zahiril ke arah kereta mewahnya bersama otak yang ligat berputar tertanya-tanya mengapa Dr. Zahiril bersikap sedemikian. nasib baik dia seorang diri waktu itu. entah apa rakan-rakannya akan fikir nanti.

"Ishh. Tiba-tiba je. Dah kenapa Dr. ni. Cuak betei." gerutu Sheera. jantungnya berdebar-debar tatkala melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan kereta Mitsubishi Lancer kepunyaan pensyarahnya yang dibeli secara tunai.

tak tahu lah kereta apa sebenarnya ni.

tanpa mengetahui arah tuju, Dr. Zahiril meneruskan pemanduan keluar dari kawasan kampus Universiti PutEra Malaysia. kelihatan peluh manja menitik dari dahinya menandakan ada sesuatu yang meresahkan hati dan pemikirannya. sekilas Dr. Zahiril memandang Sheera yang diam membatu. "Saya nak awak jadi isteri saya." lancar.

"AAAAAAAAAAAAA!!!" Dr. Zahiril menekan brek secara mengejut apabila Sheera menejrit bagaikan disampuk hantu.

"Betul ke Dr. ??" tanya Sheera keriangan sambil tersengih dan mengedip-ngedipkan matanya berulang kali ke arah Dr. Zahiril.

"Errr..ye. Ye." gelabah Dr. Zahiril. tidak sangka respon Sheera sebegitu rupa.

"Saya serius. Em ehem biarlah saya straight to the point je. Sebenarnya ibu saya dah gesa saya untuk bernikah walaupun saya masih selesa dengan keadaan sendiri macam ni. And I know all things about you liking me from the start. I don't even know why I choose you but it's better I guess than I marry someone who hates and will always hate me to the end, right?" terang Dr. Zahiril.

"Heee Dr. tahu? Kantoi lah saya selama ni. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya supaya Dr. yang saya tahu belum berniat nak menikah nampak saya yang suka Dr. sejak hari pertama saya belajar dalam fakulti ni. Hehehe." cepat Sheera membalas.


Sheera mengimbas kembali bagaimana perasaannya berbunga sewaktu dia pertama kali berjumpa dengan Dr. Zahiril. hari orientasi fakulti merupakan salah satu sesi untuk mengambil peluang berkenalan dengan semua pensyarah. pada waktu tersebut lah Sheera terlihat akan Dr. Zahiril yang sibuk duduk melayan pertanyaan setiap pelajar. tapi Sheera sangat segan untuk turut serta menemu bual Dr. Zahiril lalu dia hanya memerhatikan dari jauh sahaja. tinggi, putih, berkaca mata, sedap mata memandang, berkelulusan PhD dalam usia yang muda.

sejak hari itu, Sheera sentiasa berdebar apabila ternampak kelibat Dr. Zahiril. dia sering menghebahkan perasaannya kepada rakan-rakannya tetapi dalam nada bergurau supaya tidak nampak yang Sheera ni desperate. dalam kelas, dalam Twitter, Sheera sentiasa cuba untuk mendekati Dr. Zahiril tapi dalam keadaan yang berhemah. akhirnya, sampai juga ke pengetahuan Dr. Zahiril melalui budak lelaki yang rapat dengannya. lalu peluang ini digunakan oleh Dr. Zahiril untuk memnuhi permintaan ibunya yang tercinta. tak kenal maka tak cinta.

"Em macam mana dengan parents awak? Mereka tak kisah ke kalau awak berkahwin umur 20 ni?" Dr. Zahiril menyambung bicara.

"Eh Dr. nak kahwin sekarang ke?" Sheera terkejut.

"A'ah lah. Saya taknak ada girlfriend or whatsoever. Biarlah awak jadi perempuan pertama dalam hidup saya selain ibu saya dan title awak adalah sebagai isteri saya, sampai bila-bila." tenang Dr. Zahiril melafaz kata.

"Dr. hujung minggu ni ikut saya balik kampung." sahut Sheera sambil tersenyum.

"Great!" Dr. Zahiril pula yang kelihatan teruja sedang Sheera tersenyum lebar selebar Sungai Pahang sepanjang perjalanan yang tiada arah tuju.

excited macam ni oh si Sheera tu.

tiba-tiba Dr. Zahiril hilang kawalan akibat keterujaannya sehingga melepaskan tangan dari stereng kereta. lalu kereta yang dipandunya terbabas sehingga terlanggar divider dan berpusing-pusing. Sheera berasa amat pening lantas tidak sedarkan diri.

sebaik sahaja Sheera membuka mata, matanya tertancap ke arah wajah Natrah, rakan baiknya. wajah Natrah tersengih seakan menahan gelak. Sheera terdengar bunyi gelak ketawa. lantas dia membuka mata sebesar-besarnya dan terus mengangkat kepala untuk memeriksa keadaan sekeliling. semua mata memandang ke arahnya. terkejut cipan Sheera apabila dia tersedar yang dia sebenarnya berada dalam kelas Dr. Imam, kelas pertama pada pagi itu. dia tidak sedar bila dia tertidur sehingga Dr. Zahiril hadir dalam mimpinya.

malu bukan kepalang memaksa Sheera keluar dari kelas dan terus menunju ke tandas untuk membasuh muka.

"ahh! damn damn. ape sehh aku ni. mimpi dalam bilik dahlah. ah cincaa." Sheera membebel seorang diri menyumpah dirinya.

akhirnya, sampai sekarang Dr. Zahiril tidak berkahwin.

**********
cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa, mahupun yang hidup atau yang telah meninggal dunia. there is no any revelation of heart.

Dr. Zahiril tu ala-ala cenggini lah, Kim Jong Kook ;P
p/s :: seronok sangat malam tadi >_<

Friday, 2 November 2012

teaser.

aku ada satu cerita untuk dikongsi. tapi sekadar angan yang tak sudah. bukan sekarang, akan datang. :D

lucky I'm in love with my lecturer..

p/s :: saya berdebar-debar dan terpinga-pinga