Monday 5 June 2017

Ada Apa Dengan Cinta?

Siapa sangka dalam masa 10 bulan, kau bertemu dengan seseorang, berkawan dan end up tunang and terus kahwin dengan dia. Selama bertahun-tahun kau single, tiba-tiba Joe datang cari kau. Joe mana? Joe-doh!



Ini, cerita cinta aku dengan Mohammad Firdaus bin Impian.

Ohohoiii gittew. Lamanyaaa tak update blog. Dah takda cerita best kot nak sembang. Sejak masuk alam pekerjaan ni, hurmm. Best kerja tu memang best. Tapi aku terpaksa korbankan semua aktiviti luar hujung minggu aku dan menikmati sepenuhnya off day yang aku dapat time weekday haha. Baru tau erti penyesalan. Off day penuh nikmat bila dapat balik kampung jumpa parents walaupun sekejap. Eh jap. Umi je. Bapak aku kat Sabah haha. Berapa tahun dah ni away from family? 2005 - present. Nak-nak sekarang dah kahwin. Ehhh cemana boleh tetiba kahwin ni? Haaaaaa cecite cecite. :p

So, nak start dari mana ni? Ermm. Okay siapa suami aku ni? Aku panggil AF je k (Abg Firdaus). Amboi abg terus. Sorry bukan nak gedik tapi sebab dari kecik memang dah panggil dia abg pasal dia tu sebenarnya jiran aku hahaha. Macam novel or drama TV3 jam 7 tak? Semua orang tanya, pelik, terkejut, tak percaya dan sebagainya. Haa cemana boleh dapat jiran ni. Al kisahnya …

Jiranku Jodohku.
Jun 2016. Masih bekerja, masih sendiri terperuk kat rumah sensorang walaupun off day tak balik kampung maka haruslah qada tidur lulz. Masa tu bulan puasa. Tetiba je ada orang request follow Instagram aku. Ooh rupanya AF. So approve lah je sebab of course kenal and in fact, aku memang friends dengan kakak and adik dia. So tengok-tengok photos, like-like bagai, acah-acah comment tetiba AF ajak buka puasa. Ehem first time dia ajak aku tolak. Eleh memain je ni tau sangat taktik pancing haha. A few days later dia ajak lagi. Kena pulak hari tu aku nak balik KL dari Melaka. So touch down KL cun-cun dah nak waktu buka. Aku pun setuju. Dengan jeans and tshirt with tudung sarung haha siapa kenal aku tu memang tau sangat lah aku ni jenis macam mana. Ada aku kisah ke.

That day was the first day aku jumpa bercakap dengan dia. Seingat aku lah sebab dulu memang main dengan kakak and adik dia je. First met after lots of years since 1996 then aku pindah Kuantan siap pindah Melaka balik on 2003. That was on 1st July 2016. Since on that day, we were contacting each other. Not that often but enough to be friends. Tapi aku bet dengan experience aku. Benda ni akan tahan dua minggu je. Then he will be gone in a snap of finger. Just like all those guys who tried to approach me before. We’ll see.

Two weeks was the benchmark lulz
One after another, it was raya. Then he asked me to accompany him pergi raya rumah kawan dia. And I was the only girl at that time. Motif. -_- so dengan siang tu kerja aku hanya makan sekeping tosai, kat rumah sorang kawan dia ni aku makan nasi goreng yang terhidang dengan gembiranya tambah 3 kali hahaha. Kali ke 3 aku tambah tu sempat lah aku jeling tengok muka memasing, ada yang menahan muka. Hahaha peduli apa aku. Lapar kott dahlah time tu dah lambat. Kerja penat. T_T And that day was 10th July 2016.

After that incident, dia reject aku. Lol taklah. 2 days later, he said he had something serious to talk to me. Jeng jeng jeng dah kenapa ni. Perasaan nervous bila ayat “I need to talk to you” daripada seorang lelaki sangat berbeza dengan daripada manager kerja kau. Haha. Tapi hal yang dia nak cakap tu was dragged until 16th July 2016 where he said he wanted to bring me to meet his family. And I was like whyyyy nak jumpa cik Pah and cik Pian. Cehh padahal dalam hati dah teka-teka tapi it’s just to sedapkan hati supaya tak jadi PERASAN. Haaa gittew. Anddd he said, “Abg nak serius dengan Sya.” Lalu Malaysia pun ada musim bunga hahahahah.

Bila tiba bab ni, aku ingat pesan kawan aku nama dia Kakcik. Kalau ada orang laki kata nak serius nak bawak jumpa family dia, make sure dia jumpa family kita dulu. And it was exactly the same thing I told him and all he said was okay. Bagus tak banyak bunyi aherherher. Nak dijadikan aturan Allah, the next day tu 17th July 2016 aku off day and planned to go raya with umi and my cousin kat area Shah Alam and Klang. So malam before tu umi sampai KL aku bagitau umi dengan gigil and debar nya, AF nak jumpa umi, dia kata nak serius dengan Along and bla bla bla taktau lah aku ada merepek ke tak haha. There goes the women’s talk in the car pasal relationship. Pasal apa? Biarlah rahsia kekeke. Yang pentingnya, it was all a happy and good words. Alhamdulillah. Masa buka puasa dulu umi macam terkejut jugak aikk macam mana pulak boleh nak keluar dengan AF tu. Aku selamba laa dah ada orang nak belanja makan why nottt. :p

Kakcik sebelah aku, dua dari kanan. dah lama tak jumpa Kakcik.
Okay then on 17th tu jugak AF cakap nak jumpa umi. He came to Shah Alam from Sg Besi. Met umi and told everything that he told me before. Poof! Approved. Hahaha. And guess who was the most excited person in this story? My cousin, Solehah. Finally babe finally. Applause! Aku rasa macam Ripley’s Belivit Onot. Subhanallah. Tapi aku menahan je excited perasaan segala. Takut weh takut. Macam-macam dalam kepala aku ni selagi tak sampai ke hari pernikahan. Anything can happen. Okay sambung.

my babe mummy to be :*
20th July 2016. No one in his family tau yang aku kawan dengan AF. Nobody. At all. Until on this date, his parents came to semenanjung from Sarawak. FYI, his parents asal from Sarawak and after cik Pian retired, they both went back there. But still the house is in his care. AF cakap dengan family dia nak bawak someone jumpa diorang. And yet no one knew who. It was midnight sebab the flight delayed. At a restaurant, there were the parents, his 3rd sister (Kak Ana) and her boyfriend (now is her husband which is also AF’s friend). I can still remember muka Kak Ana yang priceless sebab terkejut nampak aku, reaction cik Pah bangun peluk aku, cik Pian’s smile and not to forget muka bingung abg Acab yg macam apahal diorang ni? Haha. Dah lama sangat aku tak jumpa cik Pah yang dari kecik setiap kali nampak dia keluar rumah aku akan jerit panggil dia “Cik Pah! Cik Pah!” siap ajar adik-adik aku lagi hahaha. The night went very well. AF told them about us. And it was accepted happily. Alhamdulillah.

Cik Pah      : Kenapa kau jumpa mak dia? Kau berkenan ke kat dia ni?
AF               : Berkenan.

Soooo that was the chronology of how I met your mother my husband. We got engaged on 12th November 2016 and a week later Kak Ana got married with Abg Acab. And we decided to nikah on 15th April 2017. 5 months to prepare for the wedding. It’s challenging but Allah gave me my super bestfriend, my exclusive wedding planner, my umi to help settle almost everything. Dengan ayah kerja jauh, I truly appreciate and grateful for having umi. She’s such a wonder woman hehe.

On my solemnization day :')
Alright. Aku rasa okay la kot cerita entry ni. Kang lelebih kang muntah hijau pulak korang baca kakaka. Sampai harini aku masih lagi macam tak percaya semua ni terjadi. Apa yang penting, SYUKUR. J

Till then! Ada masa aku sambung cerita kahwin k. Doakan yang baik-baik untuk kami semoga doa termakbul atasmu jua. Aamiiin. Annyeong~!

Komando assalamualaikum tuan! :p

p/s :: into second phase of Ramadan.