Wednesday, 8 February 2017

amende kau.

first entry of 2017. weehoo~

and it's already FerdFebruary. hewhew. rindunya la haii nak aktif blogging macam dulu. nak share semuaaa aktiviti yang aku buat. tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, hurm. now I feel you, bro. sobs.

tapi takpelah. satu hari nanti akan ada satu alasan untuk aku terus menulis. kini harus aku menunggu atau hilang saja aku di lautan yang luas. eh tak tak tak. banyak dan terlalu banyak yang terpendam dalam kepala otak aku ni. tapi tu lah. taktau lah apesal macam block gila nak buat post blog. huhuhu.

okay aku dah bosan. bye.

p/s :: batuklah kau sampai mereput.

Monday, 19 December 2016

Road to 25.


dah nak  masuk tahun 2017 wehhh. dan dalam setahun ni, takdelah banyak sangat benda baru yang terjadi. tapi ada 1 benda yang berlaku yang mengubah keseluruhan jalan cerita yang aku dah plan untuk tahun depan. gittew. dulu aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. dan sekarang aku lebih yakin dengan kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik. insyaAllah. doakan yang baik-baik untuk kita bersama. :)

stay tuned..

p/s :: #PrayForAleppo

Friday, 9 September 2016

when September ends..

alhamdulillah, cukup bulan September ni, genap setahun aku kerja kat Dark Cave, Batu Caves ni. dan selama setahun ni jugak lah aku asyik menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang copy paste. maunya tidak. kalau orang sebut Batu Caves, semua akan terbayang tangga tinggi dan kuil kat atas tu. so bila aku cakap aku kerja kat Batu Caves, semua persoalan dan reaksi yang dijangka aku dapat. yes, dijangka. haha. tak kisah lah tu. 

tapi yes, aku memang hari-hari kena panjat tangga tinggi tu untuk pergi kerja. nak sampai atas sekali tu ada 272 anak tangga dan Dark Cave tempat kerja aku ni tangga ke 204. belum kira kalau tengahari nak pergi toilet or beli nasi kat bawah. takda hal bro. takda hal. kehkeh. aku baru setahun. colleagues aku yang dah 3 4 5 tahun tu? pergh. salute! *gaya Sergeant Major Seo Dae Young*

Educational Tour
Adventure Tour

kerja nature plus tourism is like my dream job, a perfect combination. kalau tak kat sini, aku rasa aku dah kerja kat Pulau Redang dah. sebab haritu masa apply internship aku dapat follow up dengan jabatan laut kat sana. tapi kerja Dark Cave ni kulit muka terjaga woi. sunburn aku hilang. sikittt je lagi nak flawless sebelum aku keluar main explorace masa hari raya haritu. itu first time sejak aku kerja sini, aku main panas. lepas tu jerawat dan kegelapan pun bermaharajalela. so, aku kena stay at least setahun lagi kot kat sini untuk rawatan muka? lulz. :p taklah, aku harap selama mana yang aku mampu, aku nak stay je kerja sini heheh.

apa yang aku buat? main thing is buat tour. bawak orang masuk dalam Dark Cave and explain a lot of things about the cave. daripada sejarah, ekosistem, geologi, haiwan-haiwan, kimia, fizik, ekologi, biologi dan sebagainya dalam gua tu. and yes, definitely in English. guwa speaking sehh aherher. selain tu ada jugak kerja-kerja saintifik, conservation, research dalam Dark Cave tu. siap ada kena buat report and presentation lagi okay. caru tak caru. nak tau lebih apa dalam Dark Cave ni boleh visit Facebook page Dark Cave, Malaysia hehe.

Cave Mates.
From left: Zarris, Syaa, Qina, Juliana, Faiz
so, dah namanya buat tour bawak orang, maka bermulalah segala drama kau meng'handle' orang-orang dalam group kau tu. dah yang datang pun dari bermacam-macam negara di seluruh dunia. wow. kadang-kadang aku still kenot brain yang aku bekerja dealing with these foreigners. baby, budak kecik, students, couples, families, orang tua, kadang-kadang OKU jugak. tough Syaa is tough. kau boleh bayang lah bila dalam cave yang bergema tu, baby dalam group kau nangis, budak kecik buat ragam, students tak dengar cakap, couples geli-geli, families buat hal sendiri, orang tua banyak tanya, OKU yang aku takde diorang punya communication skill, mereka-mereka yang tak faham atau taknak faham English, yang menyampuk tak bagi salam dan baaaaaaaaanyak lagi. 

Photo by: A visitor from The Philippines on Instagram
tapi tak kurang jugak yang support, yang puji, yang appreciate, yang sangat berminat dengan apa yang kau cerita dan sampaikan. yang sembang dengan kau bagai nak rak sampai kat luar, yang ambil gambar dengan kau, dan yang paling best, yang bagi kau duit tips. hewhewhew. sumpah aku banyak belajar setahun aku kat sini. macam mana nak control temper kau, nak turn on interest orang, nak fake kan senyuman dan muka kau, dan of course nak improve English kau. baru setahun. colleagues aku punya experience lagi superb. tapi ingat satu je lah bila kau jumpa diorang yang macam-macam ni. aku takkan jumpa engko dah pasni sukati engko lah. 

wow nak cerita semua benda dalam satu entry adalah satu benda yang tidak memuaskan. apa-apa pun, aku tersangat enjoy dengan apa yang aku buat ni. dan masih terlalu banyak yang aku perlu belajar dan improve. kalau nak kira penat, semua pun penat tapi bila kau suka apa yang kau buat, kau dah takkan kisah dengan dugaan yang kau dapat. insyaAllah walau macam mana pun, ada cara nak laluinya. sebab if Allah puts you in it, He will bring you through it. 

Cavern D
dan dugaan yang paling besar time tengah buat tour ialah, bila serangga pilihan masuk mata dan lebih amazing lagi yang masuk mulut dan selamat sampai ke perut. belum kira dia try terbang keluar melalui hidung. memang terbaik!! hahahaha k bye. see you at The Dark Cave!

p/s :: rindunyaaaaa nak panjat gunung. T_T

Sunday, 4 September 2016

Nenek.

"Batukep?" (baca : Batu Caves)

tu perkataan last aku dengar daripada mulut nenek, sebelum aku balik KL, sebelum nenek pergi tinggalkan kitorang, selama-lamanya.

21 Mei 2016, 14 Syaaban 1437H, nenek menghembuskan nafas terakhir di pagi hampir Subuh. dia pergi sorang. takde siapa nampak, walaupun umi dengan Ain tidur sama dengan nenek malam tu. orang kata, takde rezeki nak menghadap(?). aku pun tak faham kenapa ramai orang tanya dan cakap macam tu. 

pagi Sabtu aku dapat call, ambil EL dan shoot balik Melaka. tapi tak sempat aku cium dan tengok nenek sebelum kapan, apa lagi nak tolong mandikan. semua siap sebelum Zohor. aku sampai nenek tengah disolatkan. salam salam salam semua orang, letak beg tukar baju, terus pergi kubur. i wish i can help to sambut nenek dari van, like seriously. terbayang macam mana aku tengok arwah Alang kebumi dulu. sebelum tanam, aku mintak nak tengok so tok imam tu pun bukakkan kejap muka nenek dalam liang. :'( alhamdulillah. nak kata ralat sebab tak sempat sampai awal nak cium nenek, tak jugak. sebab last sebelum aku balik KL tu aku dah buat semua apa yang patut orang buat sebelum berpisah, I guess. 

Syawal 2015
10 tahun nenek tinggal dengan family aku lepas arwah Alang meninggal. membohong sangat kalau kata tak terasa kehilangan. even kalau benda yang ada sekejap pun kadang-kadang dah rasa lain bila takde, inikan 10 tahun. bukan waktu yang singkat. macam mana dari nenek sihat, beransur-ansur kurang sihat, jadi tak sihat, dan akhirnya pergi. cod nenek sakit tua. nenek sakit pun tak lama. lebih kurang seminggu sebelum tu dia demam panas je. honestly, bila tengok keadaan nenek sakit tu, hati mula bersedia dan redha apa-apa yang jadi lepas tu, cuma tak sangka secepat tu. tapi, yakin nenek berada di tempat yang jauh lebih baik sekarang, insyaAllah.

sekarang bila balik rumah, aku dah takkan jerit "Nenekkkkkk." dengan gembira lagi. aku dah takkan menyanyi, menari, buat lawak depan nenek. aku dah takkan tanya nenek, "nenek, bila nak kaya?" , "nenek, kita nak kahwin boleh?" , "nenek, kita cantik tak?" . aku dah takkan terkejutkan nenek dan cakap, "berangannn.". aku takkan dengar dah nenek cakap, "apa nak cakap tadi?" , "Syapika, angkat kain." , "Ambik nenek air." , "Bukak tv." , "Sambal takde?" , "Kau balik kampung tu ada orang nak minang la tu." , "kau nak balik KL? Batukep? kat kuil tu?" and a lot more. sumpah, rindu.

tapi masa nenek sakit, bukan aku yang banyak jaga uruskan nenek. umi dengan Ain. sebab aku tak pandai. tak pandai nak control dan manage perasaan aku. dan bila aku buat, ianya akan jadi tak betul dan akan lebih menyusahkan. aku cuma tolong-tolong je. aku wajib hadam segala benda yang aku nampak dengan mata kepala aku sendiri ni macam mana umi jaga nenek selama 10 tahun ni supaya nanti aku akan jaga umi sebaik-baiknya macam tu. dan semoga jugak bakal suami aku adalah sepertinya ayah aku. aku bersyukur, Tuhan. sangat bersyukur.

wuwuwu. dah lah. kalau ikut hati perasaan panjang berjela aku nak cerita. cukup lah cerita syahdu aku ni. update2 blog dahlah jarang haha. skill blogging pun dah nak hilang, dalam kepala banyak nak tulis tapi rasa malas tu power rangers je boleh lawan. k takde kene mengena. semoga kita dalam lindungan Tuhan. esok kerjaaaaaaaa. malam!

selalu dalam doa, Saniah binti Hj. Hashim. Al-Fatihah~


p/s: waiting for November.

Saturday, 13 August 2016

ada apa dengan cinta?

seringkali jari ini menari-nari di atas papan kekunci. untuk menulis kisah terkini yang penuh nikmat Tuhan beri.

wow wow apakah ittew. okay lah sebenarnya aku nak tulis kisah cinta. fuyyooo sparta bercinta ke?! tolong lah tolong lah nantikan entry seterusnya. aherher. dan,

doakan aku berjodoh dengan MFI. aamiiin. :)

see you later baybayhh! *kalau tak, kehambaran blog ini akan berterusan*

p/s: welcome to the reality of work world.