Friday, 30 March 2012

shy shy jadah.


korang korang korang semuaaa. masa first time korang nampak @ jumpa aku, korang segan tak nak tegur aku? reasonnya sbb aku comel? HAHAHA. lawak apa ni?? =.='

aku ada satu sikap yg pemalu dan segan untuk menegur budak perempuan yg bg aku, adorable. even i know her name, who she is and i'd seen her somewhere before. tp kenapa eh jd macam ni? nak tegur tp malumalu kambing. hahah. rasanya dah banyak kali jd macam ni. aku suka tengok muka dye tp bila nak tegur utk berkawan malunyaaa la haii.

contoh terdekat skang ni macam floormate aku. aku kenal dye tu budak satu matrik dgn aku dulu. cemane aku tau nama dye pun aku taksure tp yg penting aku tau la dye tu sape. then tuptup dye satu u and satu floor dgn aku. dari first time aku nampak dye aku nak tegur dye tp aku rasa cam nanti apa dye fikir psl aku tetibe main tegur je. that's one more thing about me that is, fikir orang akan bercakap apa psl aku bila aku buat sesuatu t'hadap org tu even tegur je pun. entah pape tah.

sekarang dah setengah second semester dah pun and aku masih tak tegur dye. selalu je pun b'selisih tp tu lah. malu. entah apa yg aku malukan sgt punn aku taktau. pelik doe. haha. sampai lah a few days ago, aku termimpi dye. dlm mimpi tu aku ditakdirkan satu group apa tah dgn dye. since then baru lah sembang2 semua. aku siap cakap lg perasaan aku jumpa dye. kelakar sehh. sumpah kelakar amende yg aku alami ni. lepas tu jumpa kat cafe sebelah sebelah ni pakai tshirt matrik yg sama. tu diaa. aku dengar membe dye bisik2 cakap kitorang pakai tshirt sama tp dye senyap je tengok aku. aku senyum tp aku pandang tempat lain. kenapa wehh kenapaa. macam jumpa bakal suami pulak malumalu begini.

and finallyyyy td aku post kat wall dye, "cafe - b'tshirt kmns yg serupa. *hye. eh segannya tegur floormate. :P". 


kahkahkah. 


the end.

p/s :: surprise di seksyen 2 shah alam.

Sunday, 25 March 2012

tekak ini kering amat.

dari seni kulinari puan emak, Ini Belog Kita mempersembahkan, CARA-CARA MEMBUAT STRAWBERRY MILKSHAKE ;D

bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

  • buah strawberry
  • susu cair
  • jus strawberry
  • ais
  • pengisar ais
  • tangan
  • mata
  • kaki
  • hidung
  • lidah

first and foremost, dah nama pun strawberry milkshake kan, of course lah kena ada buah strawberry. aku menggunakan sekotak lebihan strawberry yang dibawa pulang sebagai oleole dari CH. dari kecik dah diajar supaya basuh buah sebelum makan so basuhlah buahbuah strawberry yang merah ranum tersebut dengan air. air mutlak.


jus dan susu cair
 dalam resipi ini, aku menggunakan sedikit jus strawberry yang turut dibeli di CH dan susu cair F&N yang memang commonly used kat rumah dalam apa jua masakan yang memerlukannya. *pedulikan rice cooker itu. tiada kena mengena dengan ini gambar.


 masukkan susu cair. err sukatan agak agak lah ikut kuantiti buah strawberry tu.


lepas tu masukkan ais. jangan banyak sangat takut cair, jangan sikit sangat takut tak sebati.


next, campurkan sedikit jus berperisa strawberry bagi menambah rasa manis sebagai pengganti gula yang tak relevan. tapi kalau nak rasa masam or really pure, takpayah campurkan jus ini.


dengan kuasa ice blender, aku mengisarmu. yeah !


jjang! setelah lebih kurang 2-3 minit mengisar, mesin pengisar akan kelihatan seperti di atas. jangan risau sekiranya berwarna merah kerana jika anda mahukan warna hijau, buatlah sendiri apple milkshake.


sekarang, gunakan tangan untuk tuangkan milkshake ni ke dalam cawan bagi tujuan merasa pertama kali. jangan bimbang kalau takde cawan hijau, cawan kuning, merah, biru, kalerkaler bagai pun boleh digunakan mahupun gelas, labu sayong dan pasu.


setelah berpuas hati, masukkan yang lebih ke dalam bekas dan simpan dalam fridge untuk disejukkan bagi menambah kenikmatan ketika meneguk milkshake ini.


see. kan aku kata cawan apa apa pun boleh digunakan walaupun tiada kena mengena milo sejuk dengan strawberry. tp mungkin boleh cipta resipi baru iaitu milo strawberry milkshake. uuu hebatnyeee.

and, the last touch-up for the presentation...a supermodel! jyeahh.

for your information, milkshake ni tak sampai 2 hari dah habis. nampaknya cubaan pertama yg semberono ini sangat membuahkan hasil yang memberahikan memberansangkan. akibat kejayaan yang boleh menang hadiah nobel ini lantas encik bapak berkata "time kaklong kahwin nanti ayah nak buat strawberry milkshake" take note encik AA. woohoo ^^, senyum guwa sampai ke telinga derr.

so, aku memang suggest lah kat korang supaya try buat benda alah ni. mana tahu nanti encik bapak korang pulak yang plan nak sediakan hidangan ni masa hari perkahwinan korang nanti kan. haaa. grand sikit kan. kuikui. okaylah guwa chow dulu. adios!

p/s :: s.a.b.a.r

Monday, 12 March 2012

once upon a time, cousins.

minggu lepas hari rabu, hari berkumpul bersama rakan terdekat sambil mengunyah (?) pasta dan spagheti dan cheesecake dan segala bagai makanan yang sedap dan boleh buat air liur anak meleleh kalau suami tak belikan masa kau mengidam. okay kau tu perempuan je. sembang punya sembang, terkeluarlah cerita zaman kanak kanak riang ria ribena masing-masing. lalu mulalah mengimbas kembali kenangan terindah dolu dolu. indah kewww.

aku boleh kata zaman aku kecik2 dulu agak best and banyak kenangan. paling banyak bila main dengan sepupu belah mak. belah mak ramai sepupu lelaki so istilah main masakmasak or kawinkawin tu tak banyak dalam kamus kanak2 aku. selalunya main polis sentri, neneknenek, soroksorok, kejarkejar. tapi kitorang penah main 'isteri nak terberanak pegi hospital naik ambulans'. hahaha. the one and only scene yang aku ingat was this. aku jadi isteri yang nak terberanak tu. yg jadi suami, ijat. dengan memasukkan bantal dalam baju, aku menjerit kesakitan nak beranak. ijat panggilkan ambulans and the ambulance was the old sewing machine yang tolaktolak pakai kaki tu. hahha. jadi je kan. lepas 10 tahun cerita balik rasa macam bongek sangat boleh main benda tu. =.=' antara benda lain yg penah buat lagi ::

  • terbalikkan kerusi malas dan jadikan beca. nenek : "ape kau buat dengan kerusi aku tu??!"
  • buat khemah dari selimut yang besar. bangun pagi khemah tercabut.
  • bakar suratkhabar dan balingbaling kononkonon tengah main mercun dan bunga api. bila api dah merebak macam nak bakar rumah tau pulak kelam kabut cari air. hahaha. bila nenek tanya kenapa basah ni, "oh nek, kitorang basuh lantai ni kotor". :DD
  • mengembara kawasan setinggan tu dengan meredah segala kawasan semak samun.

adui apa tah lagi. masa dulu memang rapat dengan sepupu belah mak. sekarang dah besar, jauh and susah sangat nak jumpa. ada yang belajar kat sarawak, ada yang pergi belayar. bila kenduri pun ada je yang tak datang. tapi kalau semua ada jumpa, konfem segan. hahaha poyo.

banyak lagi kenangan zaman umur 4 - 11 tahun. umur 11 dah mula pindah melaka, bosan sangat. yang paling best, masa tinggal dekat kuantan. cehh keluar rumah bajet tomboy je pakai short, tshirt dengan cap. kat sini pun banyak benda yang aku main. rasanya aku ada cerita dulu kat previous blog tapi kalau rajin nanti aku buat entry pasal tu pulak. motif aku cerita semua ni pun taktau. saja je kot. :P

Naemon : pernah kena baling dengan rak buku, pernah kena kurung sebab ponteng maulidur rasul sekolah.
Hairu : pernah kena pukul dengan bendera yang lekat kat kereta tu sampai patah.
Aku : takde yang menarik sangat cuma pernah kena cili padi n lempang kat sebab cakap benda bukan2, kena kunci kat luar sebab taknak balik rumah, kena rotan dah biasa :), ah terlalu sikit memori buruk tersebut.

hargailah zaman kanak kanak anda dan jangan biarkan anak anak anda akan datang kekurangan adab dan sopan.

p/s :: duit oh duit.

Sunday, 4 March 2012

jealous.

haha. dengan adik sendiri pun nak jeles. hm. entahla.