...
kita hidup ni hanya sementara.
bila kita mati nanti, semua benda yang kita ada kat dunia ni, kita akan tinggalkan.
dan kita sendiri taktau bila kita akan mati.
...
Wednesday, 4 October 2017
Monday, 5 June 2017
Ada Apa Dengan Cinta?
Siapa sangka dalam masa 10 bulan, kau bertemu dengan seseorang,
berkawan dan end up tunang and terus kahwin dengan dia. Selama bertahun-tahun
kau single, tiba-tiba Joe datang
cari kau. Joe mana? Joe-doh!
Ini, cerita cinta aku dengan Mohammad
Firdaus bin Impian.
Ohohoiii gittew. Lamanyaaa tak
update blog. Dah takda cerita best kot nak sembang. Sejak masuk alam pekerjaan
ni, hurmm. Best kerja tu memang best. Tapi aku terpaksa korbankan semua
aktiviti luar hujung minggu aku dan menikmati sepenuhnya off day yang aku dapat
time weekday haha. Baru tau erti penyesalan. Off day penuh nikmat bila dapat balik
kampung jumpa parents walaupun sekejap. Eh jap. Umi je. Bapak aku kat Sabah
haha. Berapa tahun dah ni away from family? 2005 - present. Nak-nak sekarang
dah kahwin. Ehhh cemana boleh tetiba kahwin ni? Haaaaaa cecite cecite. :p
So, nak start dari mana ni? Ermm. Okay siapa suami aku ni? Aku
panggil AF je k (Abg Firdaus). Amboi
abg terus. Sorry bukan nak gedik tapi sebab dari kecik memang dah panggil dia
abg pasal dia tu sebenarnya jiran aku hahaha. Macam novel or drama TV3 jam 7
tak? Semua orang tanya, pelik, terkejut, tak percaya dan sebagainya. Haa cemana
boleh dapat jiran ni. Al kisahnya …
![]() |
| Jiranku Jodohku. |
Jun 2016. Masih bekerja, masih sendiri terperuk
kat rumah sensorang walaupun off day tak balik kampung maka haruslah qada tidur
lulz. Masa tu bulan puasa. Tetiba je ada orang request follow Instagram aku. Ooh
rupanya AF. So approve lah je sebab
of course kenal and in fact, aku memang friends dengan kakak and adik dia. So tengok-tengok
photos, like-like bagai, acah-acah comment tetiba AF ajak buka puasa. Ehem first time dia ajak aku tolak. Eleh memain
je ni tau sangat taktik pancing haha. A few days later dia ajak lagi. Kena pulak
hari tu aku nak balik KL dari Melaka. So touch down KL cun-cun dah nak waktu
buka. Aku pun setuju. Dengan jeans and tshirt with tudung sarung haha siapa
kenal aku tu memang tau sangat lah aku ni jenis macam mana. Ada aku kisah ke.
That day was the first day aku jumpa bercakap dengan dia. Seingat aku
lah sebab dulu memang main dengan kakak and adik dia je. First met after lots
of years since 1996 then aku pindah Kuantan siap pindah Melaka balik on 2003. That
was on 1st July 2016. Since
on that day, we were contacting each other. Not that often but enough to be
friends. Tapi aku bet dengan experience aku. Benda ni akan tahan dua minggu je.
Then he will be gone in a snap of finger. Just like all those guys who tried to
approach me before. We’ll see.
![]() |
| Two weeks was the benchmark lulz |
One after another, it was raya. Then he asked me to accompany him
pergi raya rumah kawan dia. And I was the only girl at that time. Motif. -_- so
dengan siang tu kerja aku hanya makan sekeping tosai, kat rumah sorang kawan
dia ni aku makan nasi goreng yang terhidang dengan gembiranya tambah 3 kali
hahaha. Kali ke 3 aku tambah tu sempat lah aku jeling tengok muka memasing, ada
yang menahan muka. Hahaha peduli apa aku. Lapar kott dahlah time tu dah lambat.
Kerja penat. T_T And that day was 10th
July 2016.
After that incident, dia reject aku. Lol taklah. 2 days later, he said he had something
serious to talk to me. Jeng jeng jeng dah kenapa ni. Perasaan nervous bila ayat
“I need to talk to you” daripada
seorang lelaki sangat berbeza dengan daripada manager kerja kau. Haha. Tapi hal
yang dia nak cakap tu was dragged until 16th
July 2016 where he said he wanted to bring me to meet his family. And I was
like whyyyy nak jumpa cik Pah and cik Pian. Cehh padahal dalam hati dah teka-teka
tapi it’s just to sedapkan hati supaya tak jadi PERASAN. Haaa gittew. Anddd he
said, “Abg nak serius dengan Sya.” Lalu
Malaysia pun ada musim bunga hahahahah.
Bila tiba bab ni, aku ingat pesan kawan aku nama dia Kakcik. Kalau ada orang laki kata nak serius nak
bawak jumpa family dia, make sure dia jumpa family kita dulu. And it was
exactly the same thing I told him and all he said was okay. Bagus tak banyak bunyi
aherherher. Nak dijadikan aturan Allah, the next day tu 17th July 2016 aku off day and planned to go raya with umi
and my cousin kat area Shah Alam and Klang. So malam before tu umi sampai KL
aku bagitau umi dengan gigil and debar nya, AF nak jumpa umi, dia kata nak serius dengan Along and bla bla bla
taktau lah aku ada merepek ke tak haha. There goes the women’s talk in the car
pasal relationship. Pasal apa? Biarlah rahsia kekeke. Yang pentingnya, it was
all a happy and good words. Alhamdulillah. Masa buka puasa dulu umi macam
terkejut jugak aikk macam mana pulak boleh nak keluar dengan AF tu. Aku selamba laa dah ada orang
nak belanja makan why nottt. :p
![]() |
| Kakcik sebelah aku, dua dari kanan. dah lama tak jumpa Kakcik. |
Okay then on 17th
tu jugak AF cakap nak jumpa umi. He came
to Shah Alam from Sg Besi. Met umi and told everything that he told me before. Poof!
Approved. Hahaha. And guess who was the most excited person in this story? My cousin,
Solehah. Finally babe finally. Applause! Aku rasa macam Ripley’s Belivit Onot. Subhanallah.
Tapi aku menahan je excited perasaan segala. Takut weh takut. Macam-macam dalam
kepala aku ni selagi tak sampai ke hari pernikahan. Anything can happen. Okay sambung.
![]() |
| my babe mummy to be :* |
20th July 2016. No one in his family tau yang aku kawan
dengan AF. Nobody. At all. Until on
this date, his parents came to semenanjung from Sarawak. FYI, his parents asal
from Sarawak and after cik Pian retired, they both went back there. But still
the house is in his care. AF cakap
dengan family dia nak bawak someone jumpa diorang. And yet no one knew who. It was
midnight sebab the flight delayed. At a restaurant, there were the parents, his
3rd sister (Kak Ana) and her boyfriend (now is her husband which is
also AF’s friend). I can still remember muka Kak Ana yang priceless sebab
terkejut nampak aku, reaction cik Pah bangun peluk aku, cik Pian’s smile and
not to forget muka bingung abg Acab yg macam apahal diorang ni? Haha. Dah lama
sangat aku tak jumpa cik Pah yang dari kecik setiap kali nampak dia keluar
rumah aku akan jerit panggil dia “Cik
Pah! Cik Pah!” siap ajar adik-adik aku lagi hahaha. The night went very
well. AF told them about us. And it
was accepted happily. Alhamdulillah.
Cik Pah : Kenapa kau jumpa mak dia? Kau berkenan
ke kat dia ni?
AF : Berkenan.
Soooo that was the chronology of how I met your mother my husband.
We got engaged on 12th
November 2016 and a week later Kak Ana got married with Abg Acab. And we
decided to nikah on 15th
April 2017. 5 months to prepare for the wedding. It’s challenging but Allah
gave me my super bestfriend, my exclusive wedding planner, my umi to help
settle almost everything. Dengan ayah kerja jauh, I truly appreciate and
grateful for having umi. She’s such a wonder woman hehe.
![]() |
| On my solemnization day :') |
Alright. Aku rasa okay la kot cerita entry ni. Kang lelebih kang
muntah hijau pulak korang baca kakaka. Sampai harini aku masih lagi macam tak
percaya semua ni terjadi. Apa yang penting, SYUKUR. J
Till then! Ada masa aku sambung cerita kahwin k. Doakan yang
baik-baik untuk kami semoga doa termakbul atasmu jua. Aamiiin. Annyeong~!
![]() |
| Komando assalamualaikum tuan! :p |
p/s :: into second phase of Ramadan.
Wednesday, 8 February 2017
amende kau.
first entry of 2017. weehoo~
and it's alreadyFerdFebruary. hewhew. rindunya la haii nak aktif blogging macam dulu. nak share semuaaa aktiviti yang aku buat. tapi bila dah masuk alam pekerjaan ni, hurm. now I feel you, bro. sobs.
tapi takpelah. satu hari nanti akan ada satu alasan untuk aku terus menulis. kini harus aku menunggu atau hilang saja aku di lautan yang luas. eh tak tak tak. banyak dan terlalu banyak yang terpendam dalam kepala otak aku ni. tapi tu lah. taktau lah apesal macam block gila nak buat post blog. huhuhu.
okay aku dah bosan. bye.
p/s :: batuklah kau sampai mereput.
and it's already
tapi takpelah. satu hari nanti akan ada satu alasan untuk aku terus menulis. kini harus aku menunggu atau hilang saja aku di lautan yang luas. eh tak tak tak. banyak dan terlalu banyak yang terpendam dalam kepala otak aku ni. tapi tu lah. taktau lah apesal macam block gila nak buat post blog. huhuhu.
okay aku dah bosan. bye.
p/s :: batuklah kau sampai mereput.
Monday, 19 December 2016
Road to 25.
dah nak masuk tahun 2017 wehhh. dan dalam setahun ni, takdelah banyak sangat benda baru yang terjadi. tapi ada 1 benda yang berlaku yang mengubah keseluruhan jalan cerita yang aku dah plan untuk tahun depan. gittew. dulu aku percaya setiap yang berlaku ada hikmahNya. dan sekarang aku lebih yakin dengan kita merancang, Allah juga merancang dan perancangan Allah itulah yang terbaik. insyaAllah. doakan yang baik-baik untuk kita bersama. :)
stay tuned..
p/s :: #PrayForAleppo
Friday, 9 September 2016
when September ends..
alhamdulillah, cukup bulan September ni, genap setahun aku kerja kat Dark Cave, Batu Caves ni. dan selama setahun ni jugak lah aku asyik menjawab soalan yang sama dengan jawapan yang copy paste. maunya tidak. kalau orang sebut Batu Caves, semua akan terbayang tangga tinggi dan kuil kat atas tu. so bila aku cakap aku kerja kat Batu Caves, semua persoalan dan reaksi yang dijangka aku dapat. yes, dijangka. haha. tak kisah lah tu.
tapi yes, aku memang hari-hari kena panjat tangga tinggi tu untuk pergi kerja. nak sampai atas sekali tu ada 272 anak tangga dan Dark Cave tempat kerja aku ni tangga ke 204. belum kira kalau tengahari nak pergi toilet or beli nasi kat bawah. takda hal bro. takda hal. kehkeh. aku baru setahun. colleagues aku yang dah 3 4 5 tahun tu? pergh. salute! *gaya Sergeant Major Seo Dae Young*
kerja nature plus tourism is like my dream job, a perfect combination. kalau tak kat sini, aku rasa aku dah kerja kat Pulau Redang dah. sebab haritu masa apply internship aku dapat follow up dengan jabatan laut kat sana. tapi kerja Dark Cave ni kulit muka terjaga woi. sunburn aku hilang. sikittt je lagi nak flawless sebelum aku keluar main explorace masa hari raya haritu. itu first time sejak aku kerja sini, aku main panas. lepas tu jerawat dan kegelapan pun bermaharajalela. so, aku kena stay at least setahun lagi kot kat sini untuk rawatan muka? lulz. :p taklah, aku harap selama mana yang aku mampu, aku nak stay je kerja sini heheh.
apa yang aku buat? main thing is buat tour. bawak orang masuk dalam Dark Cave and explain a lot of things about the cave. daripada sejarah, ekosistem, geologi, haiwan-haiwan, kimia, fizik, ekologi, biologi dan sebagainya dalam gua tu. and yes, definitely in English. guwa speaking sehh aherher. selain tu ada jugak kerja-kerja saintifik, conservation, research dalam Dark Cave tu. siap ada kena buat report and presentation lagi okay. caru tak caru. nak tau lebih apa dalam Dark Cave ni boleh visit Facebook page Dark Cave, Malaysia hehe.
so, dah namanya buat tour bawak orang, maka bermulalah segala drama kau meng'handle' orang-orang dalam group kau tu. dah yang datang pun dari bermacam-macam negara di seluruh dunia. wow. kadang-kadang aku still kenot brain yang aku bekerja dealing with these foreigners. baby, budak kecik, students, couples, families, orang tua, kadang-kadang OKU jugak. tough Syaa is tough. kau boleh bayang lah bila dalam cave yang bergema tu, baby dalam group kau nangis, budak kecik buat ragam, students tak dengar cakap, couples geli-geli, families buat hal sendiri, orang tua banyak tanya, OKU yang aku takde diorang punya communication skill, mereka-mereka yang tak faham atau taknak faham English, yang menyampuk tak bagi salam dan baaaaaaaaanyak lagi.
tapi tak kurang jugak yang support, yang puji, yang appreciate, yang sangat berminat dengan apa yang kau cerita dan sampaikan. yang sembang dengan kau bagai nak rak sampai kat luar, yang ambil gambar dengan kau, dan yang paling best, yang bagi kau duit tips. hewhewhew. sumpah aku banyak belajar setahun aku kat sini. macam mana nak control temper kau, nak turn on interest orang, nak fake kan senyuman dan muka kau, dan of course nak improve English kau. baru setahun. colleagues aku punya experience lagi superb. tapi ingat satu je lah bila kau jumpa diorang yang macam-macam ni. aku takkan jumpa engko dah pasni sukati engko lah.
wow nak cerita semua benda dalam satu entry adalah satu benda yang tidak memuaskan. apa-apa pun, aku tersangat enjoy dengan apa yang aku buat ni. dan masih terlalu banyak yang aku perlu belajar dan improve. kalau nak kira penat, semua pun penat tapi bila kau suka apa yang kau buat, kau dah takkan kisah dengan dugaan yang kau dapat. insyaAllah walau macam mana pun, ada cara nak laluinya. sebab if Allah puts you in it, He will bring you through it.
dan dugaan yang paling besar time tengah buat tour ialah, bila serangga pilihan masuk mata dan lebih amazing lagi yang masuk mulut dan selamat sampai ke perut. belum kira dia try terbang keluar melalui hidung. memang terbaik!! hahahaha k bye. see you at The Dark Cave!
p/s :: rindunyaaaaa nak panjat gunung. T_T
tapi yes, aku memang hari-hari kena panjat tangga tinggi tu untuk pergi kerja. nak sampai atas sekali tu ada 272 anak tangga dan Dark Cave tempat kerja aku ni tangga ke 204. belum kira kalau tengahari nak pergi toilet or beli nasi kat bawah. takda hal bro. takda hal. kehkeh. aku baru setahun. colleagues aku yang dah 3 4 5 tahun tu? pergh. salute! *gaya Sergeant Major Seo Dae Young*
![]() |
| Educational Tour |
![]() |
| Adventure Tour |
apa yang aku buat? main thing is buat tour. bawak orang masuk dalam Dark Cave and explain a lot of things about the cave. daripada sejarah, ekosistem, geologi, haiwan-haiwan, kimia, fizik, ekologi, biologi dan sebagainya dalam gua tu. and yes, definitely in English. guwa speaking sehh aherher. selain tu ada jugak kerja-kerja saintifik, conservation, research dalam Dark Cave tu. siap ada kena buat report and presentation lagi okay. caru tak caru. nak tau lebih apa dalam Dark Cave ni boleh visit Facebook page Dark Cave, Malaysia hehe.
![]() |
| Cave Mates. From left: Zarris, Syaa, Qina, Juliana, Faiz |
![]() |
| Photo by: A visitor from The Philippines on Instagram |
wow nak cerita semua benda dalam satu entry adalah satu benda yang tidak memuaskan. apa-apa pun, aku tersangat enjoy dengan apa yang aku buat ni. dan masih terlalu banyak yang aku perlu belajar dan improve. kalau nak kira penat, semua pun penat tapi bila kau suka apa yang kau buat, kau dah takkan kisah dengan dugaan yang kau dapat. insyaAllah walau macam mana pun, ada cara nak laluinya. sebab if Allah puts you in it, He will bring you through it.
![]() |
| Cavern D |
p/s :: rindunyaaaaa nak panjat gunung. T_T
Subscribe to:
Posts (Atom)











