Saturday, 8 August 2015

sabar boleh?

hello gaissssss. lulz.

last aku cerita kat engkorang, aku ada dua minggu lagi nak habis internship. right now, i'm unofficially graduated weehooo~ and aku dah sebulan jugak lah sambung kerja kat situ. tapi under project lain lah. buat data entry. harihari hadap pc. mabuk @_@ tapi takpelah. asalkan berbayor. ingat iklan je berbayor? hewhew.

update entry kali ni macam berbaur tak puas hati jugak lah. macam tak faham pun ada. macam negative vibes dalam diri pun ada. tapi aku just nak share lah je. mungkin korang pernah jugak ada dalam situasi macam ni. mungkin kita berjodoh kongsi rasa perasaan tak faham yang sama. aherher.

situasi:

aku berempuh-rempuh keluar dari tren, ke stesen Bandar Tasik Selatan, menuju Terminal Bersepadu Selatan. dengan kelajuan xkm/h, aku jalan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. fokus aku hanya satu. kaunter tiket. destinasi dituju: Melaka Sentral. setibanya aku dalam terminal tu, naaaaaaaaaaah kau ramaiiiiiiiii gila orang. okay takpe. chillax lagi. beratur lah je panjang-panjang tu. oh fyi, TBS dah ada destinasi ke Timur dan Utara. mungkin nama TBS dah tak boleh pakai lagi. kot. 5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit, 25 minit, 30 minit finally lepas orang depan ni turn aku. itu pun after 10 minutes.

taktau nak beli tiket ke mana. taktau nak beli tiket pukul berapa. takde plan lain bila tiket habis. seriously dude?? sepanjang panjang selama lama kau beratur tu apa yang kau fikir?? aku memang tak faham. okay lah, kalau kau taktau bas ada pukul berapa, at least kau dah plan pukul berapa kau nak gerak. kau dah bajet masa kau nak sampai destinasi kau pukul berapa. kat mana kau nak turun. sampai kaunter, tanya lah je terus. tapi ni tak. nak naik bas but know nothing about perjalanan sendiri. aku macam, apa sehh. okaylah kalau nak kata kau first time nak beli tiket kat situ, takkan kau tak plan soalan apa kau nak tanya. i mean, important info pasal bas dan destinasi kau tu. hmm.


yang paling aku tak boleh bla, memang cannot gi lah, dah pilih destinasi, masa, bas dan seat dengan pantas, tiket dah print bagai, masa tuuuuuuuu lah baru terkial-kial nak keluarkan wallet nak bayar. adoi laa. kenapa tak keluarkan awal-awal? stress aku tengok. kalau seluk terus dapat takpe. nak-nak yang seluk-seluk beg, mana pulak dah wallet aku ni. perghhh. get yourself prepared lah brader, sister. sobs.

kadang-kadang tu, akak or abang kaunter jugak yang loghat. nak i/c tu takpe lah. tapi kerek tu simpan sikit. dahlah kerek mintak i/c, pastu print nama passenger salah eja jugak. macam jadah je rasa. ada jugak yang klik semua bas padahal aku nampak je situ tulis full. nak tegur, manalah tau kot-kot yang full tu ada kosong pulak kan. macam-macam hal. saborrrrrr je lah.


rasanya, setiap kali aku nak balik, aku mesti terpilih beratur kat kaunter yang ada orang macam ni. benda first tadi tu pernah jugak terjadi masa beratur nak beli makanan. sampai depan kaunter, taktau nak order apa. alamak aii tak faham betei aku.

"wey, nak senang book lah tiket awal-awal." aku pernah je book tiket. pastu burn. sebab aku tak jadi balik. wuwu. lagipun, alaa nak balik Melaka tiket ada jee cuma lambat or cepat lah. mesin tiket tu pun ramai orang jugak. lagipun dah tulis most favor untuk destinasi Timur. so, not a big deal sangat lah. aku takdelah bengang dapat tiket masa lewat ke pe. tapi aku cuma tak faham dengan sikap orang ni. apa-apa pun, saborrrrrr je lah.


"fikir positif lah. mungkin orang tu memang ada masalah. kita taktau." actually, aku tak suka nak fikir positif. sebab aku takut, aku akan kecewa dengan realiti sebenar. tapi, sabar tu lah je caranya nak fikir positif. insyaAllah. istighfar.


sekian sahaja luahan hati. mohon maaf andai ada tersalah kata. :/

p/s:: kalau JEMPALA buat #1month1mountain, maybe aku boleh buat #1month1entry lulz.


No comments:

Post a Comment