Sunday, 8 February 2015

Manusia vs Lembu

Harini aku pergi kenduri kahwin member kat Ijok. Member kelas aku, perempuan. Tahniah Kak Linda! :D oh and Wani jugak haritu hehe. :)

Wani & Aiman

Linda & Harith

So kawasan Ijok tu banyak kelapa sawit. Masa on the way tu, ternampak bangkai lembu tergolek tepi jalan tu sobs.

“mesti dia main lintas je ni.”

“mesti time malam ni.”

“eh tak. Kadangkadang siang pun dia main lari je lintas.”

Speculations. Speculations everywhere. Heww.

Lepas tu, Kak Epa yang tukang bawak kereta ni pun cerita lah yang dia teringat dia dengar satu tazkirah kat radio. Lebih kurang camni lah yang aku faham.

“Kita hidup kat dunia ni jangan sombong sangat dengan pangkat and darjat yang kita ada. Kalau kita tengah drive, tiba-tiba ada kereta Dato’, kita kena kasi laluan ke Dato’ tu kan. Lepas tu, ada pulak Perdana Menteri nak lalu, Dato’ tu kena kasi laluan pulak ke Perdana Menteri. Then, ada pulak Sultan. Perdana Menteri tu pulak kena kasi laluan ke Sultan. Lepas tu tiba-tiba ada lembu pulak nak melintas, siapa yang kena kasi laluan?”

Aku tergelak. Betul jugak ek. Semua orang akan berhenti untuk kasi laluan ke lembu melintas. Jadi, sebenarnya siapa lagi tinggi pangkatnya? Kehkehkeh.

Maksud cerita ni bukanlah nak kata kita ni lebih rendah dari lembu sedang kita ini sebaik-baik kejadian. Tapi ibarat satu analogi tentang pangkat dan darjat seseorang itu. Wah gitu kau suka hati aku je bina ayat haha. Tak perlulah kita nak bermegah, berlagak, ‘bajet’ kalau kita ada pangkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Itu apa yang aku faham lah. kalau pemahaman aku ni silap, mohon diperbetul heww. Okay dah tu je cerita aku nak share. Lu fikirlah sendiri. :p

Jadinya, kenduri kahwin aku bila pulak? Aherherher k bye!


p/s :: tazzabar nak cutiiiii.

No comments:

Post a Comment