Tuesday, 24 February 2015

Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN

Dunia Baru sangattt. Mohd Adifff ummi tak suka ya Mohd Adif k k k dah.

Happy new semester chuollsss! Siapa entah yang still ada kuliah lagi tu. Lagilagi yang FYP, thesis writing, class lewat petang, dan paling takleh bla kalau ada yang koko hari Sabtu. Kikiki. :p all the besttt!

*Assignment sumber : UPM's Gag 

Anyway, last cuti Chinese New Year of course lah aku balik kampung (rumah). Pehhh nikmat cuti dia lebih disyukuri berbanding balik cuti time study dulu huhu. Masa study dulu macam takde hal sangat kalau tak balik rumah berapa lama. Yelah kampung aku pun bukannya jauh sangat. Balik hari pun takde masalah. Tapi since ‘kerja’ ni, lain macam dia punya padu bila ada cuti panjang sikit. Haa baru kau tau erti penyesalan. Hewhew.

Location : FRIM

So, dari Selayang ni aku balik naik tren ke Sg. Gadut pasal aku bet kalau balik naik bas konfem esoknya baru sampai kot. Lulz. Aku naik tren dari Nilai sebab aku tumpang Kakcik yang on the way ke rumah dia ke stesen KTM Nilai. Masa aku duduk tunggu tren sampai sorang-sorang, tetiba ada sorang lelaki ni duduk sebelah aku. Aku buat taktau lah je, malas nak cara. Pastu dia tegur aku. Okay, pakcik Melayu. Lega sikit.

Memula dia tanya stesen Seremban berapa jauh sebab dia nak catch up bas pukul 9 malam. Masa tu, baru pukul 7.45 malam. Then, dia tanya lah several things pasal aku. Benda standard kalau jumpa and sembang dengan orang yang baru kenal kat tengah jalan.

“Balik mana? Dari mana?”

“Kerja ke belajar?”

“Course apa? Tahun berapa?’

Ohh Environmental Science. Nanti habis boleh masuk kerja sector apa?

Haaa soalan last tu. Soalan last tu palinggggg favorite. Aku pun jawab lah begitu begini. Pastu aku pun tanya-tanya lah dia dari mana, ke mana, kerja and dia cerita dia nak ke Kota Tinggi untuk pick up parents dia bawak datang KL jalan-jalan. And dia pun cerita something kat aku.

“Bila setiap kali weekend kan, kita plan nak ke sana, nak ke sini. Nak bercuti, keluar. Tapi balik kampung ni jarang orang plan. Balik kampung ni satu keberkatan yang paling besar. Sebab apa? Sebab kita jumpa orang tua kita, membahagiakan mereka dengan kepulangan kita.”

Macam tu lah lebih kurang maksud cerita dia. Aku pun macam tersentak. Bila aku fikir-fikir balik selama ni, betul kata pakcik tu. Cuma, yelah kan. Bila kita dah keluar dari tempat sendiri, banyak benda, banyak tempat kita nak buat, nak pergi. Acah-acah explore lah kan hehe. Tapi, bagi aku paling tak patut kalau kau langsung tak balik jenguk mak ayah kau yang still ada kat kampung tu. At least lah, at leasttt contact diorang. And aku harap benda yang aku cakap ni tak berbalik pada aku. Aamiiin.

Aku pun iyakan je lah apa pakcik tu cakap. Baru je nak dengar cerita lebih lanjut, tren pun sampai. Maka, masuklah aku ke dalam koc wanita dan berpisah dengan pakcik tu. Sempat jugak lah aku berterima kasih dan pesan hati-hati. Cuma satu je aku ralat, aku tak tanya nama dia. Sebab aku pernah dengar dalam radio, salah satu golongan orang yang zalim ialah orang yang apabila bersembang dengan orang yang baru dikenali, mereka tidak bertanyakan namanya. Wallahualam. Aku tak search pun pasal benda ni. Aku memang ingat apa yang aku dengar lah je. Kalau salah, mohon tegur.

Wanita beb kehkeh.

Walaupun aku balik rumah macam takde function je kat parents aku, mengabehkan boreh yo, haha tapi aku syukur and bahagia dapat jumpa diorang. Kepada yang still ada parents tu (pesan kat diri sendiri jugak ni), jagalah diorang bebaik. Hargailah dan cintailah selama hayat masih ada. Tudiak. Kepada yang dah takde, takziah, jangan bersedih. Berdoa dan sentiasa berdoa untuk mereka. Kita juga akan pulang kepadaNya satu hari nanti. Well, aku pun tak reti mana nak cakap pasal benda-benda camni. Takut tersinggung pulak. Aku mintak maaf lah kalau ada yang tersilap taip dalam entry kali ni.

benda paling best bila balik rumah? MAKANNNN :D

Jadi, begitulah ceritanya tentang pertemuan aku dengan sorang pakcik kat stesen KTM. Semoga dirahmatiNya. Oh dan baru-baru ni aku baca satu post dalam whatsapp. Renung-renungkan dan selamat beramal. ;) huwaaaaaa nak balikkkkkkk T_T



p/s :: ke Jerangau ke kita?

No comments:

Post a Comment