Wednesday, 26 August 2015

Wordless Wednesday #11


p/s :: brace yourselves. entry about a vacay is coming!

Tuesday, 18 August 2015

:)

aku akan tunggu, saat dan masa aku boleh bercerita tentang kau, tentang kita. walau belum tentu, ada.

Saturday, 8 August 2015

sabar boleh?

hello gaissssss. lulz.

last aku cerita kat engkorang, aku ada dua minggu lagi nak habis internship. right now, i'm unofficially graduated weehooo~ and aku dah sebulan jugak lah sambung kerja kat situ. tapi under project lain lah. buat data entry. harihari hadap pc. mabuk @_@ tapi takpelah. asalkan berbayor. ingat iklan je berbayor? hewhew.

update entry kali ni macam berbaur tak puas hati jugak lah. macam tak faham pun ada. macam negative vibes dalam diri pun ada. tapi aku just nak share lah je. mungkin korang pernah jugak ada dalam situasi macam ni. mungkin kita berjodoh kongsi rasa perasaan tak faham yang sama. aherher.

situasi:

aku berempuh-rempuh keluar dari tren, ke stesen Bandar Tasik Selatan, menuju Terminal Bersepadu Selatan. dengan kelajuan xkm/h, aku jalan tanpa mempedulikan keadaan sekeliling. fokus aku hanya satu. kaunter tiket. destinasi dituju: Melaka Sentral. setibanya aku dalam terminal tu, naaaaaaaaaaah kau ramaiiiiiiiii gila orang. okay takpe. chillax lagi. beratur lah je panjang-panjang tu. oh fyi, TBS dah ada destinasi ke Timur dan Utara. mungkin nama TBS dah tak boleh pakai lagi. kot. 5 minit, 10 minit, 15 minit, 20 minit, 25 minit, 30 minit finally lepas orang depan ni turn aku. itu pun after 10 minutes.

taktau nak beli tiket ke mana. taktau nak beli tiket pukul berapa. takde plan lain bila tiket habis. seriously dude?? sepanjang panjang selama lama kau beratur tu apa yang kau fikir?? aku memang tak faham. okay lah, kalau kau taktau bas ada pukul berapa, at least kau dah plan pukul berapa kau nak gerak. kau dah bajet masa kau nak sampai destinasi kau pukul berapa. kat mana kau nak turun. sampai kaunter, tanya lah je terus. tapi ni tak. nak naik bas but know nothing about perjalanan sendiri. aku macam, apa sehh. okaylah kalau nak kata kau first time nak beli tiket kat situ, takkan kau tak plan soalan apa kau nak tanya. i mean, important info pasal bas dan destinasi kau tu. hmm.


yang paling aku tak boleh bla, memang cannot gi lah, dah pilih destinasi, masa, bas dan seat dengan pantas, tiket dah print bagai, masa tuuuuuuuu lah baru terkial-kial nak keluarkan wallet nak bayar. adoi laa. kenapa tak keluarkan awal-awal? stress aku tengok. kalau seluk terus dapat takpe. nak-nak yang seluk-seluk beg, mana pulak dah wallet aku ni. perghhh. get yourself prepared lah brader, sister. sobs.

kadang-kadang tu, akak or abang kaunter jugak yang loghat. nak i/c tu takpe lah. tapi kerek tu simpan sikit. dahlah kerek mintak i/c, pastu print nama passenger salah eja jugak. macam jadah je rasa. ada jugak yang klik semua bas padahal aku nampak je situ tulis full. nak tegur, manalah tau kot-kot yang full tu ada kosong pulak kan. macam-macam hal. saborrrrrr je lah.


rasanya, setiap kali aku nak balik, aku mesti terpilih beratur kat kaunter yang ada orang macam ni. benda first tadi tu pernah jugak terjadi masa beratur nak beli makanan. sampai depan kaunter, taktau nak order apa. alamak aii tak faham betei aku.

"wey, nak senang book lah tiket awal-awal." aku pernah je book tiket. pastu burn. sebab aku tak jadi balik. wuwu. lagipun, alaa nak balik Melaka tiket ada jee cuma lambat or cepat lah. mesin tiket tu pun ramai orang jugak. lagipun dah tulis most favor untuk destinasi Timur. so, not a big deal sangat lah. aku takdelah bengang dapat tiket masa lewat ke pe. tapi aku cuma tak faham dengan sikap orang ni. apa-apa pun, saborrrrrr je lah.


"fikir positif lah. mungkin orang tu memang ada masalah. kita taktau." actually, aku tak suka nak fikir positif. sebab aku takut, aku akan kecewa dengan realiti sebenar. tapi, sabar tu lah je caranya nak fikir positif. insyaAllah. istighfar.


sekian sahaja luahan hati. mohon maaf andai ada tersalah kata. :/

p/s:: kalau JEMPALA buat #1month1mountain, maybe aku boleh buat #1month1entry lulz.


Tuesday, 14 July 2015

1 300 88 tupai tupai

suatu waktu selepas berbuka puasa...

aku : mi, boleh ke tak i cari joe pasni? hewhew.

umi : caaarilahh..

aku : yekeee. nanti kata habis kan ni dulu la, habiskan tu dulu la..

umi : yelaa. seelok-eloknya kerja lah dulu.

aku : yee. sekarang kan i baru start kerja. so, boleh lah kan kiranya.

umi : caaarilahh. umi dulu nenek tak suruh cari pun umi cari jugak. hahaha.

aku : hahaha. okayy. joe takde syarat apa-apa kan?

umi : syarat apa? tak ada. umi nak PIZZA je. kuing kuing.



hahaha. sembang lepas makan memang padu. well, not yet. still got a long journey to go through. kita kejar kerjaya dulu.

p/s :: Mount Trus Madi is the second highest mountain in Malaysia after Mount Kinabalu. #August

Monday, 29 June 2015

...

Tuhan,

ampunkanlah dosa-dosa aku. permudahkanlah urusan aku.

aku dah penat.

Saturday, 20 June 2015

hai.

hewhewhew. lama betei tak mengepost cerita. hm hm. malas? (macam biasa ) Kepong tak dapat line YES 4g? (alasan). tapi memang betul pun!! rasa macam loser jugak lah. Kepong Keyyel kott. tapi kerja (praktikal) kat FRIM Kepong Selangor. cara. :p

it's Ramadan. happy fasting everyone! selamat menjalani Ramadan dengan penuh keberkatan. insyaAllah aamiiin. ehehe.



so, ni tahun kedua aku puasa di perantauan sejak tahun lepas. tapi kali ni takdelah nak buat Episod Anak Perantau sangat kann aherher. klik link untuk baca,


kali ni pulak sebab aku still lagi dalam internship period. two weeks to go baybayh! lepas tu insyaAllah konvooooooo. tazzabaq! tazzabaq! tazzabaq! nanti datang bawak hadiah okay thanks bye. :p

future plan? erm buat masa ni, aku memang takde plan nak sambung masters pun huhu. sebab ermmm tak baik nak kata macam ni tapi tu lah dia. aku dah kurang desire untuk belajar. aku nak kerja, dapatkan income sendiri, bayar hutang kat negeri Melaka, belikan Umi vacuum robot atau iron butik, dan kahwin. eh. aherher. :p tapi ni plan lah kan. buatnya tetiba nanti semnagat membara nak belajar muncul kan. harapharap tak haha. kalau korang ada recommended jobs tu bolehlah contact aku eh hehe. tapi lepas habis nanti insyaAllah aku sambung dulu buat part time kat FRIM tu under bos lain pulak. :)

internship 6 bulan ni memang agak mental lah jugak. pasal? time orang cuti sem haritu, aku dah start intern. time diorang dah masuk cuti sem baru, aku tak habis-habis lagi intern. herrrr sobs. bertabahlah Syaa ku sayang. yang penting lepas ni dah graduate! weehooo~

lokasi : Hutan Simpan Jerangau

hurm hurm nak sembang apa lagi ek. banyak je aku nak update tapi tu lah semua cerita program yang lepas. lama-lama cerita dia memang tak lah kan. sejak intern ni macam pasif sikit hidup aku. wuwuwu. rinduuuu program bagai-bagai dulu. #SRMUPM. panjat gunung, main air sungai air terjun, masuk hutan, camping, masak-masak, insta foto stylo dengan caption yang catchy. yekeeee kehkeh. I'll be missing zaman belajar. seriously. bukan kuliah lah tapi. hehe. kalau aku tak join SRM mesti punya lah aku macam takde life kat UPM tu. perghhh market lebih siak (ayat Halim) SRMUPM ni hahaha. rindu korang! #KBN #GMIK

sunrise at Bukit Tabur - East
last hiked, Bukit Tabur - East
 okay dah. apa-apa pun, raya nanti kat Melaka jee. Ayah pun dah pindah kerja kat Sabah. yang paling terasa kehilangan dia aku rasa of course lah Khun, si kucing yang gendut jale-jale. T_T dia sakit kott masa bapak aku memula takde. berapa hari entah dia tak balik rumah. kesian dia. hm cedeh. takpelah asalkan ada jugak dia balik makan. makwe yang dia cari entah dah jumpa ke belum. nak jugak tengok family dia tu. kekeke.



nak cerita pasal internship 6 bulan kat sini, nantilah dulu. tipulah kalau kata takde pun keseronokannya. masa kena duduk office lah je yang tak best. masa kerja luar bestttt sangat hewhew.

oleh  yang demikian, sekian sahaja cerita aku yang hambar ini, any typo abaikan. annyeong~~

p/s :: ASG katanya. 


Friday, 12 June 2015

merenyam.


rasa nak ada boyfriend. rasa nak kahwin. hormon apa yang membiak ni? abnormal. T_T tapi lagu ni sweet. k bye.

Tuesday, 24 February 2015

Kaf-Ba-Ra-Kaf-Alif-Ta-Nun = KEBERKATAN

Dunia Baru sangattt. Mohd Adifff ummi tak suka ya Mohd Adif k k k dah.

Happy new semester chuollsss! Siapa entah yang still ada kuliah lagi tu. Lagilagi yang FYP, thesis writing, class lewat petang, dan paling takleh bla kalau ada yang koko hari Sabtu. Kikiki. :p all the besttt!

*Assignment sumber : UPM's Gag 

Anyway, last cuti Chinese New Year of course lah aku balik kampung (rumah). Pehhh nikmat cuti dia lebih disyukuri berbanding balik cuti time study dulu huhu. Masa study dulu macam takde hal sangat kalau tak balik rumah berapa lama. Yelah kampung aku pun bukannya jauh sangat. Balik hari pun takde masalah. Tapi since ‘kerja’ ni, lain macam dia punya padu bila ada cuti panjang sikit. Haa baru kau tau erti penyesalan. Hewhew.

Location : FRIM

So, dari Selayang ni aku balik naik tren ke Sg. Gadut pasal aku bet kalau balik naik bas konfem esoknya baru sampai kot. Lulz. Aku naik tren dari Nilai sebab aku tumpang Kakcik yang on the way ke rumah dia ke stesen KTM Nilai. Masa aku duduk tunggu tren sampai sorang-sorang, tetiba ada sorang lelaki ni duduk sebelah aku. Aku buat taktau lah je, malas nak cara. Pastu dia tegur aku. Okay, pakcik Melayu. Lega sikit.

Memula dia tanya stesen Seremban berapa jauh sebab dia nak catch up bas pukul 9 malam. Masa tu, baru pukul 7.45 malam. Then, dia tanya lah several things pasal aku. Benda standard kalau jumpa and sembang dengan orang yang baru kenal kat tengah jalan.

“Balik mana? Dari mana?”

“Kerja ke belajar?”

“Course apa? Tahun berapa?’

Ohh Environmental Science. Nanti habis boleh masuk kerja sector apa?

Haaa soalan last tu. Soalan last tu palinggggg favorite. Aku pun jawab lah begitu begini. Pastu aku pun tanya-tanya lah dia dari mana, ke mana, kerja and dia cerita dia nak ke Kota Tinggi untuk pick up parents dia bawak datang KL jalan-jalan. And dia pun cerita something kat aku.

“Bila setiap kali weekend kan, kita plan nak ke sana, nak ke sini. Nak bercuti, keluar. Tapi balik kampung ni jarang orang plan. Balik kampung ni satu keberkatan yang paling besar. Sebab apa? Sebab kita jumpa orang tua kita, membahagiakan mereka dengan kepulangan kita.”

Macam tu lah lebih kurang maksud cerita dia. Aku pun macam tersentak. Bila aku fikir-fikir balik selama ni, betul kata pakcik tu. Cuma, yelah kan. Bila kita dah keluar dari tempat sendiri, banyak benda, banyak tempat kita nak buat, nak pergi. Acah-acah explore lah kan hehe. Tapi, bagi aku paling tak patut kalau kau langsung tak balik jenguk mak ayah kau yang still ada kat kampung tu. At least lah, at leasttt contact diorang. And aku harap benda yang aku cakap ni tak berbalik pada aku. Aamiiin.

Aku pun iyakan je lah apa pakcik tu cakap. Baru je nak dengar cerita lebih lanjut, tren pun sampai. Maka, masuklah aku ke dalam koc wanita dan berpisah dengan pakcik tu. Sempat jugak lah aku berterima kasih dan pesan hati-hati. Cuma satu je aku ralat, aku tak tanya nama dia. Sebab aku pernah dengar dalam radio, salah satu golongan orang yang zalim ialah orang yang apabila bersembang dengan orang yang baru dikenali, mereka tidak bertanyakan namanya. Wallahualam. Aku tak search pun pasal benda ni. Aku memang ingat apa yang aku dengar lah je. Kalau salah, mohon tegur.

Wanita beb kehkeh.

Walaupun aku balik rumah macam takde function je kat parents aku, mengabehkan boreh yo, haha tapi aku syukur and bahagia dapat jumpa diorang. Kepada yang still ada parents tu (pesan kat diri sendiri jugak ni), jagalah diorang bebaik. Hargailah dan cintailah selama hayat masih ada. Tudiak. Kepada yang dah takde, takziah, jangan bersedih. Berdoa dan sentiasa berdoa untuk mereka. Kita juga akan pulang kepadaNya satu hari nanti. Well, aku pun tak reti mana nak cakap pasal benda-benda camni. Takut tersinggung pulak. Aku mintak maaf lah kalau ada yang tersilap taip dalam entry kali ni.

benda paling best bila balik rumah? MAKANNNN :D

Jadi, begitulah ceritanya tentang pertemuan aku dengan sorang pakcik kat stesen KTM. Semoga dirahmatiNya. Oh dan baru-baru ni aku baca satu post dalam whatsapp. Renung-renungkan dan selamat beramal. ;) huwaaaaaa nak balikkkkkkk T_T



p/s :: ke Jerangau ke kita?

Sunday, 8 February 2015

Manusia vs Lembu

Harini aku pergi kenduri kahwin member kat Ijok. Member kelas aku, perempuan. Tahniah Kak Linda! :D oh and Wani jugak haritu hehe. :)

Wani & Aiman

Linda & Harith

So kawasan Ijok tu banyak kelapa sawit. Masa on the way tu, ternampak bangkai lembu tergolek tepi jalan tu sobs.

“mesti dia main lintas je ni.”

“mesti time malam ni.”

“eh tak. Kadangkadang siang pun dia main lari je lintas.”

Speculations. Speculations everywhere. Heww.

Lepas tu, Kak Epa yang tukang bawak kereta ni pun cerita lah yang dia teringat dia dengar satu tazkirah kat radio. Lebih kurang camni lah yang aku faham.

“Kita hidup kat dunia ni jangan sombong sangat dengan pangkat and darjat yang kita ada. Kalau kita tengah drive, tiba-tiba ada kereta Dato’, kita kena kasi laluan ke Dato’ tu kan. Lepas tu, ada pulak Perdana Menteri nak lalu, Dato’ tu kena kasi laluan pulak ke Perdana Menteri. Then, ada pulak Sultan. Perdana Menteri tu pulak kena kasi laluan ke Sultan. Lepas tu tiba-tiba ada lembu pulak nak melintas, siapa yang kena kasi laluan?”

Aku tergelak. Betul jugak ek. Semua orang akan berhenti untuk kasi laluan ke lembu melintas. Jadi, sebenarnya siapa lagi tinggi pangkatnya? Kehkehkeh.

Maksud cerita ni bukanlah nak kata kita ni lebih rendah dari lembu sedang kita ini sebaik-baik kejadian. Tapi ibarat satu analogi tentang pangkat dan darjat seseorang itu. Wah gitu kau suka hati aku je bina ayat haha. Tak perlulah kita nak bermegah, berlagak, ‘bajet’ kalau kita ada pangkat yang lebih tinggi daripada orang lain. Itu apa yang aku faham lah. kalau pemahaman aku ni silap, mohon diperbetul heww. Okay dah tu je cerita aku nak share. Lu fikirlah sendiri. :p

Jadinya, kenduri kahwin aku bila pulak? Aherherher k bye!


p/s :: tazzabar nak cutiiiii.

Wednesday, 28 January 2015

Wordless Wednesday #10




R-Goal

p/s :: Forest Research Institute Malaysia, 22 weeks to go.

Tuesday, 6 January 2015

kalau kau suka aku, cakap !!!




aku tak suka cerita sedih macam ni huwaaaaaa T_T kalau kau suka cakap lah wehhh hukhukhuk.

dah kenapa pepetang ni layan cerita sedih pfft.

p/s :: first paper baru habis harini.