Monday, 6 October 2014

#np Kehilangan - Firman

hmm. harihari syahdu ni mula lah teringat bendabenda sedih jadi sebelum ni. bagi engkorang mungkin takde apa, tapi bagi aku, sedihnyaaa la haii bila jam hilang.

seumur hidup aku, tak pernah aku hilang jam. tukar bila rosak je. and one day, my neighbor gave me a present for my SPM's result. and it was a watch.


exactly like above. puprle. memang kena pulak aku tengah gila kaler purple. masa sem 2 kat matrik baru aku pakai jam ni. sampailah tahun 2 (sem 4) aku kat UPM. aku memang suka gila jam ni. masa awal-awal dulu, adik aku pun aku tak kasi bila dia nak try pakai. punyalah nak jaga pasal jam ni unik. first time aku jumpa jam macam ni. dia jenis strap. yang macam pembaris dulu dulu bila kita tap dia bergulung. takut sangat dia patah sebab aku baca warning kat kotak dia tu. memang aku sayang gila.

jam ni hilang masa one day aku overnight dalam bilik gerakan SRM tu. bangun pagi aku cari takde. last aku ingat, aku bukak masa nak pergi toilet. balik dari toilet, aku tak ingat langsung pasal jam ni sampailah aku bangun pagi tu.

nak sedapkan hati, mungkin aku tak pakai masa datang. aku check kat toilet takde. geledah bilik tu takde. aku balik bilik kolej, selongkar semua takde jugak. aku tanya orang-orang yang aku jumpa sepanjang hari semalam tu semua kata tak perasan. aku syak orang sorok tapi takde yang mengaku sampai ke sudah. seminggu aku meroyan. sedihnya Tuhan je tau. nak syak orang curi, memang aku jauhkannnn sangat hati aku daripada rasa macam tu walaupun ada je yang aku suspect. last-last memang aku pasghah lah dah memang takde. kalau engkorang tetiba ada terjumpa, mohon pulangkan ke aku ye. huhu. 

aku rasa susah bila takde jam. susah nak bajet masa. takde kerja pulak aku asyik asyik nak tengok handphone je, nak tanya orang pukul berapa. sebab aku akan cepatkan waktu jam aku 10 minit. lepas berbulan sampai birthday aku, bapak aku hadiahkan aku jam lain. masa tu aku rasa tahun tu lah hadiah birthday paling best. sebab tahun-tahun lain biasanya takde hadiah pun haha.


purple jugak. happy dia rasa taknak bukak langsung. lepas tu acah acah Izzah dalam Ombak Rindu. haha entah siapa lah yang tukar jam dia dengan aku kan. memang seronok sesangat. terima kasih kat bapak aku tu memang uncountable noun lah. tapi tak lama jugak rezeki, jodoh dengan jam ni.

puasa tahun ni, hilang. hmm. kalau aku solat kat surau awam, shopping mall ke apa, masa nak ambil wuduk, jam ni aku bukak dan memang aku simpan dalam poket seluar. tak pernah langsung aku bukak and tinggalkan kat beg ke kat tepi paip ke. tapi hari tu pulak, aku bukak jam ni and letak atas tembok tempat ambil wuduk kat surau awam. dah benda bukan habit, memang lupa lah cerita dia. lepas solat baru teringat. terus keluar tengok kat tembok tu, kosong. takde apa benda. check kat beg, sweater, takde. waktu tu memang gelabah nak mams. muka dah panas dah ni nak nangis. haha. tanya budak sembang kat belakang, tak nampak. aku memang sure diorang tak keluar dari surau tu masa aku tengah solat sebab boleh perasan. budak lelaki sekolah memang ada dalam surau tu tapi tempat wuduk diorang sebelah lain. no point kalau diorang nak jengah. dan ada sorang makcik yang baru lepas solat before aku start solat. tapi takkan lah nak suspect orang tua. kalau orang lalu lalu kat luar, tempat wuduk tu dalam pagar. 

tak puas hati, aku pusing keliling tempat tu, tengok celah-celah tu, memang takde. bibir bergetar-getar dah. huhu. masuk kereta, cakap kat umi dan terus nangis. tersedu sedu nangis sampai balik rumah. kenangkan hilang satu, kenangkan hadiah dari ayah satu. bukan senang woi nak dapat hadiah time birthday!! hahaha. jam pulak bukan lopek punya em hmm. bila ayah balik kerja, aku peluk dia and mintak maaf sambil cerita lah pasal kehilangan jam tu. and he said one thing that made me redha straight away;

"mana ada benda yang kekal dalam dunia ni."

terus aku stop menangis and felt so warm. lepas tu masa duduk duduk sembang dengan umi, she told me one thing yang buat aku terus nak lupakan pasal 'tragedi' ni.

"memang kita rasa sedih. tapi mungkin kita dah bahagiakan orang lain."

maksudnya, kalau betullah ada orang yang ambil jam tu, tentu ada sebab kenapa dia ambil jam tu and if itu yang buat dia bahagia, kita terima je lah. even pada kita, dia mencuri. yes, memang mencuri tapi untuk diri kita sendiri, kita anggap je takde rezeki untuk kita. dan pasti ada yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang. insyaAllah.

jadinya, taklah aku meroyan seteruk masa hilang jam first dulu. and aku janji dengan diri aku, aku takkan beli jam kaler purple lagi. nanti terkenang-kenang rasa tak best sangat. engkorang kalau ada yang nak hadiahkan aku jam tu, take note lah ye. aherher.

sekarang, aku pinjam jam bapak aku. bedal aje lah. yang penting dapat tengok on the spot, waktu pukul berapa. :p nasib lah engkorang nak kata aku apa pasal jam pun entah apa-apa. cerita dia, ada aku kesah? k bye. XD



p/s :: salam Aidiladha untuk orang nun jauh di sana.


No comments:

Post a Comment