Wednesday, 29 October 2014

Thursday, 9 October 2014

Entry Malam Jumaat #16

sharing is caring muehehe. from whatsapp group.

Aku nak share satu siri kejadian mistik yang pernah jadi kat aku. Cerita ni panjang sikit lah, so bear with me, okay.
Cerita ni jadi waktu aku study kat UPM dulu. Setiap kali cuti semester, aku dan budak-budak postgrad lain memang tak balik. Sebab apa? Sebab kitorang rajin. *tangan ke bahu mata ke atas*. Jadi pihak kolej akan kumpulkan students yang tak balik ni kat satu blok. Senang nak manage. Ini bermaksud, aku kena pindah bilik. So, lepas dapatkan kunci bilik baru aku tu, bilik number 2*** (aku ni duduk kolej konvensional kat UPM. Bilik single. Kolej aku pulak kolej nombor-nombor. Budak-budak UPM tau kot. Kolej nombor-nombor ni memang old school) aku pergi check bilik. Kot-kot lah kipas tak berfungsi ke apa kan. So far ok.
Since siangnya aku busy, aku terpaksa lah pindah malam. Then malam tu aku pun start lah angkut barang-barang ke bilik baru aku. Aku ingat lagi, time tu around pukul 8 lebih lah. Waktu nilah bermulanya kejadian-kejadian seram tu. Aku listkan by event okay. Senang kau nak faham. Plus I’m nerd like that.

Kejadian pertama: TV
Benda pertama sekali yang aku bawak pindah ialah TV aku (ye, tv memang illegal bawak kat asrama. Bawak at your on risk okay adik-adik). Sebab benda tu yang paling lah berat kan. Jadi dah siap angkut, dah siap pasang aerial semua, aku try lah on. Okay, clear je siaran. So aku bukak lah tv3. Time tu tengah buletin utama. Then aku biarkan je tv tu on while aku pergi bilik lama aku nak angkut barang-barang lain. So, sampai je aku ke bilik tu balik, tv dah jadi tv9. Aku macam, eh, kenapa pulak boleh tukar channel kanTapi waktu tu aku tak terfikir pun pasal mistik ke apa. Malam pertama aku kat bilik tu aman je lah. Aku tidur dengan nyenyaknya sampai pagi. Mungkin sebab aku penat kot. Tapiiii, start malam kedua benda lain pulak jadi.


Kejadian kedua: pintu almari
Dalam bilik tu ada dua almari. Satu almari baru, satu almari usang. Serius. Memang usang gila almari tu. Kayu pun dah macam mereput je. Then malam tu aku baring-baring nak tidur. Sekitar pukul 12-1 pagi macam tu lah. Lampu semua dah tutup. Tengah aku syok melayan perasaan, tiba-tiba pintu almari usang tu terbukak, then tertutup. Lepas tu terbukak balik, then tertutup. Berulang-ulang kali. In slow motion. Siap ada bunyi ‘kreeeek kreeeek’Sebab waktu tu aku macam dah start mamai, aku tak fikir sangat lah pasal benda ni. Oh. By the way, sejak malam tu, pintu almari terbukak tertutup ni jadi hampir setiap malam. Mula-mula memang aku tak ambik kisah sangat. Tapi sebab hampir setiap malam jadi, aku dah start rasa, “eh, ni gangguan makhluk halus ke?”. Aku bukan tak percaya kejadian mistik, tapi aku rasa tak percaya benda-benda macam ni boleh jadi kat aku. Aku ingatkan jadi dalam tv dan kat orang yang ada sixth sense je.
eh tak seram lak gambar ni kehkeh.
Kejadian ketiga: bunyi mencangkul
Malam tu aku kena stay up sebab nak tulis thesis. Waktu tu sekitar 2-3 pagi macam tu lah. Meja belajar aku ni mengadap tingkap (standard susunan asrama lah kan). Aku kalau buat kerja memang jarang pasang lagu ke apa. Sebab konsentrasi aku mudah terganggu. Plus, aku memang suka suasana sunyi pagi-pagi macam tu. Aman je rasa. Tengah aku syok (syok lah sangaaaat) menulis tu, tiba-tiba aku dengar bunyi orang mencangkul. Memang sangat jelas. Dari luar tingkap aku. Memang aku pelik lah kan. Apa hal pulak pagi-pagi buta ni orang nak mencangkul. Lama beb. Ada lah dalam 1 jam lebih. Bunyi mencangkul tu continuously heard dari bilik aku. Aku dapat rasa macam basah je tanah tu. Kadang-kadang laju bunyi mencangkul tu, at certain time jadi slow. Malam tu memang senyap, takde bunyi cengkerik ke apa, just kedengaran bunyi mencangkul tu je. Aku dah start meremang bulu roma. Nak bukak tingkap and check memang harapan je lah. Macam lah aku berani, kannn. So aku kemas-kemas buku aku, tutup laptop, aku tidur. Esoknya aku cerita lah kat member aku pasal ni.


Then dia kata “ala, mungkin ajk untuk MASUM buat kerja diorang kot. Cangkul-cangkul tanah nak setting padang ke apa” (MASUM ni Majlis Sukan Universiti Malaysia. waktu tu UPM tuan rumah.) Waktu tu baru aku teringat, aku tak tahu pun apa di sebalik tingkap aku tu. Sebab aku tak pernah bukak tingkap. Ye lah, aku kan baru masuk bilik tu. Blok tu pun aku tak pernah lalu or pergi pun sebelum ni. Siang memang aku jarang kat bilik. Malam aku tak suka nak bukak tingkap, nanti nyamuk masuk (ceh, padahal penakut. Haha). Jadi petang tu aku sengaja balik awal, nak jenguk tingkap bilik aku. Kau tahu apa betul-betul kat belakang bilik aku? Car park untuk felo! Tak ada seinci pun tanah, ok. Seinci pun takde. Jadi macam mana pulak boleh ada bunyi mencangkul?

Kejadian keempat: Garam
Oleh sebab aku tak tahan dengan pintu almari aku yang asyik terbukak tertutup hampir setiap malam (even lepas aku tutup ketat-ketat before aku siap-siap nak tidur), aku cerita lah kat member aku pasal benda ni. Dia ni baik dan Islamic orangnya. Mari kita namakan dia Ani (bukan nama sebenar la kan).So Ani pun kata, dulu dia pernah belajar cara nak detect kalau bilik or rumah ada didiami makhluk halus. Caranya, ambil garam kasar, kena garam kasar tau. Tak boleh garam halus. Letak dalam gelas. Lepas tu, isi air dalam gelas tu sampai sama paras dengan garam. Faham tak? Maksudnya, air tu tak boleh melepasi garam. Mesti sama level dengan garam. Haaa, gitu.
Lepas tu letak kat empat penjuru bilik. Maksudnya kena buat empat gelas la. Then, tunggu around 15 minit macam tu. Lepas tu check balik. Kalau by that time paras air tu lebih tinggi berbanding paras garam, maksudnya adalah ‘unwanted roomate’ tu. So, malam tu aku ajak lah Ani ke bilik aku lepas Isyak. Dia datang bawak garam, gelas empat biji dan garam kasar. Mula-mula dia ajak baca Yasin. Lepas tu, kitorang pun start lah agihkan garam dalam gelas. Then Ani ni isi lah air dalam gelas satu persatu (kan ada 4 gelas kan).


Dia isi gelas pertama, then gelas kedua, and by the time dia nak isi gelas ketiga, garam dalam gelas pertama tu dah larut. Dah separuh dah larut! Less than 2 minutes macam tu. Garam kasar kan susah sikit nak larut. Nak nak kalau kau letak sampai separuh gelas garam tu dan air sama level kan. Aku macam tak percaya, tapi benda ni jadi betul-betul depan mata aku.

Kejadian kelima: air
Waktu tu around pukul 1 pagi. Aku dah golek-golek nak tidur dah. Tetiba aku dengar bunyi air mengalir. Ala, macam bunyi kau tuang air dari jug ke gelas tu. Masalahnya bunyi tu jelas sangat dan dekaaat je bunyinya. As if ada orang dalam bilik aku tu tengah tuang air. Aku pun tarik selimut sampai kepala, tutup mata, baca apa-apa yang patut. Lama jugak lah baru aku dapat tidur.


Kejadian keenam: panas
Lepas 2-3 minggu aku duduk bilik tu, ada kenalan aku time matrikulasi datang melawat. Dia kebetulan ada di UPM. So aku ajak lah dia datang ke bilik. Bolehlah dia rehat-rehat sambil berborak kan. Okay, mari kita namakan dia Aminah (bukan nama sebenar. Amboi, dah macam dalam majalah pulak kannn). Mengenai Aminah. Dia ni ada saka. Aku pun tak pasti dari mana dia dapat atau kuat ke tak, aku just tahu dia ada saka je. Itupun pakwe dia yang bagitau aku. So, bila si Aminah ni sampai depan bilik aku, aku pun ajak lah dia masuk. Tapi, dia tercegat je depan pintu. Taknak masuk. Aku heran lah kan. Aku ajak lagi dia masuk.
Aku: Aminah, meh lah masuk. Apesal kau tercegat kat situ?
Aminah: aku taknak masuk bilik kau. Bilik kau panas! (muka dia merah dah time tu. Mata dia melilau-lilau. tetiba perangai dia pelik semacam)
Aku: takpelah, nanti aku buatkan kau air. Lepas minum nanti sejuk lah. Meh lah masuk.
Lepas tu Aminah masuk. Dia diam je, tak banyak cakap. Tapi aku ajak lah borak-borak update apa yang patut. Tiba-tiba Aminah suruh aku pegang belakang dia. Aku blur lah kan. Apa pasal pulak nak pegang-pegang belakang ni. Tapi dia insist jugak. So aku pegang la. Mak aih, panas! Macam orang demam panas. Lepas tu Aminah kata “kan aku cakap, bilik kau ni ‘panas’".


Kejadian ketujuh: As-Saffat
Sejak aku duduk bilik tu, aku memang selalu demam. Batuk yang tak baik-baik. Dah berbotol-botol ubat batuk aku telan. Still, batuk aku tak baik. Pernah sekali tu aku demam sampai aku tak larat nak bangun dari katil. Jadi aku cerita lah kat Ani pasal benda ni. So Ani pun datang ke bilik aku, bawak surah yang dia dah print. Surah As-Saffat. Surah ni dapat memelihara diri kita dan keluarga kita dari terkena gangguan makhluk halus terutama Jin/Iblis dan syaitan.
Okay, a bit pasal As-Saffat ni. As-Saffat ni bermaksud yang Bersaf-Saf. Nama As-Saffat ni diambil dari kata serupa yang terletak pada ayat permulaan surah ini yang menceritakan macam mana para malaikat yang bersih jiwanya berbaris di hadapan Tuhannya dimana mereka ni tak dapat digoda oleh syaitan. So, As-Saffat ni ada 182 ayat. Tapi yang Ani print adalah ayat 1-10. Dia lekatkan kat dinding tepi katil aku. Ani pesan, baca setiap kali aku terpandang printout yang dia tampal tu. Setiap kali tau. Jadi, setiap kali aku terpandang aku akan baca. Dan sebelum tidur aku akan baca. Ayat ketujuh hingga sepuluh dia memang power. Aku kongsikan kat sini okay.
As-Saffat
[7]Dan (Kami pelihara urusan langit itu) dengan serapi-rapi kawalan dari (masuk campur) tiap-tiap Syaitan yang derhaka;
[8](Dengan itu) mereka tidak dapat memasang telinga mendengar (percakapan malaikat) penduduk langit, dan mereka pula direjam (dengan api) dari segala arah dan penjuru,
[9]Untuk mengusir mereka; dan mereka pula beroleh azab seksa yang tidak putus-putus.
[10]Kecuali sesiapa di antara Syaitan-syaitan itu yang curi mendengar mana-mana percakapan (malaikat), maka ia diburu dan diikuti (dengan rejaman) api yang menjulang lagi menembusi.
Dan ini adalah kejadian klimaks yang buat aku hilang kesabaran/kekuatan/keberanian untuk terus stay kat bilik tu. Yang buat aku rasa lagi elok aku tidur dalam kereta dari tidur kat dalam bilik. Malam tu, macam biasa, sebelum tidur kenalah berangan dulu kan. Jadi tengah aku syok berangan tiba-tiba aku rasa sekeliling aku senyap. White noise pun takde. Lepas tu aku rasa sejuk as if bilik aku tu ada aircond. Dan aku sedar yang aku dah takleh gerak badan aku. nak gerak jari pun tak dapat. So, terbaring keras je aku atas katil. Tiba-tiba aku nampak dia. Satu lembaga betul-betul atas aku. Mata makhluk tu merah, rambut dia panjang. Dia tenung je muka aku. aku cuba sedaya upaya aku nak gerak, tapi seinci pun tak boleh.
Tiba-tiba dia cakap macam ni, “kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah, kenapa nak lekat ni, tanggalkan lah….” Berulang ulang kali sambil tunjuk kat printout surah As-Saffat yang Ani lekat kat dinding tu. Suara dia mendayu-dayu sangat. Kuku dia panjang pulak tu. Damn. Kemudian dia perlahan-lahan menghilang, then baru aku dapat gerak badan aku balik. Berpeluh-peluh aku. Berdebar-debar je jantung aku time tu. Aku memang tak fikir panjang lagi dah, aku ambik bantal, selimut, phone aku, aku lari pergi bilik kawan aku. time tu around 3 pagi. Nasib dia masih bangun.
So malam tu dan malam-malam seterusnya memang aku menumpang kat bilik dia. Oleh kerana aku dah tak tahan dengan semua peristiwa mistik ni, aku mengadu kat kakak angkat aku. So dia pun bawak aku pergi jumpa ustaz yang pernah merawat mak dia. Aku cerita kat ustaz tu dari A sampai Z. dia pun mintak izin aku untuk “scan” bilik aku. lepas tu dia kata, bilik awak ni ada Maya Karin. Aku macam, ha? Apa pasal pulak tetiba Maya Karin kan? Rupanya, ni ha.

Jadi ustaz tu pun bagi aku satu bungkusan dan satu kertas. Dalam bungkusan tu ada garam kasar, lada hitam (yang bijik-bijik tu) dan cengkih. Kertas tu pulak instruction macam mana nak halau roommate aku tu. Mula-mula kena azan, then baca beberapa surah, sebelum tabur campuran garam kasar tu di sekeliling bilik. Oleh sebab aku memang dah tak berani nak ke bilik tu, aku mintak member lelaki aku tolong buatkan. Mari kita namakan dia AliSo petang tu, (kena buat lepas maghrib kalau nak paling berkesan kata ustaz tu) Ali ni pun datang la ke bilik aku. Memang asrama perempuan kawasan larangan lelaki kan. Tapi time tu aku dah tak pedulik dah. Aku mintak jugak Ali buat apa yang ustaz tu suruh.
Oh, lupa nak bagitau. Ali ni pakwe Aminah. So, petang tu Aminah pun datang la sekali, temankan aku. Then Ali masuk bilik, aku tunggu kat luar, tepi tangga. aku dengar dia azan, dia baca surah-surah yang ustaz tu suruh kuat-kuat (aku tak ingat surah apa, sebab bukan aku yang buat. Yang pasti ada Al-fatihah & ayat kursi lah. Aku dengan Aminah ni duduk lah tepi tangga. Then aku dengar dia start tabur-tabur garam tu. Sebab boleh dengar garam tu jatuh ke lantai.
Tiba-tiba si Aminah ni usap usap belakang telinga dia and kata “geli lah. Pergi kau sana! Jangan kau ganggu aku. pergi!” (Aminah ni Sabahan). Memang aku seram lah kan! Tapi aku senyap je, membatu tepi tu.Tak lama lepas tu Ali keluar dari bilik. Aku tanya dia, “macam mana?” dia kata “settledKau boleh pindah masuk balik”. Alhamdulillah. Tapi memang harapan lah aku nak duduk bilik tu lagi kan. So esoknya, aku pergi jumpa management cakap nak tukar bilik.
Akak kerani: “awak bilik number berapa?”
Aku: “bilik no 2***”. Lepas tu muka dia terkejut. Tapi dia tak kata apa-apa.
Akak kerani: “awak pilih mana-mana bilik yang awak suka. Ambil je.” tanpa banyak tanya.
Aku: “tingkat satu boleh tak kak? Tapi bilik single penuh, kan.”
Akak kerani: ”boleh, nanti saya bagi awak bilik double. Takpe, awak tetap bayar untuk bilik single.”
Maka haritu jugak aku keluar dari bilik tu. Maka tamatlah episod aku kena kacau, Alhamdulillah. Lepas tu memang aku tak pernah lagi nak lalu kat situ. Beberapa bulan lepas tu aku terserempak dengan junior aku. Dia cerita bila semester bukak, bilik tu dibiarkan kosong. Sebab selama ni memang bilik tu kosong. Tapi disebabkan ramai sangat student, bilik tu dibuka balik pertengahan semester.
Tapi penghuninya memang akan bertahan paling lama pun 2 minggu je. Lepas tu mesti akan tukar orang lain pulak. Aku tak pasti apa jadi, cuma ada sorang budak ni cerita kat junior aku tu, jam kesayangan dia hilang dalam bilik tu lepas beberapa hari dia masuk. Puas dia cari kat mana-mana dalam bilik tu tapi tak jumpa. Then dia selalu rasa seram dalam bilik tu. So satu hari dia g pejabat mintak tukar bilik. Macam biasalah, akak kerani tukarkan tanpa banyak soal kan.
Lepas tu balik je dia dari pejabat pengurusan, masuk je bilik, dia tengok jam dia tu betul-betul atas laptop dia. Padahal bilik tu bilik single. And mana2 dia pergi dia kunci bilik. Macam mana jam tu boleh end up atas laptop dia pulak kan? Aku kadang-kadang curious apa sebenarnya jadi kat dalam bilik tu sampai boleh jadi haunted macam tu. Maybe dulu-dulu ada pembunuhan ke apa kan (mentang-mentang ada dengar bunyi mencangkul).
Ye lah, UPM kan dah lama. Tapi tu lah, Wallahu a’lam.


bukan kolej yang aku diami sekarang ye. huhuhu. sekian.

p/s :: Gunung Rajah.

Monday, 6 October 2014

#np Kehilangan - Firman

hmm. harihari syahdu ni mula lah teringat bendabenda sedih jadi sebelum ni. bagi engkorang mungkin takde apa, tapi bagi aku, sedihnyaaa la haii bila jam hilang.

seumur hidup aku, tak pernah aku hilang jam. tukar bila rosak je. and one day, my neighbor gave me a present for my SPM's result. and it was a watch.


exactly like above. puprle. memang kena pulak aku tengah gila kaler purple. masa sem 2 kat matrik baru aku pakai jam ni. sampailah tahun 2 (sem 4) aku kat UPM. aku memang suka gila jam ni. masa awal-awal dulu, adik aku pun aku tak kasi bila dia nak try pakai. punyalah nak jaga pasal jam ni unik. first time aku jumpa jam macam ni. dia jenis strap. yang macam pembaris dulu dulu bila kita tap dia bergulung. takut sangat dia patah sebab aku baca warning kat kotak dia tu. memang aku sayang gila.

jam ni hilang masa one day aku overnight dalam bilik gerakan SRM tu. bangun pagi aku cari takde. last aku ingat, aku bukak masa nak pergi toilet. balik dari toilet, aku tak ingat langsung pasal jam ni sampailah aku bangun pagi tu.

nak sedapkan hati, mungkin aku tak pakai masa datang. aku check kat toilet takde. geledah bilik tu takde. aku balik bilik kolej, selongkar semua takde jugak. aku tanya orang-orang yang aku jumpa sepanjang hari semalam tu semua kata tak perasan. aku syak orang sorok tapi takde yang mengaku sampai ke sudah. seminggu aku meroyan. sedihnya Tuhan je tau. nak syak orang curi, memang aku jauhkannnn sangat hati aku daripada rasa macam tu walaupun ada je yang aku suspect. last-last memang aku pasghah lah dah memang takde. kalau engkorang tetiba ada terjumpa, mohon pulangkan ke aku ye. huhu. 

aku rasa susah bila takde jam. susah nak bajet masa. takde kerja pulak aku asyik asyik nak tengok handphone je, nak tanya orang pukul berapa. sebab aku akan cepatkan waktu jam aku 10 minit. lepas berbulan sampai birthday aku, bapak aku hadiahkan aku jam lain. masa tu aku rasa tahun tu lah hadiah birthday paling best. sebab tahun-tahun lain biasanya takde hadiah pun haha.


purple jugak. happy dia rasa taknak bukak langsung. lepas tu acah acah Izzah dalam Ombak Rindu. haha entah siapa lah yang tukar jam dia dengan aku kan. memang seronok sesangat. terima kasih kat bapak aku tu memang uncountable noun lah. tapi tak lama jugak rezeki, jodoh dengan jam ni.

puasa tahun ni, hilang. hmm. kalau aku solat kat surau awam, shopping mall ke apa, masa nak ambil wuduk, jam ni aku bukak dan memang aku simpan dalam poket seluar. tak pernah langsung aku bukak and tinggalkan kat beg ke kat tepi paip ke. tapi hari tu pulak, aku bukak jam ni and letak atas tembok tempat ambil wuduk kat surau awam. dah benda bukan habit, memang lupa lah cerita dia. lepas solat baru teringat. terus keluar tengok kat tembok tu, kosong. takde apa benda. check kat beg, sweater, takde. waktu tu memang gelabah nak mams. muka dah panas dah ni nak nangis. haha. tanya budak sembang kat belakang, tak nampak. aku memang sure diorang tak keluar dari surau tu masa aku tengah solat sebab boleh perasan. budak lelaki sekolah memang ada dalam surau tu tapi tempat wuduk diorang sebelah lain. no point kalau diorang nak jengah. dan ada sorang makcik yang baru lepas solat before aku start solat. tapi takkan lah nak suspect orang tua. kalau orang lalu lalu kat luar, tempat wuduk tu dalam pagar. 

tak puas hati, aku pusing keliling tempat tu, tengok celah-celah tu, memang takde. bibir bergetar-getar dah. huhu. masuk kereta, cakap kat umi dan terus nangis. tersedu sedu nangis sampai balik rumah. kenangkan hilang satu, kenangkan hadiah dari ayah satu. bukan senang woi nak dapat hadiah time birthday!! hahaha. jam pulak bukan lopek punya em hmm. bila ayah balik kerja, aku peluk dia and mintak maaf sambil cerita lah pasal kehilangan jam tu. and he said one thing that made me redha straight away;

"mana ada benda yang kekal dalam dunia ni."

terus aku stop menangis and felt so warm. lepas tu masa duduk duduk sembang dengan umi, she told me one thing yang buat aku terus nak lupakan pasal 'tragedi' ni.

"memang kita rasa sedih. tapi mungkin kita dah bahagiakan orang lain."

maksudnya, kalau betullah ada orang yang ambil jam tu, tentu ada sebab kenapa dia ambil jam tu and if itu yang buat dia bahagia, kita terima je lah. even pada kita, dia mencuri. yes, memang mencuri tapi untuk diri kita sendiri, kita anggap je takde rezeki untuk kita. dan pasti ada yang lebih baik untuk kita pada masa akan datang. insyaAllah.

jadinya, taklah aku meroyan seteruk masa hilang jam first dulu. and aku janji dengan diri aku, aku takkan beli jam kaler purple lagi. nanti terkenang-kenang rasa tak best sangat. engkorang kalau ada yang nak hadiahkan aku jam tu, take note lah ye. aherher.

sekarang, aku pinjam jam bapak aku. bedal aje lah. yang penting dapat tengok on the spot, waktu pukul berapa. :p nasib lah engkorang nak kata aku apa pasal jam pun entah apa-apa. cerita dia, ada aku kesah? k bye. XD



p/s :: salam Aidiladha untuk orang nun jauh di sana.