Monday, 23 June 2014

Anak Perantau episod 1.

sari berita penting :

Semester 6 dah habisssssssssssssssssssssss !!

semester ni, rasa macam busy gila bak hang. tapi sebenarnya konfius busy ke pemalas. kekeke. yelah, bila malas, everything nak buat last minute. tangguh tangguh tudiak berlambak kerja. tapi, last last minute pun, hasilnya alhamdulillah takdelah mengecewakan sangat. eceh yelah tu. apa apa pun, jangan contohi. *kena ubah ni

bila last entry? cerita pasal pak guard tu haha. since pasal haritu, dua kali aku kena tahan lagi dengan pak guard. stress~! semuanyaaa pasal sticker aaaaaa. ada sticker pun kena marah. aku tampal kat side motor je pun. orang lain tu lagiiii lah. yela yela asyik cakap pasal orang lain, diri sendiri tak nampak. tapi as long as ada sticker, dahlah. tak tampal bahagian depan motor pun nak marah ke?

first case :

Me : *nak lepasi gate campus masuk ke gate kolej (padang kawad)*
PG : *tahan* student ke?
Me : a'ah student.
PG : sticker mana?
Me : ni. *tunjuk sticker*
PG : kenapa tak tampal kat depan?
Me : *diam. takut kalau jawab, jadi hal lain.*
PG : pergi belajar bukan nak smart smart motor. lain kali tampal kat depan. tau? jalan.
Me : .....???

second case :

Me : *nak masuk campus lalu main gate*
PG : *tahan sambil jerit 'OIT!'* student ke?
Me : a'ah. 
PG : sticker mana?
Me : ni. *tunjuk sticker*
PG : kenapa tampal sini. tak tampal kat depan?
Me : *geram nak jawab.* biasa pakcik stay belah kanan. *so bila aku lalu dia nampak lah sticker aku tu.*
PG : ni bukan pasal kiri ke kanan, habis tu nak tunggu awak lalu dulu saya tengokkk je baru nampak sticker? *buat gaya pandang motor lalu*.
Me : *sengih sinis malas nak layan*
PG : lain kali tampal kat depan. dah jalan.

mungkin salah aku jugak. (?) haih. nak tanya sticker mana takpelah. tapi tak payahlah nak marah or cakap pasal nak motor smart lah pebende bagai. takpelah pakcik. bukan salah pakcik, salah sistem. uncle Indian tu jugak yang terbaik!

**********

Final Year Project is starting to run. cuti semester ni kena stay kolej. and will be the first time puasa di perantauan katanya since 2010. wuwuwu. T_T tapi kalau ada free 28-29 Jun tu memang aku shoot balik kejak. takpe, sikit lagi nak habis, buatlah habis habisan. aherher.



SRM? dulu KBN, sekarang GMIK (Geng Made In Kluang) haha. banyak aktiviti tertangguh disebabkan beberapa hal. sekarang ni, high risk activities macam hiking dibekukan. and kalau nak buat aktiviti kena sebulan before tarikh final exam. so, dia jadi macam 'lumpuh' sikit lah. apa apa pun, nantikan gimmick dinner sem depan. hewhew. *menari zombie*



aku taktau blog ni boleh tahan berapa lama lagi. korang ada lagi ke yang baca cerita cerita aku ni? hehe. siapa ingat janji aku terhadap diri sendiri dulu? masih belum dimungkiri dan harapharap dapat pegang betulbetul. tak lama je lagi walaupun hati ni kadangkadang merenyam tak tentu pasal kakaka. #tazzabar k abaikan pasal tu.





sengaja je nak tunjuk gambar iols pergi Floria 2014 Putrajaya. kah.


sem depan sem 7, then buat internship for the whole sem 8. ada suggestion nak buat kat mana? aku dah ada several tempat nak apply tapi belum proceed lagi dengan application. dekat dengan rumah advantageous pasal makan best, dekat dengan UPM pun advantageous jugak pasal aku boleh ulang alik untuk persatuan. :D tapi larangan internship adalah di :


Pulau
Sabah & Sarawak
Institusi kecuali UPM
NGO

okaylah. gerak dulu. feel free to motivate me ecehhh. :p annyeong ~~~




Persatuan Seni Silat Cekak Malaysia



my partner from the beginning till the end.


sekian.


p/s :: Forever 19.

No comments:

Post a Comment