Saturday, 15 March 2014

Sabtu, Pak Guard, dan Roti.

tadi petang aku ambil Kakmet (roommate aku) balik dari TOCIE (Test Of Communication In English). jadah betei kena ambil TOCIE ni. k takyah  cerita lebih. then, kitorang pergi minum air kelapa kat balai. pastu beli roti kat Big Mart. tempat tempat tu semua takde motif pun aku mensi. lepas tu balik ah.

untuk students UPM, korang mesti tau gate masuk kolej yang padang kawad tu kan. nak dijadikan cerita, aku kena tahan dengan pak guard situ. motif dia tahan? aku pun tak faham sebab tak pernah pernah pak guard tahan motor yang masuk gate waktu petang hari Sabtu. sampai member dia yang duduk kat tepi pun tak jadi nak menguap. terkejut agaknya dia tahan aku.

*pak guard tahan motor aku*

PG : sticker mana dik?

Me : ni. *tunjuk sticker kat bahagian tepi motor*

PG : kenapa letak kat situ? kenapa tak letak kat depan? susah abg nak tengok.

Me : (abg sangattt. pak guard paling garang pun tak  pernah tegur aku tampal sticker tu kat situ. bukan tersorok pun. *dalam hati*) *senyum jee*

PG : *nampak roti dalam bakul* ni buat apa roti ni? nak buat sandwich ke?

Me : ahha nak makan dengan Nutella. *pandang pak guard dengan yakin mata bersinarsinar sambil senyum bangga*

PG : uii makan roti dengan Nutella. okayokay jalan.



budakbudak motor belakang aku semua pandang aku pelik. aku dengan Kakmet gelakgelak atas motor sampai kat bilik. hahaha. hmm nak mengorat aku ke camne?



p/s :: I am not your secret admirer anymore because I'd revealed myself.


4 comments: