Thursday, 6 March 2014

Entry Malam Jumaat #13

bilik yang menempatkan 4 orang pelajar itu lengang. Hana sudah berpindah bilik manakala Ainur dan Ira masih belum pulang dari rumah masing-masing. sudah menginjak ke hari Khamis tapi Lin masih tinggal keseorangan.

"aduhh  kenapa diorang tak balikbalik lagi ni. takde kelas ke. haih." keluh Lin.

sememangnya Lin tidak gemar tinggal berseorangan malah pernah dimarahi ibunya kerana tidur sendirian di dalam bilik. bukannya dia tak pernah minta sesiapa tolong temankan dia. sudah berkali-kali dia mengajak Izati untuk tidur bersama dia tapi Izati sering saja ada meeting yang habis pada tengah malam. untuk Lin yang jenis tidur awal, dia tidak betah untuk menunggu. akhirnya, terpaksalah Lin menahan hati untuk menempuh malam malam yang mendatang dengan sendiri.

petang itu, Lin menghantar mesej kepada Ira untuk bertanyakan tentang kepulangannya. hasrat untuk bertanya kepada Ainur dipendam kerana dia tidak mempunyai nombor rakannya tersebut. maklumlah, Ainur merupakan pelajar baru maka Lin tidak merasakan kepentingan dia untuk menyimpan nombor Ainur. lumrah manusia, menganggap semua benda mereka tahu. konon konon tak penting tapi bila dah jadi macam ni, mula nak menyesal.

"hai laa. reply laa reply laa. hish." rungut Lin lagi.

Malam sudah melabuhkan tirainya. Lin tibatiba berasa tidak sedap hati.


"Izati awak kena teman Lin jugak malam ni." Lin menelefon Izati.

"tak boleh lah Lin. saya ada meeting dengan Felo. tapi saya janji kalau habis awal saya datang bilik awak eh." Izati membalas.

Lin memutuskan talian.  usai solat Isyak, Lin tidak menonton rancangan Running Man kegemarannya di laptop. pukul 10.15 malam, Lin sudah bersiap-siap untuk tidur walaupun agak sukar untuk melelapkan mata. kelas keesokan harinya pula pukul 10 jadi, minda Lin telah di set kan untuk tidur sedikit lewat. entah pukul berapa Lin terlelap dia juga tidak tahu...


ketukan di pintu bertalu-talu menyebakan Lin terjaga. tanpa berfikir panjang Lin bingkas bangun untuk membuka pintu.

"Izati kot." fikirnya.

Lin sedikit terkejut melihat Ira di muka pintu bersama bagasi besarnya.

"eh Ira. balik pun." Lin menegur dalam keadaan masih pisat.

Ira hanya tersenyum dan masuk ke dalam bilik lalu menutup pintu. dia duduk di katilnya. Lin menuju ke katil yang bersebelahan dengan Ira untuk sambung tidur. sebelum itu, Lin memeriksa telefon nya untuk melihat waktu sekarang pukul berapa.

"sorry Lin. Ira biarkan Lin sorangsorang." Ira memohon maaf.

"oh takpelah. tidur dulu okay." Lin membalas sambil matanya masih melekat di skrin telefon nya.


"sorry Lin, lmbt reply. Ira balik Sabtu nnt. sorry sgt2 sbb tak bgtau Lin. Ira ada mslh sikit. nnt balik Ira cite okay. take care. :)"

Lin membaca mesej itu berulang kali. dia memeriksa tarikh mesej itu.

"Khamis, 11.30 p.m. sekarang 1.00 a.m. Jumaat." bisik hati Lin.

Lin mematikan telefon nya dan kaku. dia tidak berani untuk memandang ke arah Ira. dari ekor matanya, dia perasan yang Ira sedang baring menghadap ke arah sana. Lin sedikit lega walaupun jantungnya mengepam darah 150juta kali.

"sejuknya. macam nak hujan je. eh ada baju kat ampai lah. angkat jap." Lin cuba beri alasan untuk keluar dari bilik.

hampir saja Lin ke pintu,

"nak angkat baju ke dah tau?" tibatiba Ira bersuara.


tangan Lin menggigil di tombol pintu. tanpa menoleh Lin terus membuka pintu untuk berlari keluar.

"BUK!" Lin terlanggar sesuatu.

"Izati!" Lin melihat Izati depan mata.

Lin terus memeluk Izati.

"awak jom tidur bilik awak jom." Lin mengajak Izati.

"saya datang sini nak temankan awak tidur sini." balas Izati.

dalam keadaan masih memeluk Izati, mata Lin terpaku pada susuk tubuh di tangga hujung koridor. Izati sedang memegang bantal dan selimut sambil memandang ke arahnya tersenyum. Lin terus melepaskan pelukan. Izati memandangnya, turut tersenyum.


"Izati..." Lin kaget.

"cuba awak teka yang mana satu saya?" Izati bertanya, menyeringai.

mulut Lin bagai dizip. kaki Lin bagai dipasung. dia tidak boleh bergerak langsung. memikirkan 'Ira' yang berada dalam biliknya, 'Izati' di hadapannya dan 'Izati' di tangga hujung koridor, dia sesak. akhirnya pandangannya gelap.

"Lin bangun Lin! kenapa tidur sini?!" Lin terasa bahunya digoncang.

apabila dia membuka mata, dia melihat Izati memandangnya dengan cemas. mentari pagi Jumaat sudah menampakkan dirinya. Lin terpisat-pisat. cuba untuk memastikan Izati di hadapannya kini bukan 'Izati' semalam. Lin mendapati dirinya berada di depan pintu bilik Izati.

"takut betul awak sampai tidur sini?" tegur Izati, dan tersenyum.

Lin bingung. apabila dia memandang sekelilingnya lagi sekali, hari masih gelap.



p/s :: "Mak, currumdum mana? nak asah pisau."





No comments:

Post a Comment