Saturday, 15 March 2014

Sabtu, Pak Guard, dan Roti.

tadi petang aku ambil Kakmet (roommate aku) balik dari TOCIE (Test Of Communication In English). jadah betei kena ambil TOCIE ni. k takyah  cerita lebih. then, kitorang pergi minum air kelapa kat balai. pastu beli roti kat Big Mart. tempat tempat tu semua takde motif pun aku mensi. lepas tu balik ah.

untuk students UPM, korang mesti tau gate masuk kolej yang padang kawad tu kan. nak dijadikan cerita, aku kena tahan dengan pak guard situ. motif dia tahan? aku pun tak faham sebab tak pernah pernah pak guard tahan motor yang masuk gate waktu petang hari Sabtu. sampai member dia yang duduk kat tepi pun tak jadi nak menguap. terkejut agaknya dia tahan aku.

*pak guard tahan motor aku*

PG : sticker mana dik?

Me : ni. *tunjuk sticker kat bahagian tepi motor*

PG : kenapa letak kat situ? kenapa tak letak kat depan? susah abg nak tengok.

Me : (abg sangattt. pak guard paling garang pun tak  pernah tegur aku tampal sticker tu kat situ. bukan tersorok pun. *dalam hati*) *senyum jee*

PG : *nampak roti dalam bakul* ni buat apa roti ni? nak buat sandwich ke?

Me : ahha nak makan dengan Nutella. *pandang pak guard dengan yakin mata bersinarsinar sambil senyum bangga*

PG : uii makan roti dengan Nutella. okayokay jalan.



budakbudak motor belakang aku semua pandang aku pelik. aku dengan Kakmet gelakgelak atas motor sampai kat bilik. hahaha. hmm nak mengorat aku ke camne?



p/s :: I am not your secret admirer anymore because I'd revealed myself.


Thursday, 13 March 2014

Entry Malam Jumaat #14

 aku berteleku di meja memandang laptop tanpa berkelip.

"apa nak taip ni." fikirku.

tiba-tiba, aku terdengar satu bisikan ...

"woi Syaa! study !!! esok dah start test !!!"

dan aku tersengih sendiri.

all the best ! ^_^


Kaedah Penyiasatan Sub Permukaan
 14th March 2014 , 1500hrs
Law For Pollution Control 
18th March 2014, 1500hrs
Watershed Analysis 
19th March 2014, 0900hrs
Policy & Environmental Administration 
19th March 2014 , 1000hrs
Environmental Entrepreneurship 
20th March 2014, 1400hrs
Transportation Planning 
masih belum dikenal pasti


p/s :: when you don't give up, you can't fail.

Monday, 10 March 2014

because KBN SRMUPM is the best part of campus life.



aku tak pandai mengarang puisi. tidak ku pandai bermadah berseni. satu kalimah yang ku seikhlas tahu, hanyalah ku cinta padamu. sebab tu aku tak tweet, update status, post kat instagram, post kat whatsapp group and whatsoever. sebab aku takde katakata yang boleh aku gambarkan tentang Kami Budak Nakal (KBN) SRMUPM 13/14. dan malam 8 March 2014, board 13/14 dah dibubarkan. sedih, speechless. tapi KBN tetap takkan terpisah.

terlalu banyak yang aku lalui dengan KBN SRMUPM ni. dari kenangan, memori, pengajaran, pengalaman, ilmu, dan sebagainya. kalau nak cerita satusatu, cramp jari guwa. setahun je masa aku dengan diorang, cukup daebak. seriously, 2013 aku awesome sebab diorang. kadangkadang aku taktau sebenarnya aku sayang SRM ke, sayang diorang. kalau kitorang bukan dalam SRM, sama tak perasaan ni? apa-apa pun, aku  bersyukur kenal dengan diorang.

aku tau, tak semua benda kita puas hati, kita suka. ada jee benda yang kita simpan, atau cerita masalah kita kat orang lain which orang kata kita cakap belakang. dan tak mudah untuk kita mengaku salah kita buat pada orang tu. untuk itu, aku turut nak mintak maaf kat korang semua untuk semua benda yang kita dah lalui. baik buruk, susah senang, jatuh bangun, dan macam macam lagi. semoga kita perbaiki diri kita dan ukhuwah kita ni lebih diberkati. :) maafkan aku, halalkan semua.

kalau nak cerita panjangpanjang sesucisuci hati, entry ni takkan kena dengan nama blog ni. haha. syahdu der. biarlah hatihati kita berhubung sendiri.

Induksi kat Pulau Tioman membuka cerita kita. aku ingat lagi lepas malam watikah tu hingga waktu induksi tu, aku masih tak dapat menyesuaikan diri dengan korang semua. meeting pun asyik tak datang. sebab aku dah lama tak ada komitmen dalam organisasi. so, aku anggap SRM ni sama je macam organisasi kat sekolah. tapi lepas induksi, baru aku sedar. SRM ni ada sesuatu yang dia nak ajar and kasi aku. dalam dunia realiti.









terbayang lagi petang hari nak gerak tu, aku isi beras untuk rotion kat sana. Shah tegur aku fokus sampai ternganga mulut. haha. macam mana paniknya aku, Isma yang tak beli hadiah lagi untuk malam tukartukar hadiah kat sana nanti. terus shoot pergi Mines dengan Wawa Shah. aku ingat lagi Shah tegur pasal appearance aku. tshirt, jeans, crocs and sling bag. jumpa Kalam kat sana. festime kot aku cakap dengan Kalam? even dia satu matrik dengan aku tapi hampeh haha. dan aku ingat Kalam tersasul cakap 'metet' when he was actually nak cakap mesej siapa entah. hahaha. 





some other memories yang aku ingat kat Pulau Tioman bila Syamil as the camp com merajuk sebab kitorang tak dengar arahan dia untuk kumpul. Haq, Anep and Faris yang menari dalam van. haha. aku group dengan Mirul, Wani, Ika, Ji, n Razi. aku ingat Mirul masak nasi (sekali ajar aku masak nasi guna mestin) and pagi nak balik tu Wani buatkan megi (masa tu aku baru siapsiap bangun and megi almost siap) haha. malam yang heart to heart tu Wani nangis. kehkeh. aku pun nangis sikit. pastu, malam ice breaking, bila Faris tanya "kenapa tak cendawan?", 'cinta tiga segi' Apek, Wani and Ecah, Eiya pakai kain batik sebab seluar lebih takde, Faiz fail subjek, hahaha banyak lah lagi. banyak. then, ada several  personal memories jugak. biarlah rahsia ahaha. but truly, for you, I super appreciate it.
















snorkeling, kutip sampah tepi pantai, main bola tampar, hiking Bukit Juara, main Cucu Cicit. aih everything was still fresh in this mind. snorkeling terutamanya. my first time nampak ikan lalulalu depan mata, went through them, wahhh. malam tukartukar hadiah tu pun best jugak. Hana suka hadiah aku. and, korang yang misheard aku cakap pasal hadiah apa aku dapat. haha. aku ingat Shila nak masak air teh o and share dengan group aku. malam last tu main Cucu Cicit, aku masih tak puas hati korang vote aku keluar padahal aku orang kampung je. ni Kak Rai lah ni yang suggest haha. lastlast Dayan dengan Isma yang setan sebenar. then, kita tidur ramairamai atas ground dan berterabur lari bila pagi tu hujan. waaaa rindu masamasa tu semua dengan korang even sedikit ralat ada yang tak dapat pergi sama. huu. tak kenal maka tak cinta, tapi bila dah kenal tak semestinya kena cinta.











  
 lepas tu, kita ada Malam Secangkir Budi Seindah Memori which is dinner. hari kejadian tak beri banyak kesan kat hati aku. tapi preparation time kita yang buat aku seronok. sebagai team persembahan, aku sangatsangat hargai moments kita. aku sangatsangat seronok. bila kita berlatih menari zombie terutamanya. banyakbanyak kali sampai berpeluh. secara tak langsung, aku pulak yang jadi tukang ajar. haha. tapi yang sedihnya, hari kejadian aku yang buat silap. aku mintak maaf. :( then, aku, Izzati, Shah and Farid create choreography untuk persembahan pembukaan "Kau Dan Aku". pheww. kita semua ni pandai jugak menari ek. hahaha.







dan gelagat kita masa hari kejadian. aku ingat macam mana serabut nya nak hias pintu gerbang tu untuk sesuaikan dengan tema glamorous red and black. buat macam ni tak kena macam tu tak jadi. lastlast aku ingat Mak Z yang siapkan semuanya. haha. malam right before the day, kita siapkan frame gambar and everything sampaikan aku rasa aku tidur tak sampai sejam kot. then, pagi tu awalawal terus stay up sampai awal pagi keesokan harinya lepas habis event. wow, daebak. aku ingat Eiya tanya aku nak pakai baju yang mana satu sebab dia ada bawak dua jenis baju. and as a stage manager, aku suggest kan baju yang dia pakai malam tu. style seluar. hihi. and part yang takleh lupa time hari kejadian, part Apek punya persembahan kot. haha. dia nyanyi Kehilangan - Firman and disebabkan masa prep time Apek ada masalah dengan tempo, so hari kejadian tu aku duduk kat bahagian teknikal untuk guide Apek dengan tangan aku. Shah kat belakang dewan and Eiya and several members kat belakang pentas nyanyi sesama, just to make sure Apek nyanyi dengan gempak. hahaha. biarkan aku jatuh cinta pada kau untuk malam ni saja.









 



tapi sayang kita takde gambar sesama kat pintu gerbang, and entrance glamor tu. huu. sem 1 kita tak banyak program. lainlain program masa tu, Volunteer kat Zoo Melaka. haha. kat sini, first selfie aku dengan Wani. baru aku teringat hahaha. lepas tu ada ambil gambar dengan kuda dua ekor ni. kuda padi ke apa eh? haha. Apek and Faiz sisirkan rambut kuda macam KPop then ambil gambar macam family portrait dah rasa. :p then hiking Brinchang - Irau, yang ni aku dah ada cerita dulu. kat sini.





 









sem 2, aku rasa bonding kita dah cukup kuat. mula dengan Bazar Persatuan untuk Minggu Perkasa Putra. aku ingat lagi aku ada salah faham dengan Wani pasal stay kolej. haha entah apa yang aku nak melenting sangat pun taktau lah. stress sikit kot sebab aku baru balik dari hiking then barang aku takleh nak pindahkan lagi kat bilik baru. huhu. hari kejadian, each one of us worked hard to attract the crowd to our booth. part video paling bestttt hehe. and we managed to get first place. \o/



lepas tu, Kayuhan Hijau Hari Malaysia. program kita yang ni ada konflik sikit. despite all the obstacles, we went through them successfully and the event was held daebak-ly. hahaha. part paling best bila ada lori Milo weehoo! tengkiu Yannnn. kita minum berapa cup eh Kak Rai? :p











then, Weekend's Camp. waktu WC ni aku down sebab awalawal lagi kita dah tak betul dengan tak menepati masa. so, bila aku kat camp tu, aku tak fikir pun pasal benda lain. aku tau conduct water confident jee nanti. lepas tu, bila Mirul marah aku suruh cepat buat senamrobik padahal aku tak specifically in charge pun benda tu, and aku tak tau apa-apa,dengan kaki aku sakit jatuh malam tu, aku jadi lagi down. sedih pun ada woih. aku mintak maaf atas kelakuan aku kat WC tu.



aku ingat malam Night Walk tu aku jatuh sebab syok sangat nak takutkan orang and the parut masih kekal buruk kat lutut aku ni sobs. maaf bakal suami. eh tak tak tak. kahkah. tak banyak sangat kot moment kita kat WC? or maybe moment aku yang tak banyak dengan korang. huhu. tapi yang aku tak lupa bila Shah kena gigit lipan, malam kebudayaan Halim dengan Farid jadi pengacara (jap Farid ke Faiz? konfius.), kita ulangulang password night walk sebab ada je antara kita yang salah dengar, aku rasa Farid punya megi yang lain dari yang lain haha, dan some other moments lagi. hm hmm. :')

tapi ni bukan aku.












next, Program Transisi Minda kat SMK Jengka Pusat 2. hahaha paling aku ingat bila kitorang yang perempuan bohong korang dengan buat pavlova sebab kitorang tidur kat bilik ERT. and girls (cewahh) ingat tak kek gulung strawberry?? kahkahkah. then, kita main bola sepak. waaa festime aku main bola sepak kat padang. selalu main dengan kawan laki atas jalan yang gol nya selipar dan aku selalu jadi keeper sebab aku tak reti main. haha. time tu, paling takleh bla bila aku buat gol sendiri. cisdel! maafkan aku teammate, kita kalah. aku ingat macam mana bola tu rembat kaki aku dua kali. aku ingat Shila gayutgayut kat tiang gol. aku ingat Wani kot yang rebut bola salah team, aku ingat Apek jatuh melantunlantun hahaha.













aku ingat malam Shah berlakon dengan Yan. gabungan yang mantap giteww. haha. aku ingat kita main Well Done. Well Done paling best kot? best sebab gaya yang sesengal. haha Mirul dengan Halim paling takleh bla. they were sooo into the senamrobik pagi tu punya gaya. then kita head count pun buat gaya bagai. pastu, aku ingat malam lagi satu tu kitorang yang perempuan tengok movie Life Of Pi. tak reti nak tidur. and Pi in that movie remind us to Mirul kakaka. last day, kita makan lauk tempoyak ikan patin kat rumah Abg Hairi :D










aku tak ikut pergi Gunung Bubu and I missed moment dengan pacat ahaks. and one of the biggest event, Orienteering Green Campus (OGC). 16 November 2013, aku tak lupa. prep time kita ada masalah sikit dengan penyertaan. berapa banyak kali kita share poster post sana sini. dan saat saat akhir target group kita tercapai. waktu kita buat simulasi, "Drop The Battalion Soulja" katanya. petang hari kejadian, aku Eiya n Mak Z basuh kerusi pastu makan aiskrim sambil gossip. :p malam hari kejadian tu, aku ikut pasang marker. aku ingat yang Eiya pecut motor awalawal untuk pergi next checkpoint and evil plan untuk biarkan kau pergi sorangsorang. semua off motor. lama tunggu tapi kau tak patah balik, kitorang pulak yang rasa takbest. haha.





hari kejadian, takde apa aku nak cerita melainkan sambut birthday Faiz. hahaha. seronok walaupun bukan birthday aku. macam mana aku tuang satu bekas tepung kat Faiz, kejar dia dengan kayu and everyone was like jerit "Sparta!", aku gusti dengan Kak Rai yang macam dah kena rasuk. hahaha. dahlah waktu tu hujan lebat. memang drenched habis. busuk. even masa tu VIP tak balik lagi. aku mintak maaf untuk itu. then, how kita kemas khemah semua benda dengan sangat systematic, thanks to Halim. we were very happy that day weren't we? even ada some of us yang stress and not in a good mood. huhu. (takde pulak gambargambar nya.)





then ada program Bengkel Wall Climbing which aku tak happy sangat. mungkin berpunca dari diri aku sendiri atau faktor lain aku pun taktau. biar habis di post mortem je. huhu.





then, ada Jelajah IPT ke UUM. quite sedih sebenarnya sebab ramai yang tak pergi sebab we really had time together. macam Kak Rai kata, ni macam second Induksi kita sebenarnya. kita hiking Bukit Sintok and masa tu festime aku kena pacat. dan kita dah sampai Thailand walaupun area Wang Kelian je haha. takpe, katanya Misi Krabi  ye? kehkeh. aku ingat Faiz kena kurang ajar dengan Pres SRMUUM. aku ingat Ema menjahit tak sudahsudah dari malam nak pergi tu sampai kat sana pun dia masih menjahit jugak. stress haha. aku ingat Farid masakkan megi untuk sarap pagi nak balik tu. aku ingat sembang merepek aku dengan Apek pasal 'family'. dan paling awesome, bila pakcik bas belanja kita makan tengahari. and the song sang to him and his wife. hahahaha. so Eiya, pacita dengan anak pakcik tu? XD ingat Jelajah IPT, ingat Kak Rai.
















  














finally, Xplorasi 2014. aku rasa macam tak banyak sangat kot moment kita. macam WC. cuma apa yang aku kata aku mimpikan tu, memang aku betulbetul nampak dari Xplorasi ni :p and aku tak pergi Sabah untuk Wawasan Desa tu. ralat, tapi apakan daya. sob sob.












  

dan di antara mereka ini, ada yang menggantikan kita, meneruskan legasi SRMUPM. 
 aihh. rasanya ada banyak lagi aku nak cerita tapi macam tak relevan pulak. and mungkin ada je banyak lagi yang aku ingat cuma masa aku type entry ni, tetiba terhilang pulak dari ingatan haha. aku takkan lupa lah malam-malam meeting kita, malam-malam kita main badminton, hari-hari kita lepak makan sama, program-program underground kita, dan sebagainya. banyak lah. banyak sangat. tak tertaip aku. huhu. aku mintak maaf sesangat kat korang untuk semuasemua yang aku dah buat and cakap. kadangkadang terlepas, malas nak layan, fikir benda lain, terpengaruh dengan masalah dalaman, bendabenda tu yang buat negatif dalam  hubungan kita.

ah dah lahh. poyo sangat jadinya kang. dah banyak sangat ni. kang melalut lalut dah. lepas ni takde lagi entry pasal KBN ke camne? hm hmm. walau camne pun, aku sayang korang sangatsangat and aku salute korang sangatsangat. terima kasih untuk segala-galanya. takde ungkapan nak gambarkan korang. sekian ~ :)

p/s :: proposal FYP tak siap lagi hoii.