Tuesday, 11 February 2014

hashtagKBN hashtagSRMUPM

cuti is coming to the end. like seriously, aku malas gila dah nak update benda alah ni. and many of my stories are all hanged up. hanged up? hung up? ah pape lah je heww *tiup tudung*. so, before aku balik, I really wanna make this post. amaran keras : entry ni panjang nokharom.

dah nak setahun aku dalam board SRM. and of course, members semua daebak awesome terbaik kate ko. banyak lah jugak benda aku belajar and pengalaman baru yang aku impikan dari dulu sedikit sebanyak tercapai dengan penglibatan aku dalam SRM ni. hewhew. so, presentation saya pada hari ini adalah berkenaan dengan Kami Budak Nakal. ;p


this is Farid. say hello to Farid's photo. k bye. Mohamad Farid bin Sapari. dia Presiden SRMUPM for 2013/2014. he's 24. aku kenal Farid ni lama lah jugak. eceh lama mana? since aku first semester lagi and now I'll be pursuing on my 6th semester. aku kenal waktu Koku Bola Tampar. I can say, characteristics dia time Koku and time dalam SRM ni lain. yelah, working and playing lain tapi base dia, a team. korang faham ke tak? aku pun acah acah faham je hmm. and honestly, dia yang bawak aku masuk dunia SRM ni. alaa yang aku ada cerita pasal aku pergi Berakit tu. baca tak? klik sini kalau nak tau. apa yang aku suka pasal dia, aku suka bila dia berucap. sebab patah kata yang dia keluarkan tu cantik walaupun kadangkadang dia mispronounce perkataan haha. okay enough.


hyee. nama saya Mak Z. nama betul Nor Izaty binti Ahmad Yani. aku ikut ikutan aja panggil dia Mak Z. hihi. dia 23. mulamula aku panggil jugak dia akak. even beza setahun je and kat U mana lah ada hostel rules pun wajib panggil akak kasi salam kalau selisih. eh jap, beza setahun? umur aku berapa? k abaikan. haa pastu lelama panggil Mak Z, aku kau. kadangkadang kita kau aww sweet. hahaha. aku tak rapat dengan dia tapi apa yang aku tau dia baik and relax je kalau nak mintak tolong. yelah, maybe time aku mintak tolong tu pun dia free. and frankly, aku rasa segan gila masa mintak tolong dia tapi dia chillax je. huhu. tolong apa? biarlah rahsia. terima kasih banyakbanyak. Mak Z pandai masak sebab tu dia selalu jadi AJK Makanan dalam program hehe. taklah, sebenarnya, sebab aku yang malas nak jadi AJK Makanan so dia lah yang kena jadi. *sengih tunjuk gigi*


ini pulak Amirul Arif bin Jamaluddin. aku panggil dia Mirul. dia sebaya aku. korang ingat tak dia ni? aku ada cerita sikit masa Xplorasi 2013 and hiking Brinchang-Irau. kalau tak ingat takpelah. baru market aku tak jatuh kakaka. haa kakaka tu dia ni lah yang suka cakap. lastlast most of us reti sebut benda alah ni. tapi taksure lah kalau sebenarnya founder kakaka ni orang lain. :p masa mulamula dulu, aku tengok dia bapak serius gila. nak cakap, sembang pun tak berani. tapi bila dah masuk air, memang hanyut lemas di lautan gelora ah. aku perati kalau dia kasi briefing, memang serius and dia suka pegang pegang hidung dia. hahaha. k tu je. tak boleh perati lelebih. bimbang orang yang ada crush kat kau yang tweet kat Secrets Malaysia ke apa benda entah tu badi aku pulak heww.


yang ni Amierol Shah. tadi Amirul. ni Amierol. dalam reramai kitorang ni, nama dia lah paling panjang. aku dulu selalu complain nama dia. Mohammad Amierol Shah bin Mohammad 'Aznan. kalau tulis ke type ke mesti terlebih column. haha. aku panggil dia Shah je. hmm ni lah gambar paling senonoh yang aku boleh dapat dari facebook dia. sebab dia ni sukaaa nau buat muka yang kalau orang tak kenal dia, eh he's sooo annoying lah kamon get a life. :p korang rasa umur dia berapa? hihi. he's the eldest in KBN. 25 already but tak macam 25 langsung. well, sometimes. sebab when he's being serious, kau akan terpaku tertusuk jantung terpanah hati dengar katakata dia. bila dia dah start bersastera kat Twitter, memang aku tak faham apa tapi aku Retweet jee hahaha. dia kira geng dengan aku lah jugak sebab suka nyanyi and karok. Abang Pejal katanya. masa aku kenal dia dulu pun aku takut nak cakap dengan dia sebab masa aku kenal dia kat Xplorasi 2013, seriau jugak dengar dia kritik persembahan malam kebudayaan kitorang. tapi sekarang, non hado! XD


yang ni Apek. dia bukan orang Cina. nama sebenar Mohd Afiq bin Mohamad Khairi. macam Kairi Kasugabe je ahha. k tu orang lain. Apek baya Farid. awalawal dulu aku rasa dia ni annoyingggggg gilagilagila babeng. sumpah. sampai kan waktu Induksi pun aku rasa macam tu. hahaha sorry Apek. aku taktau lah kenapa. he's one of the members yang aku lambat get used to. tapi bila dah sekepala, hmm jangan bayangkan. Apek ni geng Shah sebab bila dia start bersastera kat Twitter, aku tak faham dan aku Retweet jee. diorang suka main unmensi dan kuat berdrama. Apek dengan Shah suka hantar voice note kat whatsapp group tapi Apek paling banyak rasanya. dia pun suka nyanyi jugak and he's like to imitate voices. lagu yang dia selalu kasi kat group is "berbagian baju jarang jadi kesukaan.." taktau lah apa nama lagu ni aku tak pernah search kat Youtube. ehe kesukaan Apek ialah cap dan beg silang. Apek pun pandai masak. berminat? pm aku. kahkah.


woot ini Farah. atau nama timangan dia Doraemon. eh bukan sebab dia takde telinga or kaler biru or takut tikus tapi sebab suara dia macam macam macam hmm macam Doraemon ke? ada lah sikit kot. aku pun tak pasti sebab yang panggil dia ni batch lepaslepas. tapi aku tak pernah panggil dia cenggitu. kan Farah? hihi. Siti Farah binti Jaafar. aku kenal Farah pun masa Koku Bola Tampar sama dengan Farid. dia sebaya dengan Mak Z. Farah pun selalu jadi AJK Makanan sebab dia pandai bajet kos hehe. masak pun of course laaa terer. dia ni, kalau mood dia okay, shining shining brightly, kau bahan lah dia apa pun, sembang lah apa pun, dia chillax je takde hal. tapi bila time dia bad mood, kau nak cakap dengan dia pun aku nasihatkan jangan. kalau nak cakap, bahan ke apa kau tanggung sendiri lah. ini amaran keras. hihihi. tapi Farah always okay. no hal punya. nak lepak sembang pun takde hal. whatsapp je : sape nak makan? she'll reply yes. tagline Farah : JPD, Jiwaku Pada Dia. siapa Dia? kita takkan nampak. eh? hahahaha.:p


Nurul Izzati binti Mohamad. kadangkadang aku panggil dia Zati. kadangkadang aku panggil dia Izzette. kerlas kau jahh ahaha. dia sebaya dengan aku. kitorang satu course, satu batch, satu kelas. Zati ni pada aku, style. dia ni akan cakap dengan konfiden nya apa yang dia rasakan betul, apa yang dia rasakan dia nak bagitau. really confidently and firmly. and when she's speaking, aku bagitau kau, stay away in radius about 1 meter. sebab kalau dia bercakap, tangan dia akan menerawang ke manamana entah. lagi bahaya kalau dia bercerita pasal direction. hahaha. bayangkan, bayangkan. tapi kalau kau nak mess up dengan dia, lawan lah Taekwondo dia. black belt bhai. dia sangat bersemangat. dan dia sangat senang kena flu. tak boleh sejuk sikit. so dia ada banyak tissue hehe. dulu masa aku kenal dia dalam kelas, aku macam taktau camne nak cakap dengan dia. she's the one among girls' classmates yang hujunghujung aku kenal. eh rasanya masa tahun dua kot baru cakap dengan dia? haha apa benda entah aku ni. tapi Zati, kau memang best ah.


Kak Raiiiiiiiii. Nur Raihana binti Azman. dia ni je yang satu satunya aku panggil akak. dia sebaya dengan Farid. reason aku panggil dia akak sebab masa Berakit tu aku dah kenal dia dah. alaaa yang official photographer tu. ada dalam entry tu. Kak Rai ni berjiwa tegar. nampak je senyap tapi sekali dia cakap, ambik kau. sadai. sampaikan dia pun konflik emosi. sama ada dia berubah atau kitorang yang baru nampak true colors dia. hahaha. chillax Kak Rai. aku dengan Kak Rai, orang kata ada connection yang kuat. sebab apa? garagara kes masa pergi Jelajah IPT haritu lah. nak cerita ke tak? haha. camni lah. masa tu kitorang dah habis progam and pergi lah dinner kat satu kedai makan. masa tu dah lewat jugak lah. seriously exhausted. habis makan, tunggu bas untuk balik ke homestay. sampai je bas, semua meluru tak tengok orang. bila nak gerak, kira kira orang takc ukup. sekali pandang bawah, nampak Kak Rai tidur kat meja kedai tu. semua orang macam terpaku, tunjuk dia, "dia tidur kat situ!" aku kononkonon reflex cepat, terus berlari turun dari bas kejut Kak Rai bawak balik hahaha. cerita ni ada satu lagi benda tersirat yang buat diorang panggil aku Angel. tapi, simpan kemas kemas lah eh ahaks.


hye Faris. Muhammad Faris bin Mohd. orang lain semua panggil dia Bean. aku je kot yang panggil dia Faris? entah. sebab Bean? sebab perangai dia macam Mr. Bean. dia ni lawak gila. orang tengah serius serius dia boleh cakap benda yang bukanbukan. haha. lawak sampai kadangkadang kesian, kena marah sebab ketidak seeriusan dia. huhu sabar lah je. dia ni peminat Man U. kebanyakan or semua username account yang dia ada mesti ada 'mu'. contoh instagram dia : mfmmu7. k follow follow. dalam entry Xplorasi 2013 aku ada cakap pasal keresahan aku nak night walk. then lega sikit bila ada fasi buat lawak. ahaa dia ni lah yang buat pasal kat belakang. haha, ada orang pasang lagu and he danced like crazy. aku nak gelak tapi tahan lah je. yelah, kang tetiba aku gelak among the fasi, silapsilap aku yang kena gelak balik. hewhew. masa Induksi, aku rasa dia lah penyeri paling berseri waktu kitorang sesi ice breaking. "kenapa bukan cendawan?" hahaha tu kot yang paling aku ingat. dia selalu pergi stadium kalau TRW ada game. camne aku tau? sebab dia selalu post gambar dia kat stadium tengok bola. abe wehhh.


say hi to Ismaaaaaaaatun. aku je yang panggil dia Ismatun. taktau camne aku boleh tambah tun belakang tu padahal nama dia Nur Ismazatul Husna binti Ismail. ahha. Isma ni kecik je orangnya tapi boleh tahan besar jiwanya. gittew. dia baya aku jugak. Isma ni aku boleh kata superb dalam public relationship. dia senang nak berkomunikasi dengan pihak luar macam nak uruskan feri masa kitorang nak pergi Pulau Tioman. and she's friendly. kadangkadang bad mood dia tu ada jugak. tapi standard lah tu kan. Isma suka merah. hehe. tu ayat dia yang aku tak lupa. Faris suka ngele Isma pasal tu. and she likes to snap photos. dia suka cakap and gelak sampai kadangkadang aku malas nak layan dia cakap hahaha tapi tu bila aku ada benda lain nak kena fikir lah. masa aku kenal dia dulu time Xplorasi 2013, aku ingat dia cakap kat aku, masalah dia kat kem tu ialah takut tak cukup makan. haha adoii pun boleh. (y)


dia ni pelakon. Sheila Mambo. k tak. nama dia Nur Asilah binti Mohd Sarman. kitorang panggil dia Shila. ce teka umur dia berapa? masa aku dapat tau umur dia time Induksi dulu, aku bahan dia gila sebab aku ingat dia baya aku. and aku ni, jenis kalau orang yang aku baru kenal, aku assume semua sama umur dengan aku. rupanya, dia tua sikit dari aku. now she's 24. bayabaya Farid and Kak Rai. hehe. tapi aku tak panggil dia akak pun. aku, aklau awal kenal tak address nama apa-apa memang sampai ke sudah lah aku tak tukar paanggilan kecuali certain cases. tapi kadangkadang aku panggil dia KakShila jugak saja nak ngele but ber aku kau. hehe. Shila kata, aku ni member first dia yang tinggal melaka. dia tak pernah ada member orang Melaka. aww terharu angattt hikhik. eh bukan macam tu. pehh terharu sehh. gila dowh aku member first kau orang Melaka. hahaha. tu style Shila cakap. selamba gila. dia kalau senyum or gelak, memang kau ingat dia takde mata ahaha. dalam KBN ni, dia antara orang yang aku rasa selesa kalau nak cakap ke, mintak tolong apa ke, sebab dia pernah cakap kat aku. "kita kan kawan." in fact, banyak gila dah dia tolong aku hehe thanks kakak! :O


Abdul Kalam bin Salehan. panggil Kalam. baya aku. kadangkadang aku panggil dia Kalamun. macam best je sebut Kalamun tu. Kalam selalu jadi bahan orang sebab dia antara lelaki terendah antara kitorang. dan dia lebih rendah dari beberapa wek KBN. hahaha. tapi dia katang oh. katanya. kaki dia bapak besar. tangan dia uiii. aku pernah tanya dia, kenapa dia rendah sedangkan family dia semua tinggi. dia kata, masa kecik dulu dia duduk rumah selalu tolong bapak dia buat kerja berat. angkat bendabenda berat. so, dalam science, tau kan, pertumbuhan tu macam mana supposed to be. sebab itu lah terhasilnya Kalam yang harini. dia ni kadangkadang best buat sembang apa semua tapi kadangkadang aku bengang betei dengan dia kalau datang angin dia. sabar lah je haha. paling best aku ingat, working dengan dia dalam zombie dance waktu dinner. haha kesian kau. aku yang salah, kau yang dipersalahkan. :p and aku team dengan dia dalam Langkawi International Extreme Challenge 2013 (LIEC). okay takde entry pasal tu. kalau rajin aku cerita nanti. waktu disiplin aku dengan dia, he's awesome. dia dah ada girlfriend k bye.


eh mana orang dalam gambar ni? eh. hye Haqqq hahaha. Zia Hul Haq bin Din. amacam nama? masa awalawal dulu aku tak ingat siapa yang cakap, "nama bapak kau macam tergantung je?" haha apa lah. Haq ni pangkat adik. he's 21. Haq pun selalu kena bahan jugak. "mana Haq?" "eh kau cakap dengan siapa tu?" "Haq TNB." hahaa. aku tak ingat lah aku pernah ke tak cakap macam tu kat Haq. kesian. hak bermain hak Haq. eh. :p awal dulu aku annoying jugak dengan Haq ni. tapi masa aku buat disiplin dengan dia time LIEC, dia baik lah dengan aku. walaupun aku selalu kena marah time tu, tapi aku tetap kata dia baik. baik macam mana? care. ha giteww. tapi biarlah aku je yang tau apa bendanya. takpun, tunggu lah kalau aku rajin nak cerita pasal LIEC. hihi. eh macam takde benda apa je nak cerita pasal dia ni. tapi pape pun, nama unik tu aku ingat. heww.


hye Qayyum. ni lagi sorang nama lain macam. geng dengan Haq lah ni. Muhammad Qayyum Alemilhadie bin Sulaiman. tapi nama Shah lagi panjang haha. dia pun pangkat adik jugak, sebaya dengan Haq. kadangkadang aku suka panggil dia Alemilhadie. macam best je. se best Kalamun dan Ismatun. ngehe. aku tak banyak cerita dengan Qayyum ni cuma masa aku ditempatkan jaga point time Xplorasi 2014 haritu dengan dia, dalam hati aku kata kenapa aku kena dengan dia? sebab aku rasa macam awkward gila. dahlah berdua je. awkward sebab tak banyak sangat masuk macam orang lain. even kalau dengan perempuan pun, aku boleh ada awkwardness macam ni. tapi kitorang berjaya overcome atmosphere tu bila kitorang sembangsembang santai sambil tunggu keretapi lalu. hahaha. okayla. dia okay je pun. kelakarnya ada. and dia layan je apa yang aku dok cerita kat dia. entah merepek apa aku pun taktau. bila dah awkward, macam macam lah merepek nya haha. kalau dah lama kenal dia, Qayyum memang masuk air.


hehehe. eh eh apahal? ni Halim. yang belah kanan tu pakai baju kuning. gambar dia paling susah nak cari sebab dia tak suka gambar. profile picture pun takde kecuali poster event dan Dato' Najib. hahaha. Halim tak boleh, Abddul Halim bin Azizan boleh, Hallem PdGserai boleh. #GGD k korang yang selain KBN taktau pun pasal ni. aku kira baik lah dengan Halim ni. dia seorang yang betulbetul serius dalam bekerja tapi betul lawak dalam bersantai. habit Halim yang aku perasan, kalau dia bercakap kasi briefing ke apa, dia suka tarik lengan tshirt dia ke atas. pastu gerak gerakkan bahu dia. aku pun taktau kenapa. haha. Halim ni orang Kedah and dia sangat setia dengan tempat tinggal dia, Padang Serai. nama fesbuk ada Padang Serai, nama email pun ada Padang Serai. taktau lah banyak mana serai yang ada haha. aku kenal Halim pun masa Berakit jugak. Halim Seteronggg. hahaha itu yang aku takkan lupa. masa memula dulu, aku pun tak reti nak cakap dengan dia camne sebab bila aku try cakap, dia macam taknak layan. malu siot haha. tapi sekarang, tak lagi. hewhew.


ambik kau sedepek muka besar jelas terang lagi nyata izhar halqi. ini Anep. nama betul, Muhammad Hanif bin Ramlan. nama femes, Abg Brad aka Berat. Anep pun baya Haq and Qayyum. dia selalu busy. dengan course, dengan organisasi. kitorang selalu rindu dia. kalau malam tu dia datang meeting, kitorang akan : eh Aneppp! lawa seluar. sebab dia suka pakai seluar err seluar pantai kot haha entahlah seluar apa tu. dia ni penyayang kat haiwan. dulu dia ada bela hamster nama Nina. pastu Nina mati, dia sedih gila. nangis sampai tak lalu makan. lepas tu, dia bela arnab nama Sudu dan Garpu. comel gila. tapi aku tak pernah tengok lagi. dalam gambar je. dulu Anep takde perut. sekarang, perut dia yang jalan dulu hahaha. bahagia nau gak aa. sebenarnya, sampai sekrang aku still rasa ralat sikit pasal masa dinner haritu, aku patutnya nak buat persembahan akustik dengan dia. dia main gitar, aku ehm hm. tapi tak kesampaian sebab dia tak dapat datang malam tu. sobs. kalau dia tak busy, dia selalu ajak kitorang main badminton. tapi aku pernah tacing dengan dia masa main badminton sekali tu. geram betei. tapi dah nama pun adik, biaq pi lah. ecewahhh haha.


yang ni pulak Dayah. Nur Hidayah binti Rani. tak banyak yang aku tau pasal dia. yang aku tau, dia ni boleh tahan kelakar. melayan je apa orang cakap. kadangkadang bahan dia tu solid gila haha. apa yang paling aku ingat pasal dia, 'memahami.' haha dia selalu cakap dia memahami masa Induksi dulu tu. dia pakai spect sbenarnya. kalau dia nak snap gambar, dia suka bukak spect. itu yang aku selalu perasan. suara dia kalau cakap kadangkadang aku dengar dia macam nak nangis tapi tak. Dayah kalau gelak pun boleh tahan jugak. dia selalu jadi macam 'rebutan' antara lelaki KBN ni. terutamanya Apek. DaPek katanya. haha. and masa Induksi tu, masa main cucu cicit, dia jadi setan sampai ke sudah orang tak dapat detect dia. licik!


ni Ika. Siti Nor Atikah binti Md. Selasa. she's 21. aku kenal Ika pun masa Berakit. tapi kenal gitu je lah. takde kira berkawan pun. Ika ni lawak jugak. bahan pun boleh tahan. tapi kalau dia gelak, huii semangat. hahaa. tagline Ika : Ika okay je. Ika semua benda dia okay je. tapi aku dengan dia ada kongsi rahsia jugak. rahsia kitorang dua. walaupun kita tak rapat dengan seseorang tu, kadangkadang kita boleh percayakan jugak orang tu. Ika is one of them. hehe. bangga tak Ika? ahaks. aku kira Ika ni tabah walaupun dia ada masalah tapi bak tagline dia, Ika okay je. salute lah. kaalau sembang dengan dia madang nak gelak jee. bila recall memories since Berakit tu, hahah tak boleh bla. Ika okay, Syaa pun nak okay juga. ehe.


hambuii happynyewww dia. haha. ni Ji. Muhammad Faqhrul Radzy bin Zulkafley. umur Ji sama dengan Ika dan yang sewaktu dengannya. masa awal kenal kat Xplorasi, aku tengok Ji ni poyo gila. sampai masuk SRM pun aku rasa dia still poyo. haha. tapi bila dah kenal, baru lah tau camne. tak kenal maka tak cinta. dah kenal, tak semestinya kena cinta hewhew. Ji ni pun lakalaka jugak. jenis melayan jugak. and satu benda yang best pasal Ji ni, dia terer jadi emcee. maksud aku, suara dia sedap gila bak hang jadi emcee. stylo. and kalau buat kerja pun boleh tahan serius sampai kalau kita tak siapkan kerja yang mintak as a ketua, kita ada potensi untuk disarcasm kan ehe. statuses kat fesbuk dia kebanyakannya yang aku baca, em camne nak cakap ek. matang? membuka minda? ahaha. tak semua lah tapi. certain issues je ada aku terbaca haritu. eh padia ni. k bye haha.


sapa sapa mana sapa padia? hahaha. ni Faiz. Faizzuddin bin Md Rawe. (sebut : Rawi) orang ramai panggil dia Butang. sebab dia suka makan cendawan butang ada lah maksud nama tersebut. sebab tu aku tak panggil dia Butang. dia ni orang Kedah jugak macam Halim. kalau Halim ada padang, dia ni ada sungai. Sungai Petani. Faiz ni geng Kalam, rendah haha. dia ni kuat gila bahan orang. kadangkadang sakit hati pun ada. masa awal aku kenal dia, sama lebih kurang macam Halim. aku try nak cakap tapi macam tak dilayan. haha. lepas tu, aku selalu konfius dia dengan Mirul. muka macam nak sama dah tapi Mirul tinggi lagi. :p hah entry yang lepas aku cerita pasal kena tegur sebab cara sapu roti tu kan? dia ni lah yang tegur aku. pelik nau ke? huhu. dia ni jugak yang kasi aku nama Angel sebab kes Kak Rai dan panggil aku saudara. Saudara Syaa. (sila sebut baku) dia ada bela itik nama Sap Sap Sap. dan dia selalu buat lawak hambar krik krik. dia selalu cakap janggut dia tu aset. dia pun sama macam Faris, fan Man U and dia sebaya jugak dengan Farah and Mak Z. aku suka ngele dia cakap sebab macam best je. haha. Faiz selekeh.


ni Emma Maembong Ema. nama betul, Siti Fatimah binti Mahat. sebaya dengan aku. aku dulu tak berapa kenal dengan dia. dah setengah tahun baru tau tau sedikit sebanyak hehe. Ema ni terer main sports, especially netball. ah aku dah lama tinggalkan netball tu. Ema suka pakai tudung bungabunga kat kepala. ala yang selalu tudung bawal sekarang tu ada jahit bunga timbultimbul kat bahagian kepala. hehe. meriah tengok Ema kalau dia datang meeting. Ema belajar Sains Rumah Tangga. kerja dia asyik menjahit jee. haritu masa kitorang pergi UUM untuk Jelajah IPT tu, Ema siap bawak barang jahit dia pergi jelajah sekali pastu tetengah malam menjahit. aku yang stress tengok Ema hahaha. sebab dari awal before pergi, sampai ke sudah, menjahit je. yelah, aku tak gemar sangat kerja menjahit ni. tapi aku reti lah jahit sesikit nak tutup lubang seluar baju koyak tu pass lah hehe. Ema cool! *tabik balik kat gambar*


haaaaaa ni aku seriau sikit nak cerita pasal dia hahaha. ni Wani. Shazwani binti Rahim. dia saing Faiz jugak umur. sekuatkuat Faiz bahan orang, dia ni lagi kuat. susah nak lawan cakap dia. mesti dia menang. lagilagi kalau dia gabung dengan Faiz. lamalama aku buat diam je malas nak lawan ahha. tapi ada sekali tu aku menang, lepas tu sorang senyap, sorang tukar topik. haha. awal dulu, selalu jugak lah tersentap sebab cara dia cakap tu macam nak mematahkan orang. lelama, aku tau lah cara dia tu camne. hee. Wani ni style. aku suka tengok instagram dia sebab gambar dia keluar outing ke, occasion ke apa, superb. tapi dalam berprogram, dia simple gila. kalau kau tanya, cakap sepatah, dia akan jawab dan balas berpatah patah macam machine gun. macam nenek tiri. XD dia pun, bersemangat waja. dia tak kisah apa orang nak cakap, dia akan fight sampai dia menang. Wani pun kalau nak ajak lepak, senang je. no hal. ada sekali dua tu, aku keluar makan dengan dia duorang, rasa macam awkward pulak hahah. apesal entah. tapi sebabkan dia jenis tak kisah, aku pun chillaxchillax lah je. insyaAllah, Wani akan bertunang dah. hmm kalau dia kahwin dalam masa terdekat ni, mesti terasa kehilangan. haha. masa kitorang dapat tau dia nak bertunang pun, ramai yang rasa macam 'kehilangan' kate kooo. tapi aku tak sure lah diorang serius ke tak hahaha. apa apa pun, tahniah ! walau kan ada hati yang terluka. eh tak tak tak *gaya Farah*. :p


Razi. Muhammad Razi bin Emran. emm yang ni lagi lah tak banyak benda yang aku tau pasal dia, yang aku kenal. sebab aku berapa kali je pernah sembang dengan dia. tapi sekali sembang dengan dia, best lah. lawak pun lawak.sebab dia macam blur blur pun ada haha. dia baya aku jugak. tengok macam malas nak layan orang, tapi kalau cakap apa dengan dia pun, dia layan je. dari sudut pandangan aku lah. dia okay jee macam Ika. hehe. nampaknya, Razi punya paragraph ni paling pendek setakat ni heww.


hai Datinnnnnn. Datin kat Sabah kew tuuuu ahaha. kerlas kau jah! ni Yan. Azyan Nabihah binti Azmi. Yan umur 21. dia sama course dengan Dayah. masa mulamula kenal Yan, aku macam takde keserasian dengan dia. aku pun taktau kenapa. pastu aku try cari benda yang ada commonness dengan dia and sekarang, dah okay dah. awkwardness tiada lagi gitewww. hahaa. Yan ada bela hamster tapi dia geram dengan hamster dia sebab hamster dia pemalas. asyik nak tidooo je. pastu aku suggest kan dia bela kucing. tapi nanti mak dia marah pulak. hehe. Yan pandai masak. kalau time cuti, instagram dia penuh dengan gambar makanan yang dia masak. lauk, kek, kuih, pie, dan sebagainya. nanti kau boleh buat channel masak Yan. hee. aku tengok telan air liur je lahhh dah dia belanja gambar jee haha. Yan kalau ketawa semangat sangat. lagi semangat dari Ika. kadangkadang aku gelak sebab Yan gelak haha. bagusbagus. bersemangatlah anda dalam setiap perkara. tapi kalau Yan marah, huii takut jugak aku. Yan jugak suka tengok drama. kuat berdrama pun ye. kat Twitter, kalau dia emosi semacam, memang sah tengah tengok drama. haha. Yan, semoga bahagia dengan jodoh yang bakal tiba hikhik.


yang ni pulak, kau jangan buat main sangat sebab dia keturunan diraja hehe. Megat. Megat Mohamad Fairus bin Abd Rahman. aku ada tanya nama mak dia haritu. tak ingat Tengku ke Raja. Megat ni awalawal dulu, senyappp sangat. nak tegur pun segan. lepas tu, serius je muka dia. tapi bila dah try kenal kenal, dia okay je sebenarnya. cuma, time buat kerja, keseriusan itu utama. takde delay delay, takde main main. Megat selalu kena bahan sebab kening dia. kening dia stylooo. kening tajam. ada satu gambar dia tu, macam Superman sejibik sejibeng ahha. aku ingat apa yang Megat kata kalau dia boring. dia akan main handphone. and kalau dalam bas waktu perjalanan nak berprogram, dia akan sumbat earphone sampai lah destinasi yang dituju. takde pun huha huha macam orang lain. huhu. oh Megat ni sebaya dengan Yan. tapi Megat ada jugak kelakarnya hihi ^^v


kiri sekali dah. tengah dah. kanan tu belum. haa tu Hana GK. Siti Rohana binti Saiman. panggil Hana GK. eh Hana. apa benda GK tu? ahha masa awalawal dulu, kitorang selalu tanya apa benda GK tu? tapi dia tak pernah jawab. ramai yang buat spekulasi pasal GK tu and Anep sendiri panggil dia garu kuat haha macam siot. sampaikan kat bio Twitter dia tulis jangan tanya GK tu apa. tapi Hana relax jee. dah lamalama tu akibat tak tahan dengan pertanyaan kitorang, GK tu macam nama group dia dengan kawankawan dia. Hana GK, Hani GK, Husna GK haa macam tu lah perumpamaannya. macam ada budak matrik aku ni, Charlie. Adam Charlie, Naqib Charlie, and so on. sebut pasal nama group ni teringat masa sekolah dulu. banyak sangat nama group. hahaha. aku pun ada jugak. tapi biarlah rahsia. eh dah cerita pasal Hana. Hana sebaya dengan Wani. dia sama course dengan Shila and Wani. aku suka tengok  Hana senyum sebab dia ada lesung pipit. sweet sangat rosak gigi. hekhek *gaya Isma* aku paling ingat waktu Induksi tu, time kitorang main tukartukar hadiah, aku dapat nama dia. so, aku kasi hadiah aku kat dia. aku malu gila sebab hadiah aku tak dibalut dibungkus huhu. tapi aku happy sebab Hana suka hadiah aku kaler hijau. hehe. Hana suka hijau.


yang ni Syamil. Muhd Syamil bin Samli Said. dia baya Shah. aku kenal Syamil waktu Berakit sebab dia tukang ambil orang kat kolej Serumpun bawak pergi astaka sebab bertolak dari situ. mulamula dulu aku ingat dia ni seorang yang sangat matang. nama fesbuk dia pun Cendekiawan. tapi bila dah lama lama kenal, Allahuakbar. :p dia pandai pasal komputer komputer ni. aku pernah mintak tolong dia usha laptop aku sebab laptop aku buat hal. setel. kadangkadang aku rasa Syamil ni pelik. aku pun tak berapa faham. haha. dia busy practical batch ni so aku tak banyak kenal dia. dia yang sebenar benarnya dia. KBN if you know what I mean. ehe.


cha cha cha. Ecah, Siti Aisyah binti Ghazali. gambar ni mahal ni. nampak belakang tu apa benda? totally bukan photoshop okay. Mirul je yang terer guna benda alah tu. haha. Ecah sebaya dengan aku. aku kenal Ecah waktu Xplorasi. masa tu dia jadi apa entah nama dia. eh ke penghuluwati. time tu, aku taktau lah kenapa. ada ketidak serasian yang aku rasakan. bila aku pandang dia, dia pandang aku, macam ada something yang tak kena. hahha. tapi lepas dah kena dalam board, baru lah terlerai segalanya, sebenarnyaaa takde apa pun. perasaan aku je tu. hewhew. Ecah ni pun bersemangat bila cakap. masa awal dulu, dia ada konflik dengan Apek dan Wani. cinta tiga segi. katanya. hahah tapi benda tu senyap lepas kitorang balik Induksi. aku pernah gurau gaduh mulut dengan dia sampai kan member sorang tu terlopong tengok kitorang haha. boleh tahan jugak kalau dia ni ajak gaduh. tapi taknak la gegaduh kan hehe.


iya iya lah. iya iya lah. senam yang iya iya lah. hehehe. hye Eiya. nama dia Shazni Syahira binti Mhd (sebut : Mad) Shah. kan guwa dah kata guwa havoc havoc havoc havoc. Eiya ni paling havoc dalam KBN. kuat gelak, kuat cakap, kuat bahan pun ye. geng lah tu dengan Wani. tapi kadangkadang dengan dia sekali kena bahan teteruk dengan Wani haha. dia satu course jugak dengan tiga serangkai tadi tu, Shila, Wani, Hana. kalau Eiya tak datang meeting, rasa sunyi sikit lah. kalau dia datang, habis meriah bebetei. kalau sembang personal dengan Eiya, dia boleh kata matang jugak bila bercakap. buat kerja memang terbaik. lagilagi jadi setiausaha. salute! aku baru sekali jadi pun dah macam apa dah. tak sparta langsung ahaha. dia ni lagi lah berapa program dia jadi setiausaha. Eiya daebak! pernah jugak aku tacing dengan dia. biasalaa bila memasing dah stress, benda kecik pun jadi besor. ye dok? tapi itulah yang buatkan perhubungan kita lebih erat. semuanya bahagia pun macam tak best jugak kan. time cuti, dia ni asyik pergi berjalan makan je. jeles gila. sama macam Yan, belanja gambar je kat instagram kasi aku tengok sobs.


last but not least, Niniiiiiii. bukan yang pakai shades tu. itu budak poyo mana entah berangan nak jadi model. model sebenar yang berdiri tu. Wan NurQuraisya Aeini binti Wan NorAzman. tinggi orangnya aku nak cakap dengan dia pun mendongak jugak. bayangkan Kalam dengan Faiz macam mana. hahaha. Nini umur 21. dia ni team dengan aku, Kalam and Haq waktu LIEC. kitorang 4 orang. memula kenal, taktau dia macam mana. yang aku tau, dia cantik. model kan. hehe. tapi pemalu jugak kadangkadang. masa LIEC, baru laa aku tau dia pun memang jenis masuk air. blur pun ye jugak haha. tapi aku rasa dia lagi matang kot dari aku? kahkah. disebabkan LIEC barubaru je sudah, tak banyak yang aku tau sangat pasal Nini. tapi yang aku tak lupa, masa tukartukar hadiah waktu Induksi. dia dapat dari Anep. awalawal lagi, Anep dah psiko kitorang. entah benda pelik apa lah dia bawak. dapat pulak ke Nini. Nini cuak gila. aku pun takut nak tau apa benda. rupa rupanya torch light kecik je haha. adoi pun boleh.

okayyyyy. tu lah semuanya members aku dari KBN SRMUPM. kitorang selalu lepak sama, buat program underground, walaupun tak semua yang dapat join. banyak masalah yang kitorang alami tapi hadap je lah dan selesaikan. sepanjang kitorang bersama, aku rasa tarikh yang aku tak lupa ialah 16 November 2013, waktu program Orienteering, prank birthday Faiz. hahaha. video private, tak boleh tunjuk kat korang semua. :p

so, KBN, aku nak mintak maaf dari korang firstly sebab aku copy gambar korang ni semuaaa dari fesbuk masingmasing. and kalau ada apa yang korang tak suka apa yang aku cerita pasal korang, aku mintak maaf sesangat. if ada yang tak betul, maafkan aku jugak. bagitau aku nanti aku edit ahaks. lagi satu, jangan bahan aku pasal entry niii kahkah. seriously, korang antara yang buatkan 2013 daebak gila! aku harap kita stay bersatu walau tak bersama, walau aku masuk group whatsapp korang slealu tak layan dulu sob sob. haha. okay dah taknak type pepanjang lagi. aku nak publish cecepat! thanks korangggggg for everything :DD any typo, abaikan!

p/s :: scandal mandal bahaya betei.

1 comment: