Wednesday, 29 January 2014

caramu, dan caranya berbeza.

wazzaaaaaaaaaaaaaaaaapppppp (siapa tahu benda ni? hahaha. #ScaryMovie)

wow wow wow lamanya aku tak share cerita dengan korang kakaka. busy kate kooo. taklah. malas sebenarnya. malas entahlah kenapa. k dah abaikan.

entry yang lepaslepas tu aku ada cakap nak cerita pasal aktiviti aku dengan SRM kan? sudahnya, satu je yang aku cerita pasal hiking tu haha. and ingat tak pasal XPLORASI 2013 tahun lepas? aku kata nak sambung tapi tak sambung pun. dan memang aku takkan sambung aha. sampaikan XPLORASI 2014 dah berlalu haritu hahaha. so aku akan cuba sedaya upaya aku untuk lupakan kau buat selama-lamanya. ombak rindu sangattt. haha aku nak try menghidupkan kembali blog aku yang tah pape ni hewhew.

before aku masuk cerita pasal SRM, aku teringat masa XPLORASI haritu, member aku tegur pasal cara aku sapu jem kat roti. (cerita roti ni nanti aku gebang). kena gelak aku macam siot hahaha.

aku tak suka roti first dengan last sebab dia ada kerak coklat kat satu bahagian dia. dulu memang aku tak makan langsung. kalau bungkusan roti yang baru bukak, roti first tu aku keluarkan pastu ambil roti yang seterusnya dan aku masukkan balik roti first tu dalam plastik dia. :p


tapi makin menginjak dewasa kate kooo, aku faham erti bersyukur dengan pemberian Tuhan. so, untuk berlaku adil terhadap semua roti, aku memilih jalan alternatif. instead of sapu any jem, kaya, or apa-apa je kat bahagian putih ni,


aku sapu kat bahagian kerak coklat tu. so, bila makan, takdelah terasa kerak tu. hehe. bijak bukan?


aku tak pasti pulak sama ada aku sorang je ke yang buat benda ni. sebab masa member aku nampak aku buat macam ni, dia tanya. "ehh kenapa kau sapu kat situ?"  aku pun cakap lah aku memang buat macam ni kalau roti yang ni pastu dia gelak. haha adui pening ah.

so korang ada tak yang buat sama macam aku? XD

stay tuned. hehe.

p/s :: Dejavu Di Kinabalu aku hilang sobs.

No comments:

Post a Comment