Tuesday, 1 October 2013

because I am Syaa.

jjang! I'd woke up because September has ended. Greenday sangat kannn. hikhik. okay sempena membuka archive October tahun ini, aku bajet nak gebang pasal activites yang aku buat masa September. basically aktiviti dengan SRM lah. siapa lagi. hehe.

so, first sekali of course lah Ekspedisi Mendaki Gunung Brinchang - Gunung Irau. seriously, bestttt walaupun letih gila bak hang! ye lah, cuti duduk rumah dua bulan lebih tanpa bekerja, bereksesais, berworkout tibatiba pergi panjat gunung. tak pancit pulak kann. tapi aku bangga dengan diri aku (take note : bukan bangga diri) sebab aku berjaya menawan puncak Gunung Brinchang and Gunung Irau dengan kudrat aku sendiri walaupun terdapat sedikit 'kepincangan' hehe. apa dia? nanti aku cerita.

2 September malam tu aku gerak. dalam bas macam biasa lah tidur. member perempuan dari Kami Budak Nakal pulak takde. takkan aku nak pergi sembang dengan budak laki pulak. peserta perempuan ada lah tiga orang. mantan dua orang. total yang pergi ekspedisi ni, 20 orang tunaiii. sampai Brinchang dalam pukul 5 lebih, sejukkkkkkkkkk. tempat tu exactly sama dengan tempat yang aku pergi bercuti tahun lepas. nanti cari dalam archive siri So Syok Holidays! okay. heee.

lepas Subuh, sarap semua then terus get ready untuk memulakan pendakian. kate kooo.






dari kiri (belakang) : Afiq, Jo, Abg Bob, Sham, Apek, Kak Azzie, Kak Q, Farid, Hafiz, Dayah, Amalina, Syaa(depan) : Syamil, Nazmi, Ilham, Faiz, Faris, Anis, Yanti
tukang gambar : Mirul 
 sebelum mendaki mari bergambar dahulu. inilah para peserta ekspedisi kali ini.




untuk beberapa meter pertama, aku steady je bawak haversack aku tu. dalam beg tu ada dua tshirt, satu tracksuit, satu tudung. yang jadikan benda alah tu berat bila aku bawak satu bekas air 1.8L and botol air 1.5L and barang barang keperluan untuk memasak. disebabkan kat puncak tu takde sumber air, maka kitorang diwajibkan bawak at least dua botol air 1.5L untuk kegunaan minum, memasak dan sebagainya. no mandi okay. actually, atas tu ada sumber air paip tapi pak guard punya. so, kalau nasib baik, bolehlah mendapatkannya pun aduy.

maka, bila kaki aku dah acah acah longlai, Faris dengan baik hati tukar beg dengan aku. beg dia kecik tapi still agak berat tapi ringan dari beg aku. so, the rest hiking sampai ke puncak aku bawak beg dia, dia bawak beg aku. thanks Faris. kalau takde orang nak tukar beg, memang sampai ke sudah aku tak sampai puncak agaknya hewhew. trek okayla cuma yang menambahkan letih tu sebab dia sangat mendaki. bahasa diorang ni cakap, 'mencanak'. kalau aku mencanak tu laju gila. haa memang letih. dannn the most embarassing moment ialah bila aku menangis. sob sob. aku letih gila. gila babeng. aku memang kalau sangat marah, sangat letih, boleh menangis. huhuhu. thanks to Mirul sebab dia kasi aku coklat and the rest yang memberi semangat. hewhew. malu gila bak hang!

and finallyyy after almost 3 hours, jjang jjang !!

Gunung Brinchang, 6666ft, 2031m


Puncak Gunung Brinchang, checked! 


dalam tengahari macam tu kitorang sampai kat puncak. kitorang gerak dari bawah 8.30. sampai kat kaki Brinchang tu ada mini ice breaking and stretching. so paling lama boleh sampai 3 jam lah. (mengikut kata guider). oh guider kitorang Ilham. hehe.

then, masak lah apalaga. haaa maybe ada yang tau tapi aku saja nak cerita jugak. kalau pergi program mana mana memang wajib bawak mass tin, solid fuel, stove, gas, periuk kecik, cawan dan segala bagai serta bahan bahan makanan atau bahasa mudahnya 'ration'.



biasanya, bekal makanan ialah sardin, beras, telur, roti, megi, bawang, sayur. waktu ni ada ikan bilis, kentang, carrot, tomato dan makanan segera yang lain. best jugak masak guna benda alah ni. survival cook sangat. first time aku belajar masak nasi, lauk dalam mass tin masa induksi kat Tioman. before ni, time Xplorasi tapi tak jadi pun makanan group aku. akibatnya, lapar sampai tengah malam. sobs. tapi sekarang alhamdulillah, insyaAllah dah takkan kebuluran lagi kalau kena buat survival cook hihi.

\

sebab nak cepat, ni lah lauk tengahari tu. nasi lauk sardin letak kentang kriuk kriuk. hahaha. kentang tak sempat empuk. bedal aje. sobs. sebab kitorang kejar masa nak terus shoot naik Gunung Irau.

so, dalam pukul 1 lebih tu kitorang terus start ke kaki Irau. Hutan Lumut or Mossy Forest, tu nama hutan Gunung Irau. sumpah demi Allah aku cakap, subhanallah cantik gila dalam hutan ni. macam kat overseas tau. macam tempat shooting The Lord Of The Rings katanya.  




naik Irau ni, kitorang free body. sebab kitorang akan tidur kat puncak Brinchang sebab kat puncak Irau tak boleh tidur.


rupanya gunung ni sempadan Perak dan Pahang.
















cantik tak? cantik kannnn kan kan kan ??? mungkin dalam gambar tak nampak sangat. tapi kalau korang tengok secara realiti, korang mesti kagum gila. subhanallah.



this is Mini Irau. Mini Irau ni sama level ketinggian dengan Gunung Brinchang. kiranya Gunung Irau lagi tinggi lah dari Brinchang. tapiii walaupun free body, 3 jam jugak baru sampai puncak. kalau Brinchang naik jee menegak, Irau pulak naik turun naik turun naik turun. bukan sikitsikit pulak tu. dah naikkkk tinggitinggi pastu kena turunnnn bawahbawah pastu naik balik turun balik. letihhh. tapi terubat rasa letih tu dengan pemandangan dalam hutan ni. ;)

finallyyyy, puncak Gunung Irau, checked! kat puncak Brinchang boleh online sebab ada line. kat sini tak dapat line. hewhew.



masa dalam perjalanan panjat Irau ni, hujan start turun. basah lencun. beg memang basah. dahlah aku bawak handphone. so, aku simpan handphone tu dalam first aid kit. haha. selamat lah jugak kan. trek toksah cakap lah. semalam tu pun dah hujan, so memang licin, berlumpur. berapa kali jugak aku terbenam. siap tercabut kasut lagi. hakhakk. tapi pacat takde. heee.






before program ni, diorang ada pergi naik Bukit Kutu, sambut raya. siap pakai baju raya kate kooo. so, disebabkan ekspedisi ni still in Syawal (walaupun dah tak raya), aku bawak baju kurung naik atas ni sematamata nak bergambar. ahaks. puas!



Merdeka Raya
naik 3 jam, turun pun 3 jam. tak sempat sampai sebelum gelap. memang pengalaman lah, rempuh hutan dalam gelap. ada lah beberapa orang yang ada head lamp, torchlight. aku pun ada tapi tak terang. tapi still visible lah. menurut kata Kak Q, asal turun gunung jee mesti sampai malam. Kak Q ni mantan SRM and salah seorang hiker perempuan selain Kak Azzie. serius diorang terer gila panjat gunung. selamba je bawak haversack tu panjat lelaju. inspired gila aku. heee.

then, sampai puncak Brinchang balik dah malam pukul 9 kot. pastu, tukar baju, makan. Abg Bob dah siapkan masak hehe sebab dia sampai Mini Irau je. sebabnya, kasut dia tertinggal so dia hiking pakai selipar jee. huii. extreme. sejukkkkkkkk. sweater tak tebal. sleeping bag pulak jadi sejuk! then lepas makan, online sikit, sembang terus tidur. malam tu, aku tidur tak bergerak langsung. cuma kadangkadang tersentak sebab sejuk. (Yanti yang cakap. hehe.)

esok paginya, gigih bangun pagi and panjat observe tower sebab nak tengok sunrise.




mulamula dah nampak cahaya camtu dah seronok dah. tapi tibatiba pulak awan lalu menutup pemandangan sunrise tuu. wuwu. maka, aku belum ada pengalaman lagi lah melihat sunrise dari puncak gunung. huhu.


sehari tu aku rasa exhausted sesangat. hari nak turun tu, dioang call van untuk angkut half of us and barang barang. sebab ada yang tak larat. aku memang sakit kaki tapi aku tahan taknak naik van sebab aku nak complete kan ekpedisi ni. walaupun semalam pucatpucat muka aku sampai kena tegur and paksa stop tapi aku taknak. first experience kot. sebab lepas ni aku taksure aku akan ikut lagi ke tak ekspedisi gunung ni kakaka. 

iye jee stretching ni. haha. 
surprisingly, amazingly, turun bawah tak sampai satu jam pun. around 45 minutes jee. whoa :O satu, sebab barang takde. second, memang trek dia menurun lah je. sebab panjat semalam tu menaik jee. memang best lah. cuma trek lebih licin dan berlumpur dari semalam tu sebab hujan.

alhamdulillah, selamat naik selamat turun dua gunung tersebut. tanpa melengahkan masa, terus siapsiap mandi bersihkan diri semua then balik. on the way balik tu, singgah pulak kat sini ha. Hutan Lipur Lata Iskandar. fuhhh. salah satu air terjun tercantik. katanya.


gerammmm!!! nak mandiiiii tapiiii baju dah takdeeee. rugi rugi rugi. huhuhu. so, bergambar lah je. sobs. dapat rasa air di kaki jee. jealous gila tengok orang lain yang mandi. T_T 






Yanti Azra
gambargambar lain semua ada lah kat fesbuk. aku dah malas pulak nak type lagi. basically, tu lah overview ekspedisi Gunung Brinchang - Gunung Irau ni. best. memang best. ye lah, mungkin yang dah biasa buat aktiviti ni akan kata aku ni poyo je, gebang lebih tapi ada aku kisah? ini cerita aku. k bye! :D

oh oh, ada lagi aktiviti lain aku cerita dalam next entry. Syaa daebak!!

p/s :: jika rindu itu ikhlas, pasti akan dibalas..

3 comments:

  1. Woooo, pengalaman itu kita simpan jdkan kenangan yee sayam.

    ReplyDelete
  2. syaa!!! hahahaha best citer.. siap aq gmbr aq bawah tuuuu..wuuuu sonoknye :P (brujmpeciternila)

    ReplyDelete