Tuesday, 27 August 2013

Extravaganza.

kate kooooo.

masa hari Sabtu haritu, aku dalam dilemma. nak pergi jamuan raya sekolah ke Family Day tempat kerja bapak aku. kalau nak ikutkan, aku nak pergi jamuan raya tu. tapiii aku tanya membermember semua tak semua respon nak pergi ke tak. yang rapat dengan aku dulu pun kat Aspuri mensenyapkan diri. and aku rasa takde orang kisah pun aku takde, so, aku pilih untuk bersama family aku di PPMSB Family Day Extravaganza Raya 2013. okay kali ni takdelah family sangat sebab aku dengan parents jee. tapi bolehlah.

bertempat di Stadium Hang Jebat, adalah beberapa aktiviti yang aku suka aku dapat buat. satu hari je dari pagi sampai petang.


Wall Climbing. kat UPM ada wall tapi pernah panjat dua tiga kali je kot. tu pun tak sampai atas. susah betei. nak berlatih selalu pun tak dapat. :p



yang ni straight je. tak tinggi. saja mengada nak panjat.


and this was my first time main Go Kart. best lah since aku suka kereta. dulu masa beli game untuk PS, mesti aku beli game lumba kereta. sekarang dah tak main sangat. lagipun adik aku pergi bawak PS tu kat rumah kediaman dia. habis aku melagha depan benda alah ni lah je time cuti kat rumah. area UPM taktau ada ke tidak emm. and aku dah tak kisah sangat pasal kereta sebab aku ada Lejen.



lepas tu naik benda alah yang macam kat Planetarium Negara tu. apa nama dia entah. tapi tak best patutlah takde orang beratur ramairamai kakaka. manually je. malu je kahkah.



tak ketinggalan dia ni join jugak. hahah. mak guwa. daebak.


yang ni tukang layan. hehehe.



first time aku masuk stadium ni. last masuk masa sekolah rendah kat Kuantan kot. sebab tiaptiap tahun Hari Sukan buat kat situ. anddd aku rindu bersukan. harapharap naik sem ni aku lebih fit. ahaks.


yang ni adik aku dengan kawan di, Hadi. diorang datang kejap pasal ada makan free. okay makanan memang baaaaaaaaanyak lebih. tak larat aku nak makan. hahaha. yang paling best, dapat bawak balik coconut shake Klebang dengan aiskrim banyak gila. XD


tahun lepas, pengacara Angah Raja Lawak dengan Jep Sepahtu. ada aku cerita pasal Family Day kat A Famosa.

yang kali ni, Angah dengan Nabil. Nabil pun pernah datang jugak dua tahun lepas. dan dengan Angah jugak time tu. masa tu aku dah ada gambar dengan diorang so aku tak kisah sangat lah pasal kali ni punya hewhew.



tak banyak gambar macam tahun lepas. bapak aku pun takde buat persembahan macam tahun lepas. haha. basically, yang ni bukan the best Family Day yang pernah dianjurkan lah.


dengan Kakyang masih ada cuma tak jelas macam tahun lepas. hehe. yang bawah sekali belah kanan tu. kitorang tengah ready untuk paintball. dapat rasa tembaktembak lah je. tak pernah ada dalam game. aku tunggu Jean dengan Topek bawak aku pergi main paintball kat tempat diorang je ni. :p

last but not least, cabutan bertuah seperti biasa tak bertuah hahaha. aku rasa Family Day yang paling best waktu 2010. boleh tengok sini. tapi pesan aku, abaikan bahasa bangang tahap ijazah yang aku guna kahkah.

and aku nak tunjuk bukti ni ahaha.




dan tak ramai jumpa orang selain dah kenal Tunku Mukhriz. eh. k bye. XD

p/s :: kalau malu, melepas. ahaha.


No comments:

Post a Comment