Thursday, 1 August 2013

Entry Malam Jumaat #12


awal-awal masuk hostel, memang macam-macam cerita hantu kita dapat dengar. dari sekolah, sampai lah ke kolej-kolej universiti. adaaaa jee cerita hantu yang disampaikan. turun temurun kate kooo. bila aku dah habis sekolah, aku masuk matrik ada cerita hantu makcik karipap. masuk U pun masih ada cerita hantu makcik karipap ni. aku sure ramai yang pernah dengar cerita ni kan.

so, satu malam ni nak dijadikan cerita, aku stay up siapkan assignment sebab esok nak kena hantar. entah apa bengong aku ni boleh tak ingat pulak pasal assignment tu. yelah, room mate pun course lain takleh nak salahkan dia. :p tapi nasiblah tak susah mana. meja aku pulak menghadap tingkap. bilik aku ni pulak menghadap bukit. memang gelap scary mary lah kalau dibiarkan tingkap tu terbukak. tapi nasib jugak ada langsir. so, takdelah aku sakit jantung.


TIBA-TIBA. tiba tiba, aku dengar bunyi pintu kena ketuk. ah sudah. siapa pulak nak ziarah aku memalam cenggini. konflik etika yang aku hadapi sekarang ni ialah, nak bukak pintu ke tak. aku pergi kat pintu aku lekapkan telinga aku nak dengar kotkot lah ada bunyi yang aku cam. dengar punya dengar, aku konfem cam tu siapa. MAKCIK KARIPAP. macam mana aku tau? sebab aku dengar dia practise kat luar dialog dia nak cakap kat aku lepas aku keluar nanti, "Dik, nak beli karipap ni? dua singgit."

aku buat taktau je lah. jangan harap aku nak terpedaya dengan mainan syaitonirrojim malam ni. so, aku pun teruskan buat kerja aku. pintu aku still kena ketuk. tapi, tak lama pastu hilang. mungkin Makcik tu baru perasan ada ayat Kursi yang ditampal kat luar pintu tu kot.

khusyuk punya khusyuk buat kerja, sampai lah pukul 3. time tu sikit je lagi nak habis dah. TIBA-TIBA. tiba-tiba tingkap aku pulak kena ketuk. hai mambang, kau main tingkap ye mambang? aku mengintai dari tirai kamar. tudiakk Exist sangatt. nampak cahaya macam disuluh suluh. RUPA RUPANYA Pakcik Guard. buat cuak aku jee.

"kenapa tak tidur lagi ni?"

"saya buat assignment. nak siap dah ni."

"hm. cepat sikit tidur. dah pukul berapa dah ni. BAHAYA."

"err okay Pakcik. terima kasih."

lepas aku tutup tingkap, tutup langsir, aku tersentak.

pakcik guard tak pernah round malam-malam tegur orang suruh tidur.

bilik aku ni tingkat 4.

belakang bilik aku takde koridor.

jadi, aku bercakap dengan siapa tadi?


aku terus tutup lampu dan selubung dalam selimut dan terus tidur. akhirnya, aku terpedaya juga dengan mainan syaitonirrojim malam ni.

p/s :: orang lain balik kampung, guwa balik bandar. hewhew.

No comments:

Post a Comment