Tuesday, 27 August 2013

Extravaganza.

kate kooooo.

masa hari Sabtu haritu, aku dalam dilemma. nak pergi jamuan raya sekolah ke Family Day tempat kerja bapak aku. kalau nak ikutkan, aku nak pergi jamuan raya tu. tapiii aku tanya membermember semua tak semua respon nak pergi ke tak. yang rapat dengan aku dulu pun kat Aspuri mensenyapkan diri. and aku rasa takde orang kisah pun aku takde, so, aku pilih untuk bersama family aku di PPMSB Family Day Extravaganza Raya 2013. okay kali ni takdelah family sangat sebab aku dengan parents jee. tapi bolehlah.

bertempat di Stadium Hang Jebat, adalah beberapa aktiviti yang aku suka aku dapat buat. satu hari je dari pagi sampai petang.


Wall Climbing. kat UPM ada wall tapi pernah panjat dua tiga kali je kot. tu pun tak sampai atas. susah betei. nak berlatih selalu pun tak dapat. :p



yang ni straight je. tak tinggi. saja mengada nak panjat.


and this was my first time main Go Kart. best lah since aku suka kereta. dulu masa beli game untuk PS, mesti aku beli game lumba kereta. sekarang dah tak main sangat. lagipun adik aku pergi bawak PS tu kat rumah kediaman dia. habis aku melagha depan benda alah ni lah je time cuti kat rumah. area UPM taktau ada ke tidak emm. and aku dah tak kisah sangat pasal kereta sebab aku ada Lejen.



lepas tu naik benda alah yang macam kat Planetarium Negara tu. apa nama dia entah. tapi tak best patutlah takde orang beratur ramairamai kakaka. manually je. malu je kahkah.



tak ketinggalan dia ni join jugak. hahah. mak guwa. daebak.


yang ni tukang layan. hehehe.



first time aku masuk stadium ni. last masuk masa sekolah rendah kat Kuantan kot. sebab tiaptiap tahun Hari Sukan buat kat situ. anddd aku rindu bersukan. harapharap naik sem ni aku lebih fit. ahaks.


yang ni adik aku dengan kawan di, Hadi. diorang datang kejap pasal ada makan free. okay makanan memang baaaaaaaaanyak lebih. tak larat aku nak makan. hahaha. yang paling best, dapat bawak balik coconut shake Klebang dengan aiskrim banyak gila. XD


tahun lepas, pengacara Angah Raja Lawak dengan Jep Sepahtu. ada aku cerita pasal Family Day kat A Famosa.

yang kali ni, Angah dengan Nabil. Nabil pun pernah datang jugak dua tahun lepas. dan dengan Angah jugak time tu. masa tu aku dah ada gambar dengan diorang so aku tak kisah sangat lah pasal kali ni punya hewhew.



tak banyak gambar macam tahun lepas. bapak aku pun takde buat persembahan macam tahun lepas. haha. basically, yang ni bukan the best Family Day yang pernah dianjurkan lah.


dengan Kakyang masih ada cuma tak jelas macam tahun lepas. hehe. yang bawah sekali belah kanan tu. kitorang tengah ready untuk paintball. dapat rasa tembaktembak lah je. tak pernah ada dalam game. aku tunggu Jean dengan Topek bawak aku pergi main paintball kat tempat diorang je ni. :p

last but not least, cabutan bertuah seperti biasa tak bertuah hahaha. aku rasa Family Day yang paling best waktu 2010. boleh tengok sini. tapi pesan aku, abaikan bahasa bangang tahap ijazah yang aku guna kahkah.

and aku nak tunjuk bukti ni ahaha.




dan tak ramai jumpa orang selain dah kenal Tunku Mukhriz. eh. k bye. XD

p/s :: kalau malu, melepas. ahaha.


Sunday, 25 August 2013

I don't know 'bout you, but I'm feeling 22.

ahaa bukan guwa ehh. umur aku baru duapuluhsatubelas. yes, I'm still a teenager.

so, a blast Happy Birthday tooooooooooooo SITI SOLEHAH BINTI JAMIL JYEAH!

siapa minah yang market lebih  ni? she's my best girl. cousin yang aku paling rapat masa kecik. sekarang dia jadi macam tak rapat sangat sebab kita duduk jauh huhu. but alhamdulillah sekarang dah mudah nak jumpa sebab dia sambung study dekatdekat sini. hehe.

these were recent moments with her ::





buat kuih raya bak hang. and for 12/13 years, tahun ni first time kami dapat berpuasa and bertarawih bersama. rasa nak nangis je. huhu. nak cerita banyakbanyak pun tak best jugak. sebab aku pernah je cerita pasal moments aku dengan dia. kalau rajin boleh riki sini ::


and yang ni entry dia untuk aku masa birthday aku dulu ahaks.


okay tu je nak cakap. sebenarnya birthday dia 23rd August haritu. k bye. :p

p/s :: kau buat jantung aku berdegup 150juta kali.



Saturday, 24 August 2013

antara cincin dengan laptop.

*baru balik dari satu event*

Nenek : tadi ada orang call cari kau. apa benda entah dah siap. Nenek kata Syafiqa takde, ni Nenek dia.

Aku : oh okayokay.

*keluar dan pergi ambil barang yang dah siap. then, balik rumah.*

Nenek : apa benda tadi? dah amik?

Aku : oh tu orang nak meminang. dia kata cincin dah siap. suruh amik.

Nenek : *gelak* kepala hotak kau. pandai kau ehh kata orang nak minang pulak.

Aku : betullah Nek. cincin dah siappp.

Nenek : mandai lah kau. *gelak lagi*

Aku : takdelahh. laptop dah siap.

Nenek : ooo..

tiada konklusi. apa kata surveyyy?

saje jee nak selitkan figura guwa sekali. ahaks.

p/s :: terima kasih atas kebahagiaan yang singkat ini.

Friday, 23 August 2013

Don't You Remember ?

pause lagu Pumped up Kicks kat blog ni and please feel these words.



When will I see you again?
You left with no goodbye, not a single word was said
No final kiss to seal anything
I had no idea of the state we were in

I know I have a fickle heart and bitterness
And wandering eye and heaviness in my head

But don't you remember? Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby, please remember me once more

When was the last time you thought of me?
Or have you completely erased me from your memory?
I often think about where I would roam
More I do, the less I know

But I know I have a fickle heart and a bitterness
And a wandering eye and a heaviness in my head

But don't you remember? Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby, please remember me once more

I gave you the space so you could breathe
I kept my distance so you would be free
And hope that you find the missing piece
To bring you back to me

Why don't you remember? Don't you remember?
The reason you loved me before
Baby, please remember me once more

When will I see you again?

p/s :: PPMSB Family Day Ekstravaganza Raya 2013.

Wednesday, 21 August 2013

Wordless Wednesday. #8


klik kalau tak jelas.

you don't say..

p/s :: boleh kita mula semula? sekali lagi?

Thursday, 1 August 2013

Entry Malam Jumaat #12


awal-awal masuk hostel, memang macam-macam cerita hantu kita dapat dengar. dari sekolah, sampai lah ke kolej-kolej universiti. adaaaa jee cerita hantu yang disampaikan. turun temurun kate kooo. bila aku dah habis sekolah, aku masuk matrik ada cerita hantu makcik karipap. masuk U pun masih ada cerita hantu makcik karipap ni. aku sure ramai yang pernah dengar cerita ni kan.

so, satu malam ni nak dijadikan cerita, aku stay up siapkan assignment sebab esok nak kena hantar. entah apa bengong aku ni boleh tak ingat pulak pasal assignment tu. yelah, room mate pun course lain takleh nak salahkan dia. :p tapi nasiblah tak susah mana. meja aku pulak menghadap tingkap. bilik aku ni pulak menghadap bukit. memang gelap scary mary lah kalau dibiarkan tingkap tu terbukak. tapi nasib jugak ada langsir. so, takdelah aku sakit jantung.


TIBA-TIBA. tiba tiba, aku dengar bunyi pintu kena ketuk. ah sudah. siapa pulak nak ziarah aku memalam cenggini. konflik etika yang aku hadapi sekarang ni ialah, nak bukak pintu ke tak. aku pergi kat pintu aku lekapkan telinga aku nak dengar kotkot lah ada bunyi yang aku cam. dengar punya dengar, aku konfem cam tu siapa. MAKCIK KARIPAP. macam mana aku tau? sebab aku dengar dia practise kat luar dialog dia nak cakap kat aku lepas aku keluar nanti, "Dik, nak beli karipap ni? dua singgit."

aku buat taktau je lah. jangan harap aku nak terpedaya dengan mainan syaitonirrojim malam ni. so, aku pun teruskan buat kerja aku. pintu aku still kena ketuk. tapi, tak lama pastu hilang. mungkin Makcik tu baru perasan ada ayat Kursi yang ditampal kat luar pintu tu kot.

khusyuk punya khusyuk buat kerja, sampai lah pukul 3. time tu sikit je lagi nak habis dah. TIBA-TIBA. tiba-tiba tingkap aku pulak kena ketuk. hai mambang, kau main tingkap ye mambang? aku mengintai dari tirai kamar. tudiakk Exist sangatt. nampak cahaya macam disuluh suluh. RUPA RUPANYA Pakcik Guard. buat cuak aku jee.

"kenapa tak tidur lagi ni?"

"saya buat assignment. nak siap dah ni."

"hm. cepat sikit tidur. dah pukul berapa dah ni. BAHAYA."

"err okay Pakcik. terima kasih."

lepas aku tutup tingkap, tutup langsir, aku tersentak.

pakcik guard tak pernah round malam-malam tegur orang suruh tidur.

bilik aku ni tingkat 4.

belakang bilik aku takde koridor.

jadi, aku bercakap dengan siapa tadi?


aku terus tutup lampu dan selubung dalam selimut dan terus tidur. akhirnya, aku terpedaya juga dengan mainan syaitonirrojim malam ni.

p/s :: orang lain balik kampung, guwa balik bandar. hewhew.