Thursday, 25 July 2013

sejenak.


bulan Ramadan ni kita biasalah dengar moreh kan. moreh okay. bukan noreh. noreh tu yang pepagi buta keluar torehtoreh pokok getah tu. so, surau kat taman aku ni, cara mendapatkan makanan untuk moreh tu adalah melalui penduduk taman. petangpetang AJK Surau akan pergi rumah ke rumah minta sumbangan makanan. k TAK. giliran akan dijadualkan untuk setiap penduduk taman. secara bergilirgilir, setiap rumah yang dihuni oleh orang Islam diminta menyediakan sedikit juadah untuk dihantar ke surau buat moreh. agak skema ayat di situ.


hm tapi aku pernah baca yang amalan moreh ni tak seharusnya dibuat. sepatutnya kita jamu orang untuk buka puasa. tapi aku tak berani lah nak cakap banyak sebab aku lupa dah apa isi huraian point benda alah ni. jadi, selain masih kenyang berbuka, aku tak ambil makanan yang disediakan untuk moreh tu sebab aku pernah terbaca benda alah ni. tapi, tak salah pun kalau nak ambil.

okay. ni nak cerita sikit lah peristiwa yang terjadi waktu hari Ahad haritu yang mana rumah aku (rumah Bapak aku) punya turn untuk hantar juadah buat moreh. so, Mi pun cadangnya nak buat puding coklat oreo berbanding puding roti pada tahun lepas. disebabkan aku ni tak boleh harap, lepas Subuh bedal tidur balik, Mi pun buat puding tu sorangsorang pagi tu. maaf ye. beberapa jam kemudian, puding tu tak keras keras membentuk puding. dan ini telah menjadi kemusykilan terhadap Mi dan juga aku yang baru bangun masa tu. :p

last last, puding taktau nak panggil apa benda alah tu, masuk dalam fridge belah atas, jadilah aiskrim. fikir punya fikir apesal lah tak jadi. rupanya Mi tersilap masuk bahan. sepatutnya agaragar tapi tersilap masuk gelatin. pasai tu lah dak jadi. hai laaa. then petang tu Bapak dengan Mi pun keluar kejak beli buah. kesimpulannya, kitorang sumbang buah pisang untuk surau waktu moreh tuu. pisang apa aku tak perasan ak hehe.


jadi sebenaqnya, well actually lah kann point dia *ala ala budak pompuan speaking Utagha kat Keek*, aku terfikir hikmah di sebalik peristiwa ni lepas Mi cakap dengan aku.

Mi : rezeki orang jual pisang ni harini kita beli pisang kat dia.

dan aku berfikir, memang betul. aku nampak hikmah itu. apa yang kita tak dapat harini, mungkin merupakan rezeki untuk orang lain. hari Ahad tu, Allah nak kasi rezeki lebih pada penjual pisang. mungkin banyak lagi sebenarnya yang pernah jadi sebelum ni, tapi tak sedar. jadi, setiap perkara buruk yang terjadi kat kita, mungkin itu merupakan bahagian baik untuk orang lain. begitulah sebaliknya. tapi, perkara yang betulbetul bermanfaat lah je. kalau tak, itu dah termasuk PHD; philosophy doctor perasaan hasad dengki.

oleh itu, bersyukur lah dengan segala apa yang kita dapat, dan juga apa yang kita tak dapat sebab Allah beri apa yang kita perlu. mungkin pada waktu itu, Bapak memerlukan sesuatu sehingga dia perlu keluarkan duit untuk membeli pisang dan Mi juga memerlukan sesuatu sehingga tersilap campur bahan, wallahualam.

sekian, tazkirah ringkas Ustazah Mak Jemah Sparta. ini pandangan aku. kalau korang ada pendapat lain untuk betulkan apa aku cakap ni, feel free to drop comments. samasama kita belajar dan mendapat keberkatan ilmu di bulan yang mulia ini. insyaAllah. peace ^^v

p/s :: kawan kita kat rumah dah balik sobs.

Sunday, 14 July 2013

bila cemburu menguasai diri ...


suatu malam Ramadan sewaktu di surau ...

POSISI AWAL DALAM SAF

POSISI LEPAS SOLAT ISYAK UNTUK TARAWIH




          

ADA ORANG JELESSSSSSS. HEHEHE.

p/s :: surat cinta 2 Jun boleh di'bakar'. haha.