Thursday, 23 May 2013

Entry Malam Jumaat #11

"adoii timetime camni pulak laa nak sakit perut."

aku terjaga dari tidur bila rasa perut aku memulas. aku tengok jam.

"3.15 pagi. isyy asal lah kau tak sakit pukul 6 pagi perut oii. aduhh. apa benda lah Cik Midah letak dalam mihun tomyam aku ni tadi."

aku membebel sorangsorang. room-mate balik pulak nak ajak teman. takkan lah guwa nak ketuk pintu bilik orang depan pulak semata sebab nak ajak teman pergi tandas. 

"alahai harini kau tak stay up study pulak ke Mira." 

bebel aku lagi bila tengok bilik depan gelap. selalunya Mira budak bilik depan ni study sampai pagi. nak taknak terpaksa lah aku pergi tandas sorangsorang. haih mission impossible betei. tak tahan siot.

Mak aku kata kalau masuk tandas sorangsorang, kalau rasa lain macam eloklah keluar balik. dan bila aku masuk tandas tu memang aku rasa lain macam. tapi kalau aku keluar dari tandas tu, benda lain pulak yang keluar lagi parah. jadi, aku assume rasa lain macam aku tu disebabkan duit ni yang mintak dilabur sebab saham tengah tinggi. 

antara tiga tandas yang ada, aku masuk tandas first. tengah sedapsedap memerut walaupun rasa tak sedap hati tibatiba aku macam dengar ada orang masuk bilik air tu. ahh memang lega lah at least ada orang still berjaga. tapiii aku dengar bunyi benda lain jugak. macam bunyi ........... macam .......... bunyi ............ TONGKAT.

"sape siak." dalam hati aku berteka teki. siapa pulak yang injured kat aras aku ni. diorang bukannya main sukan pun. accident pun aku takde dengar cerita. bukannya aku tak kenal diorang ni semua. aduhaii. aku dah berderau dah. darah aku dah menyirap jantung aku dah berdegup laju selaju Cikgu Maths aku mengajar. okay takpe qada' dulu hajat ni. duduk diamdiam dalam tandas ni.

tapi lepas tu aku nampak bayang dia depan tandas aku ni. statik. ah sudah. asal lak dia tak masuk tandas sebelah ni. baik hati nau lak nak tunggu aku dah kenapa. kejap je statik tetiba pintu tandas aku kena ketuk. kena ketuk dengan tongkat dia. sumpah aku dah rasa lain macam. hajat aku terus hilang. aku diam lagi.

"Cu...bagi Nenek masuk Cu..." 

ya Allah, mana datang Nenek kat aras aku niii adoiii apa benda niiii. aku dah menggigil dah kat dalam tu. apa benda aku nak buat niiii. aku bukak paip air. paling kuat. aku cuci cuci semua aku biarkan paip tu terbuka. 

"Cu.....Nenek nak masuk Cu...." 

sambil ketuk pintu tandas tu. damn. aku tak boleh nak ingat apa benda aku nak baca. tapi tibatiba, diam. ketukan hilang. bayang pun hilang. dengan kuasa bulan akan menghukummu keberanian seciput yang aku ada ni, aku tolak pintu tandas kuatkuat aku terus pecut lari bilik aku. aku masuk aku tutup hempas cepatcepat, aku kunci, aku terus lompat atas katil. aku selubung, aku tutup telinga aku dengan bantal. sampai esok pagi. aku taktau Nenek tu kat mana, aku tak dengar, aku tak nampak, dan aku TAKNAK dengar atau nampak apa-apa.

aku tak berani nak letak gambar nenek yang lagi scary.
nasiblah esok Ahad. room-mate aku pun balik. aku cerita kat dia. mulamula dia terkejut. tapi lepas tu dia tenangkan aku and start cerita.

"aku taktau pulak kat sini pun boleh jadi benda macam tu. sekolah aku dulu ada. kitorang tak boleh masuk tandas nombor ganjil terutama time malam-malam sebab tandas tu 'Nenek' punya. aku pun taktau dia kahwin dengan Atok siapa sampai boleh jadi 'Nenek' punya tapi kalau ada orang yang masuk tandas ganjil tu, nanti 'Nenek' tu akan mintak nak masuk sekali. tak bagi orang lain masuk kot. macam kau kena ni lah. sebab tu aku akan masuk tandas tengah. kalau ada orang pun aku tunggu jugak. malang siot nasib kau. haha." 

cis. sempat gelakkan aku. aku tak pernah tau benda alah ni. ni memang first time aku dengar. and believe me, it's freaking scary. gila apa Nenek nak masuk tandas sekali dengan kau? isyy tak dapat aku bayangkan. sejak haritu, bukan setakat kat situ, ke mana-mana aku pergi pun aku akan pastikan aku masuk tandas nombor genap. korang pun berjaga-jaga lah ehhhh hihihi.

p/s :: Malam Secangkir Budi Seindah Memori :)

No comments:

Post a Comment