Thursday, 9 May 2013

Entry Malam Jumaat #10

"woi! rambut kau ni panjangpanjang terjurai sampai bawah, kau ingat aku nak ikatkan kau tocang ke?" aku sound si Wahida.

Wahida ni budak katil atas aku. standard lah hostel katil double decker. masa awal masuk aku nak katil atas sebab katil atas selalu dapat pengudaraan yang sangattttt bagus. tapi entah macam mana pulak tahun tu budak kamar aku kemain semangat lagi balik hostel awal dari aku. lastlast, aku terdapat katil bawah. malang lagi, bawah Wahida. cisdel sungguh.

Wahida ni takde masalah apa pun. cun memang cun. bijak pun bijak sebab selalu dapat number 2 dalam exam ikut ranking hostel. number 1, aku lah. ehem. tapi satuuuu je aku tak berkenan dengan minah ni. rambut dia tu. rambut dia panjang gila wehhh. sampai kaki. tu takpelah lagi. memang kebanyakan perempuan suka simpan rambut panjang, termasuklah aku. masalahnya, bila dia baring atas katil, dia suka sangatttt lepaskan rambut dia ke bawah. kadang-kadang tidur dah rasa macam langsir dah. ada tirai tutup aku tidur.

hoii seram hoii. serammm. mana tak nya. kau bayangkan bila tetengah malam kau terjaga dari tidur, nampak benda hitam menguraingurai tepi kau. taubat selubung sampai pagi. aku dah banyak kali tegur jangan buat macam tu tapi dia ni isy degil ya amat. dalam pencil case aku memang ada gunting. tapi tak sampai hati pulak kan.



jadi, satu malam tu macam biasalah, tidur. takkan main tali skipping pulak. kang ada benda lain yang join kang tak macam kena histeria pulak kan. tidur punya tidur, tetiba aku terasa geligeli kat muka aku. ke kiri ke kanan menyapu muka aku.

"aduh bangang betul lah dia ni."

carut aku dalam hati. aku tau mesti ramai yang marah kalau tidur dia kena kacau kan? kan? ramai ye, bukan semua. aku dah bajet dah nak turun katil pergi capai gunting dalam pencil case aku tapi tertinggal pulak kat study room. adui cik man. geram sangat, aku capai rambut dia nak tarik. kemas dah ni aku pegang. tapi tak sempat tarik, kepala otak aku ni tibatiba interpret data yang "Wahida balik kampung siang tadi. nenek dia meninggal."

"damn."

aku terus lepaskan rambut dia, aku tidur selubung tutup telinga dengan bantal, merengkot. dengan cahaya koridor luar, aku dapat rasa bayang 'Wahida' mengintai aku. menggigil siak aku pegang selimut.

esok pagi tu, aku bangun lambat. bangun je, aku rasa jantung aku masih berdegup laju. aku tengok katil Wahida, kemas. aku tarik nafas dalamdalam dan tahan menangis. sumpah demi Allah, aku tak dapat bayangkan apa yang jadi, kalau aku terus tarik rambut 'Wahida' malam tadi tanpa berfikir panjang. taubat tahun depan aku taknak jadi bedmate Wahida lagi.

cerita ini adalah rekaan semata-mata. kebanyakan cerita dalam Entry Malam Jumaat merupakan adaptasi cerita hantu turun-temurun asrama SMK Ghafar Baba. 2005-2009. happy #10 entry. 

p/s :: Irau-Brinchang. new experience will be.

No comments:

Post a Comment