Thursday, 2 May 2013

Elephas Maximus

aku ada several cerita nak post tapi asal aku nak blogging je mesti line takde lah, busy lah, malas lah. ehem. so, di kesempatan petang yang retro ni sebab masa dalam bas balik kelas tadi pakcik bas pasang lagu Westlife seperti I beli a blender I Believe An Angel beserta dengan line wifi yang meroyan baik pulak nak ada, aku nak cerita sikit pasal trip kelas aku ke Kuala Gandah, Pahang. :D sikit lah je tak banyak.

sebenarnya trip ni kelas Biodiversity yang organized and kelas aku kira macam jemputan untuk join sekali dengan diorang. hari Isnin, 29 April 2013. peh jammed gila bak hang. setengah jam ke sejam ada lah jugak. aku malas nak tidur maka aku tukang bising dalam bas tatkala semua orang nak tidur. dahlah bosan speaker radio belakang tak bunyi. mati kutu aku duduk dalam bas almost 3 hours dengan battery handphone yang flat. tapi aku janji balik dari trip tu aku nak senyap dengan mentidurkan diri.

sampaisampai jee terus ke kawasan gajah. dengar penerangan pakcik gajah tu, pasal asal usul lah, pegangan lah, tangkapan, populasi, makanan, and so on. yang paling aku ingat, seekor gajah yang paling besar, maximum makanan dia satu hari mencecah 150 kg. huii. lepas tu namanama gajah tu. the chosen six gajah besar untuk buat a bit persembahan. ada Abung, Abot, Kala, Kasturi, Rambai and apa lagi seekor tak ingat nama dia. but then, kitorang tak dapat mandikan diorangggggggggg sobs. sebab air deras pasal semalam hujan so membahayakan gajah. dapat tengok lah je. ahh apa entah aku taip ni. nak tunjuk gambor je pun.






walaupun tak dapat mandikan gajah tu sendiri, tapi dapat tengok pun jadi la. wehh comey gila bak hangggg. gajah ni baring dalam air pastu staff tu gosokkan badan diorang semua. semua tenggelam dalam air tapi belalai je yang keluar dari air. pastu bila nak bangun ada yang tersembam jatuh balik dalam air. ada yang terapung terbalikbalik. hahaha comel gila wehhhhhhhh. sumpah comel!


berdiri dengan dua kaki

aku bajet bila pakcik tu kata dia akan berdiri dengan dua kaki, duadua kaki depan terangkat. rupanya, tipah tertipu bang.



kami mengucapkan terima kasih, di atas sokongan yang diberikan, terima kasih dari kami, kami mohon mengundur diri. kalaulah ada sumur di ladang, bolehlah kita menumpang mandi, kalaulah ada umur yang panjang, insyaAllah berjumpa lagi. insyaAllahhhh berrrjummmpaaa laaagiiiii. *lirik nasyid sekolah* k bye.



bila tak dapat mandikan gajah, aktiviti yang boleh dibuat hanyalah kasi gajah makan dannnnnnnn melagha. oh tapi kita ada tengok tayangan video about tangkapan gajah liar daripada hutan yang dah tak hutan untuk dibawa dan dipelihara ke Taman Negara.

Kakcik. bestpreng dari sem 1.

Mekya. used to be Kakyong hewhew.

muka kosong

muka kosong lagi


Dr. Rohaizah yang sporting gila babeng

stress woih tak dapat mandikan gajah!





ni orang Asli yang tinggal kat situ. dia ajar selamat datang "Han Hala". dia ni penyanyi utama kat kampung tu. tapi aku tak dengar pun dia nyanyi. tak sanggup kot hukhukk. :P




mulamula takut jugak lah nak mendekatkan diri kepada gajah. *cehh bukan nak mendekatkan diri kepada Allah* . tapi bila fikir pasal kecomelan diorang waktu mandi tu, aduhaii meh guwa kasi lu orang makan meh. berebutrebut guwa rembat betik tu.


flying without wings ke apa benda entah ni

part of classmates

aku mencapati menepati janji dengan mentidurkan diri sepanjang perjalanan balik tu. malangnya, bas berhenti di R&R Genting Sempah mengejutkan aku dari lena. arghh. memang tak lah aku nak tidur balik kan bila sambung perjalanan. maka,

Keroncong Untuk Kakcik


 aku pakai towel ni sebab nak lindung identiti daripada dikenali oleh orangorang yang aku usha yang lalu sebelah bas sebab traffic jammed. sejam lebih der. mana boleh tahan.  ehem towel ni pemberian masa form 4.

jadi, aku tau entry ni aku tak buat dengan teliti tapi ada aku kesah ke? kalau aku menjaga seekor gajah dari kecik, aku konfem takkan pernah ada boyfriend. silapsilap aku ak menikah pun. gajah itu terlalu comel untuk berkongsi kasih. hyperbola betei. k bye.

p/s :: Just Give Me A Reason

No comments:

Post a Comment