Saturday, 18 May 2013

Aku, Cikgu dan Sekolah. #2


masa form 1, 2005. aku dapat masuk kelas 1RK1 sebab dapat 5A dalam UPSR. RK tu Rancangan Khas. aku pun tak faham apa yang dah dirancang khas terhadap aku sebab aku rasa sama je dengan kelas Kawalan. tak terkawal. ahaks, gurau. guru kelas time tu Ustazah Azizah Siron. aku paling ingat dia marah aku sebab aku conteng tangan. hello conteng bukan sikitsikit tapi satu lengan derr guwa conteng. penuh macam tattoo. kantoi pulak dengan dia. huhu. nasib baik masa mandi boleh hilang tapi few days jugak. Sejarah, Cikgu Muzaini ajar. time tu, dia lah stokstok cikgu yang hensem. hahaha. tapi aku tak suka sangat dia time tu sebab dia masuk kelas tepat pada waktunya. :p selalunya kelas lepas rehat mesti start lambat sikit tapi Cikgu Muzaini ni, bunyi je loceng habis rehat, mesti dia dah nak sampai kelas aku. and kitorang panggil dia Cikgu Ekspres. tapi setiap tahun sambutan Hari Guru sekolah, dia menang Guru Paling Hensem.

masa kelas English pun pernah kena marah sebab berjalan waktu Teacher Rafidah mengajar. Tecaher Rafidah garang jugak. dalam kelas kena senyap. pastu kalau cakap BM dengan dia, mesti dia potong, "In English." sebab tu time kelas dia semua orang senyap ahaha. Maths pulak Cikgu Asyura ajar. masa awal-awal garang jugak tapi lepas dia kahwin fuhh best gila dia ajar. tapi lepas tu ganti dengan Cikgu Noazha. haha taknak cerita. XD Cikgu Sabariah ajar BM. best. tapi kesian dia sakit. sakit sampai meninggal. :/ aku tak minat Geografi sebab Cikgu Mad ajar tak best. mengantuk pastu entahlah. hahah. dahlah form 2 pun dia ajar jugak.

time form 2 aku rasa best. kelas yang strategik. bangunan belakang tingkat 4, so cikgu ramai sampai lambat ke kelas. hahaha. guru kelas Teacher Azazurah. dia ajar BI. serius besttt. and kitorang pernah buat BBQ kat rumah dia. tapi dalam banyakbanyak cikgu, time ni aku tak suka Cikgu Salmiah. cikgu tu suka marah aku dan aku pun buat degil dengan dia. time kelas dia aku pernah ponteng kot dengan Maliena. Seni pun dia ajar ganti Cikgu Md. Jamil. tak faham aku kenapa dia tak suka kitorang. tapi nasib takde apa-apa yang jadi.

Cikgu Md. Jamil tu dia ajar Sejarah. aku minat belajar Sejarah dengan dia je sebab aku tak suka Sejarah. dia suruh kitorang buat nota Sejarah bentuk mind map yang colourful. so, time form 2 je aku ada buku nota Sejarah. form lain, non ado. sejak Teacher Azizah Amin panggil aku untuk jadi ketua nasyid kelas untuk pertandingan sempena bulan Pendidikan Islam, Cikgu Md. Jamil panggil aku ustazah. sampai sekarang kalau jumpa pun, dia akan panggil aku ustazah. aku tak sure dia ingat ke tak nama sebenar aku. tapi aku still dapat Sejarah teruk. D pun pernah. tapi masa form 5 aku selalu tidur dalam kelas dia tapi tak pernah kantoi. bila member aku yang tidur, selalu kantoi. musykil betei. tapi Sejarah SPM dapat A-. hikhik.

Teacher Azizah Amin ajar Sains. dia ajar besttt. aku paling ingat ayat dia, "kalau saya nampak student saya dalam TV (jadi artis), saya terus tutup TV." dia suka gelak lagilagi bila Alan buat lawak. dia oernah denda kitorang macam ni. sebab apa ek tak ingat. denda dia, bila teacher tanya sesuatu soalan, kita kena jawab dengan jawapan lain. contohnya aku kena, "awak dah makan?" aku jawab. "jumpa Pak Sahak tadi." kelakar lah bila dengar jawapan setiap orang. tapi bila naik form 3, aku rasa dia lain. dia lebih garang and kurang dah bergurau. aku pun tak berani sangat. maybe sebab PMR kot. first day je aku dah kena marah dengan dia sebab terlupa buat front page yang dia suruh. huhu.

aku rasa aku pernah cerita yang aku kantoi main sepak tin masa lepas rehat. Cikgu Khadijah yang ajar kelas bawah aku tu naik atas and marah kitorang. haha. and kantoi dengan Cikgu Rosni masa ponteng kelas Seni Cikgu Salmiah. hee. korang ada belajar subjek Sivik & Kewarganegaraan tak? masa form 2 yang ajar subjek ni Cikgu Rugayah. aku ingat lagi ayat dia ajar kitorang, "Mat Rempit ni dia mati di jalan yang lurus."

naik form 3, tak sedar mana pun nak PMR. mainmain jugak. tapi time ni aku dah mula minat Geografi sebab Cikgu Hidhir ajar. dia jugak yang bertanggungjawab buat aku ada pengalaman jadi pelari sekolah. hewhew. barubaru ni, Adik aku sampaikan salam dari dia. dia tanya aku bila nak kahwin. haha. aku jawab lah boyfriend pun takde nak kahwin apa. minggu lain aku lawat Adik aku, dia balas dia still ada kosong. hahaha pun bolee cikgu. :O *taknak*

Cikgu Zarah ajar BM. kelas dia hari Jumaat before balik. time tu, kena siapkan karangan dalam waktu kelas tu. kalau tak siap, tak boleh balik lagi. huii nasib aku tak pernah kena. tapi kejap je sebab lepas tu jadual kena rombak so tak dapat dah kelas before balik. tapi sebab Cikgu Zarah lah karangan aku bertambah baik. dia pernah ajak aku tolong masak kat rumah dia untuk open house kawan-kawan cikgu. tapi aku bukanlah masak cuma tolong potong-potong, jaga dapur. laksa dia sedapppp. laksa apa eh cikgu? tak ingat hehe.

habis PMR, aku masuk kelas 4SC1. orang yang masuk kelas tu yang dapat PMR 8A dengan 7A1B. emm B aku Sejarah. macam biasa. ;p masa form 4 lagi lah banyak mainmain.kononkonon taknak terpengaruh dengan "Honeymoon Year" yang sering di warwar kan tapi ternoda jugak. Add Maths fahamfaham je lah untuk orang yang tak suka Maths macam aku ni. pastu malas pulak nak belajar. madang merah dalam report book tapi Cikgu Rozaidah tak pernah marah. masa form 5 dia ajar pun, masih tak marah aku yang tak pernah lulus Add Maths and madang tidur dalam kelas dia. tapi dengan ada Fazlina a.k.a Oyin merangkap mentor Add Maths aku, trial aku berjaya lulus walaupun D and SPM aku dapat B. serius Cikgu Rozaidah baik gila.

tapi Math Mod aku okay jee. Cikgu Norainin ajar laju tapi faham. kelas lain belum habis syllabus kitorang dah start buat revision and latihan banyakbanyak. Cikgu Norainin ada dua anak lelaki yang sebaya, kembar tahun. muka tak sama tapi duadua hensem. masa form 5, Cikgu Norainin pernah cakap "ey Syafiqa kalau kau dapat straight A kau boleh jadi menantu aku." hahaha. tapi tak dapat pun. tapi kalau dapat straight A nak ke Cikgu Norainin jadikan aku yang macam ni menantu dia? lolol. tapi aku tak crush pun kat anak dia fyi. :p

Cikgu Rosni ajar BM best. berkembang otak aku ni tapi sampai form 5 separuh jalan je. pastu ganti dengan Cikgu Norazah. pun okay jugak walaupun kadangkadang aku blur sebab melayang ke mana entah aku ni. kelas kitorang ambil subjek ICT. sebab batch kitorang takde EST dah. pengetua drop. Cikgu Ghani ajar ICT. dari form 1, dia je yang ajar pasal komputer. aku panggil dia 'Tuanku'. aku pun tak ingat macam mana aku boleh panggil dia macam tu. tapi dia pernah cakap, "orang macam awak ni nanti lama-lama akan lupakan saya (cikgu)." astaghfirullahalazim. jangan cakap macam tu cikgu. tengok, kan kita abadikan cikgu dalam blog kita ni hewhew.

Biology, Teacher Faridah Hassan yang ajar. besttt. tapi aku je yang malas belajar. time form 4 lah best sebab hujung tahun kitorang buat pembedahan katak. masa form 5 pulak tengok video ibu lahirkan anak. huii scary mary derr. waktu Kimia pun best sebab experiment semua bestbest. Teacher Ng Lian Ngoh. Teacher Ng ada ajar Sains jugak masa form 1. Physics pulak Teacher Nooridah Sani. aku selalu mengantuk sebab aku rasa aku tak minat tapi aku dapat Physics B+ masa SPM. lastlast jadi minat bila sambung Physics kat matrik. pastu dia conduct Bola Tampar and lantik aku Captain Pasukan masa form 5. hee. lagi yang pernah ajar aku Sir Mohan, Cikgu Aziah Ahmad, Cikgu Marziah, Ustazah Jamilah Kaspan, Ustazah Mizan, Cikgu Nasaruddin.

tapi Pengetua sekolah time tu. peh. aku rasa aku takkan lupa kot. aku pernah kena rotan dengan dia kat tapak tangan sebab tak pakai baju PJ. pastu kena buat kerja angkat pasu ke apa benda lah sebagai denda. tapi time tu aku geram sangat dengan Cikgu Norlyda. mulamula dia kata minggu tu takyah PJ. kitorang pun pakai lah baju sekolah. tapi bila time class, dia siap pakai baju PJ. pengetua lalu pulak time tu. aduh memang kena lah. sakit gila babeng oh. pengetua tu dahlah orang sukan. volleyball, netball, tennis (kot) so memang tangan dia tak macam kuat pulak kan. tapi pengetua tu dapat anugerah pengetua cemerlang sampai sekolah kitorang jadi Sekolah Kluster Kecemerlangan Ghafar Baba. Pn. Hajah Nubah binti Aton.

cerita time tuisyen Bistari lain pulak. tuisyen tu budak hostel wajib pergi. setiap malam waktu prep malam kecuali Jumaat, Sabtu, Ahad. Cikgu Fazli ajar Physics, Cikgu Zila ajar Kimia, Madam Suzie ajar English, Sir Tan and Cikgu Rohaizam ajar Maths and Add Maths, Cikgu Mustafa ajar BM. aku rasa Cikgu Mustafa ni famous gila kot. garang tapi kelakar. best tapi kelas dia mesti habis lambat. jangan harap nak balik awal hari Khamis tu. aku taktau lah nak describe cemane. siapa yang kenal tau lah. hahaha.

lepas habis SPM, ambil lesen memandu pulak kat Pusat Latihan Memandu Detik Erat. aku belajar duadua kereta and motor. cikgu kereta aku masa L, Cikgu Zafrin and masa P, Cik Wan. yang motor paling aku ingat Cikgu Zack. takmau cerita banyak. yang penting lesen aku sekarang dah setahun lebih competent. :D

haddoii super panjang nampaknya entry ini. tu pun aku dah cutcut. kalau ikutkan, berlambak gila aku nak cerita, serius duarius tigarius. so, Selamat Hari Guru kepada semua yang bergelar guru secara langsung atau tak langsung. terima kasih diucapkan atas segala ilmu yang telah dicurahkan.

aku belajar tak pandai. selalu tidur dalam kelas, mainmain, ada jugak mengata. haha. kita mintak maaf ye cikguuuuuu. tapi aku sayang cikgu aku semua dan bersyukur dapat belajar dengan diorang. kalau ada cikgu yang baca ni, kita mintak maaf dan mintak halal semua ilmu. kalau ada nama yang tak sebut tu, jangan anggap kita tak ingat ye cikgu. cuma mungkin kerana moment. dan mintak maaf kalau ada terkasar bahasa dalam penghasilan cerita legend ni. so, aku rasa tu je yang dapat aku gebangkan. hewhew. cerita Matrik dan UPM kita sembang lain tahun ye ahaks.

jangan hadkan istilah guru kepada sekolah jee. ni pendapat aku lah, sebab guru tu boleh jadi sesiapa je. aku pun guru jugak. guru kepada adik-adik aku, tinggal baik atau tak baik je apa yang aku ajar kat diorang. XD mistake is the best teacher? hah tu pun guru jugak kan. okayla aku tak reti nak kupas benda alah ni aku rasa korang yang baca ni faham kot apa yang aku try nak sampaikan. aku harap korang faham. kalau tak faham boleh pm aku. eh. haha last but not least, nak cakap Selamat Hari Guru jugak kepada:

MakNgah, MakLang, PakLang, PakCik, MakCik, Auntie, MakTeh, Meksu, dan Peksu. dalam adik-beradik Bapak yang tujuh tu, mereka ni semua cikgu. tinggal Bapak, Mi, PakNgah, Uncle, and PakTeh je yang takde title "Cikgu" tapi mereka tetap guru pada aku. finally,

TERIMA KASIH KU UCAPKAN PADAMU, ATAS ILMU YANG KAU BERI PADAKU :D

hambuii plagiarism keww. haha k bye.

p/s :: jantung berdegup laju 150 juta kali.

No comments:

Post a Comment