Friday, 17 May 2013

Aku, Cikgu dan Sekolah. #1

super panjang. tiada gambar.

cikgu. guru. teacher. lecturer. Dr. sifu. and whatsoever. tak kisah lah apa pun panggilan kita, fungsinya tetap sama. kasi ilmu. kasi? okay aku memang tak reti nak berbasa TAK basi. in fact, kalau takde title yang sewaktu dengannya pun, dia tetap cikgu sebab dia dah kasi ilmu kat kita.

contohnya rumate aku, Nana dengan Pah. bila nak test je, (nampak benor guwa ni exam oriented) aku join berdiskusi and diorang pun cerita lah apa-apa yang berkaitan. itu pun aku anggap cikgu. walaupun kadangkadang ada yang melagha. kalau dalam SRM, aku tanya macam mana nak buat sesuatu kerja tu, orang yang tunjukkan cara tu pun aku anggap cikgu.

sebelum memulakan pembelajaran rasmi di sekolah, aku banyak belajar daripada Mi dengan Bapak. haruslah kann. masa kecik-kecik, diorang belikan ala korang tau tak yang macam kad besar ada ABC, Numbers, Cara Solat, Wuduk lah apa benda semua tu kan. hah. kat dinding rumah banyak tampal benda alah cenggitu. yang paling best bila Bapak belikan kad Peta Dunia. masa main "Nama, Benda, Tempat, ..." tu berlagak gila aku tulis nama negara yang kawankawan aku taktau pun. haha.

aku reti membaca masa umur 4 tahun. buku first yang aku reti baca buku cerita pasal Harimau dengan apa entah. kot. hari-hari Mi suruh aku mengeja perkataan dalam buku tu. lama-lama takyah suruh aku sendiri yang eja. satu hari, tiba-tiba aku boleh baca dengan lancar. tanjat boboi! seronok gila bagitau Mi aku dah boleh baca. hewhew. tu antara yang aku ingat sampai sekarang lah.

first sekolah aku, Tadika Al Islah. dah masuk sekolah rasa macam dah besar sangat padahal baru 6 tahun. kat sekolah tu yang paling aku ingat, Cikgu Raja Maria ajar buat origami. buat rumah, buat sampan. ha time tu aku tak reti buat sampan. aku lipat-lipat kertas tu tetiba jadi mulut pulok. dengan bangganya aku tunjuk, "Cikgu, saya buat mulut!". Cikgu balas, "Cikgu ada sampannnn" sambil tayangkan sampan beliau. cantik oh. terus aku diam sampai habis kelas. sobs.

aku tak suka kenangan dengan Ustaz sekolah agama kat Surau depan rumah aku masa tu. bila dah besar aku rasa macam aaaaaaaaaa. nasib baik tak jadi apa-apa. thanks Juni sebab ikut aku and tunggu aku kat luar. ;( *aku rasa sampai harini Mi taktau apa yang jadi.

masa 1999, Bapak daftarkan aku masuk Sekolah Kebangsaan Sungai Udang. aku masuk kelas 1 Cerdas (1C) kelas number tiga. time tu kawan kata masuk kelas ketiga sebab tak pandai. bila dah besar baru sedar penempatan kelas mengikut pendaftaran. sebab lepas darjah 1 sampai habis sekolah menengah aku duduk dalam kelas pertama. eh. :p guru kelas waktu tu Cikgu Misnah. garang oh. dia ajar Matematik. dia ajar kalau nak keluar pergi tandas kena cakap camni, "Maafkan saya cikgu. Bolehkah saya pergi ke tandas?" . skema siot bila dah besar fikir balik. aku kalau nak keluar pergi tandas aku suruh kawan aku yang cakapkan macam tu. tapi ayat dia, "Minta maaf cikgu. Bolehkah saya ke tandas?" Cikgu Misnah marah. wuwuwu. dia kata "Maafkan saya. bukan Minta maaf."

time BM, Cikgu Zaharah. asal time BM je dia suruh semua orang duduk bawah depan kelas tu. lepas tu, dia ajar makna Surah Al Fatihah and setiap kali kelas, kitorang kena baca surah tu beserta maksud sebelum mula belajar. aku ingat sampai sekarang makna surah Al Fatihah. Alhamdulillah. tapi aku kena pindah sekolah sebab Bapak kena tukar tempat kerja kat Kuantan. so, aku masuk Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota.

dari darjah 1 sampai 5, kelas Wira. sekolah ni memang best. nama kelas pun best. tak klise kate kooo. hoho. Wira, Satria, Saga, Perdana, Tiara. cikgu kelas aku masa darjah 1 Cikgu Nooral. woo garang jugak. aku pernah kena cubit kat perut dengan dia sebab apa tak ingat. tapi aku sangat kesian dengan sorang member aku ni nama dia Fazlin. Cikgu Nooral selalu marah dia aku pun taktau kenapa Cikgu Nooral macam selalu nak cari salah dia. lepas tu ada Teacher Tang. Teacher Tang baik. dulu aku ingat nama dia Teacher Tongue. gila naif aku. Teacher Lidah??

naik darjah 2 aku jadi Pengawas PSS. dalam kelas tu aku takut dengan Cikgu Fazidah. dia ajar BM. dia guru kelas 2 Tiara. asal kelas dia je, dia mesti suruh aku naik tingkat atas masuk kelas dia tanya kedatangan kelas tu. setiap hari. sampai bila aku datang je, ketua kelas dia terus bagitau aku sebelum aku sempat minta izin cikgu tu nak jumpa ketua kelas. tapi bahasa Kuantan yang ala Terengganu Cikgu Fazidah sedikit pekat sampai aku salah eja 'menganyam'. cisdel.

masa darjah 3 naik jadi pengawas sekolah. sumpah uniform pengawas SKIM paling smart antara yang pernah aku jumpa. cikgu pengawas time tu Cikgu Tengku Rozita. garang jugak wehh. asal meeting je kena marah. asal kena marah je meeting. dia tak panggil aku Syafiqa. dia panggil aku Syafiga. aku pun tak faham cemane dia boleh panggil aku Syafiga. aku pernah betulkan tapi dia tetap panggil aku Syafiga. hihi. guru kelas time tu Cikgu Rozidah. dia pilih aku masuk pertandingan bercerita and train aku bersungguh-sungguh sampai peringkat daerah kot. dia dengan Cikgu Azida. cerita yang aku bawak ialah "Puteri Santubong Puteri Sejinjang".

masa peringkat sekolah dapat number 1. bila lawan peringkat daerah dapat number 2. lepas tu tak dapat proceed. tapi lepas lawan tu cikgu belanja makan McDonalds. masa tu takde boikotboikot lagi. tahun 2001. Cikgu Rozidah kata "kalau dapat number 1 rasa semangat sikit nak masuk kelas mengajar." huhu sedih sikit lah. tapi kalau kerja dia tak siap, kena siapkan kat kelas air-cond iaitu di koridor kelas. tapi guwa tak pernah kena howkeyhhh :D tapi aku ingat lagi Cikgu Azida cerita pasal kawan dia masa dalam kereta nak pergi lawan ke lepas lawan entah. kawan cikgu tu rumah dia belakang jirat Cino. dapur lak memang menghadap jirat Cino tu. lepas tu siapa entah yang cakap "nanti kau tengah masak, hantu Cina tegur 'hai nyonya apa masakkk'" . aku join diorang gelak. hewhew.

lepas tu ada masuk English singing competition. Teacher Omana yang ajar lagu Do Re Mi. menang jugak sampai kena buat persembahan masa hari penyampaian hadiah sekolah. seronok sangat rasa bila Mi and Bapak tengok aku kat atas pentas. :')

masa darjah 4, Ustazah Sabariah ajar aku menghafal surah panjang lepas aku menang pertandingan menghafal surah pendek antara kelas. sama jugak macam bercerita aku menang peringkat sekolah tapi kalah peringkat daerah. masa aku menang and ambil piala kat pentas waktu perhimpunan sekolah, ada cikgu lelaki tu tak ingat apa nama dia tapi dia ada isteri cikgu jugak kat situ, dia cakap "Tahniah Syafiqa. Cikgu tak sangka awak menang." apa maksudmu cikgu?

waktu kelas Agama pulak, Ustazah Ramlah suka suruh orang baca teks jawi dan aku suka angkat tangan. tapi ada sekali tu aku angkat dia tak pilih lepas tu aku macam mengeluh ke apa entah perkataan yang sesuai, Ustazah Ramlah suruh aku baca petikan seterusnya siap kena sambung muka surat sebelah. haha punya lah poyo bersemangat betei nak baca dalam kelas.

banyak lah benda yang berlaku kat SKIM ni sebab macam-macam aku join. time Kemahiran Hidup kot pengalaman pertama belajar dengan cikgu lelaki. Cikgu Harif. lawak lah. kawan dia Cikgu Hasan pun kelakar. aku ingat moment diorang lawan main basikal lambat waktu sambutan Hari Guru. lepas tu ada camping kat padang sekolah. tapi camping nya dua jam je, waktu kelas tu. haha. dia ajar cara nak setup khemah. dari tu sampai sekarang aku reti setup khemah. Alhamdulillah.

ada lah lagi Ustazah Sharifah yang ajar nasyid untuk persembahan. Cikgu Fazlina ajar muzik sampai aku boleh cari not lagu sendiri guna rekoder dan bersambung ke keyboard. Cikgu alahai tak ingat yang ajar dikir barat untuk malam kebudayaan camping unit beruniform. guru besar pun baik. Tn. Haji Mat Husin. aku ingat masa habis PJ, aku pegi minum air kat beg pastu cakap dengan kawan aku, "Penatnya rasa macam nak mati." tibatiba aku dengar orang cakap "Eh janganlah mati dulu." rupanya guru besar yang cakap sambil senyum pandang kitorang. hihi malunya. lagiiiii tak ingat. tapi zaman kat SKIM sangatsangatsangat bestttt.

kat Kuantan aku pergi KAFA. KAFA stands for Kelas AlQuran dan Fardu Ain. atau biasanya orang panggil sekolah agama. ustazah yang aku nak cerita ialah Ustazah Nor Azlena. Ustazah Nor guru kelas masa darjah 3. sebenarnya time tu aku darjah 2 tapi sebab kelas darjah 2 dah penuh, aku kena masuk kelas darjah 3. benda yang aku paling ingat, dia suka denda kitorang ketuk ketampi. sekali ketuk ketampi taknak 50 pulak kan. pernah tu sampai 100. kalau salah sikit kena. ada sekali kitorang tengok buku latihan yang dia dah tanda atas meja. pastu dia marah and denda macam tu. sobs. tapi kalau dia ajar mengaji mesti dia tidur. mungkin sebab kitorang baca merdu sangat kot. hihi.

bila darjah 3, masuk kelas darjah 3 jugak. tapi guru kelas Ustazah Azlina. ustazah ni baik memang baik tapiii garang jugak sebab dia selalu rotan. wuwu. pernah sekali dia suruh eja bas dalam Jawi. pastu dia cakap nak tanya boleh tanya tapi takde sorang pun yang tanya. lastlast satu kelas kena rotan kat betis sebab salah eja. kitorang semua eja ba sin padahal ba alif sin. kena rotan, kena marah pulak tu. sobs.

tahun 2003 pertengahan darjah 5 kena pindah balik Melaka sebab Bapak punya kerja kat Kuantan dah habis. balikbalik je masuk kelas 5 Arif. guru kelas masa tu Cikgu Rohani. dia ajar Sains. tapi ada certain time tu cikgu praktikal ganti. Cikgu Muliati. best jugak sebab dia ajar buat gunung berapi. guna apa aa sodium bikarbonat rasanya. hehe. masa pindah balik, aku ingat ayat Sir Ismail. "ha ni anak dak Lan ni dah besau dah anak dak Lan ni." hahaa pekat betei Melaka nyeee.

naik darjah 6, aku paling ingat Cikgu Noraliza. dia ajar BM. aku ingat ayat dia masa nak masuk dewan jawab paper BM UPSR. "jawab baikbaik, nak." sambil pegang bahu aku dan pandang mata aku. Sains pun Cikgu Rohani yang ajar lagi. best sangat masa buat eksperimen roti kulat dengan tanam pokok taugeh. eksaited oh. lepas tu, buat jeruk. jeruk tu dalam tajuk yang pasal apa eh asid kot. eksperimen larilari. semua untuk latihan Sains paper 2. yang ajar BI Teacher Arfah. kerja dia bagi selalu banyak sampai aku pernah ponteng mengaji petang dengan tuisyen malam sebab nak siapkan homework Grammar yang dia bagi. huhu.

guru besar SKSU baik jugak. Pn. Noryati binti Che Man. masa dah habis sekolah, dia belanja makan kat kantin waktu melawat sekolah. dia memang ingat aku setiap kali aku datang sekolah and apa-apa cop pengesahan semua aku pergi jumpa dia. tapi dah lama jugak aku tak jumpa dia dalam setahun? emm aku ingat Sir Amran. dia cikgu pengawas. sepanjang masa dia dengan spect hitam dan 'roti john' dia. lagilagi waktu perhimpunan. lepas tu, ada Ustazah Rohana yang pernah cakap "dalam kelas ni Syafiqa sorang ja yang putih kot." lolol apa benda lah. hahaha.

masa sekolah agama kat SRA Sungai Udang aku tak rasa best sangat sebab aku belajar setahun je kat situ. tapi benda yang paling aku ingat is bila Mudirah (guru besar) menangis sebab perangai muridmurid ni yang rosakkan pagar sekolah tu. Ustazah Azmah nama dia. tapi dia kasi hadiah kat siapa yang dapat SSRA 4A. hehe.

dah habis kot pasal sekolah rendah? ada banyak lagi tapi tu antara yang aku ingat lah. so, masa before UPSR kena isi borang sekolah menengah and aku pilih Science Stream sebab takut nak belajar Arab walaupun aku minat. makanya, aku terpilih masuk ke Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba. okay okay bukan MRSM Tun Ghafar Baba okay. just SMK. atau nama famous nya, SGB.

atas permintaan Nana, aku split kan entry ni. hewhew. jumpa next entry okay.

No comments:

Post a Comment