Thursday, 25 April 2013

Entry Malam Jumaat #9


aku berlari sepantas kilat menuju ke rumah. damn! kubur tu berasap lagi. bukan setakat malam Jumaat ni,setiap malam kubur tu berasap. aku pun tak faham. macam mana aku nak faham. asal lalu depan tanah perkuburan tu je aku pecut. apasal kubur tu berasap? ha meh sini guwa nak cer dengan lu orang. amboi bahasa. biasaaa dia tu.

sebelum kubur tu ada, ada lah sebuah keluarga yang hidup aman damai. Pak Jabit, Mak Limah, Maimon, dan anak saudara Pak Jabit, Ayu. Maimon ni anak Pak Jabit dengan Mak Limah. memang cun. memang cantik. tapi dengan kelebihan tu, dia menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman pemuda di kampungnya. demi keselamatan sejagat Maimon, Pak Jabit dan Mak Limah tidak membenarkan Maimon keluar dari rumah lagi. segala pintu dan tingkap rumah mereka telah berjeriji. maka, tinggallah Maimon dan Ayu dalam rumah itu bagai burung yang terkurung sedih dalam sangkarnya.



pada suatu hari, tanpa diduga lautan dalam oleh sejengkal kail, rumah itu terbakar. waktu tu, Pak Jabit dan Mak Limah keluar ke pekan mencari kain nak buat langsir baru kesan daripada jeriji yang baru dipasang. tanpa sempat diselamatkan, Maimon dan Ayu mati rentung dan hangus dalam rumah itu. maka, bersemadilah mayat Maimon dan Ayu saling menyebelahi di dalam kubur yang aku selalu nampak.

huiii seram siot. dahlah aku setiap hari balik malam. kerja shift tetap. macam bandan. malang betul lah aku rasa rumah aku kena melintas tanah perkuburan ni. aku ada jugak dengar orang lain bercakap pasal kubur berasap tu tapi takde siapa berani pergi tengok. mana tidaknya. mayat mati rentung!

tapi, ni aku bukan nak bajet berani lah. tapi aku nak jugak selesaikan misteri ni. mana boleh tahan angin cemburu buta setiap malam macam ni. so, malam Isnin aku tekad nak pergi naik bukit tu, tempat kubur tu terletak, nak tengok sendiri asap kubur tu. yela malam Isnin. kalau malam Jumaat kang, bukan setakat kata nak pergi, nak niat untuk pergi pun aku tak mampu. berbekalkan keberanian aku yang ciput ni, aku dengan aku jugak redah pekat malam waktu kubur tu berasap. aduii menggigil pala lutut bak hang! tapi kalau aku tak pergi, sampai mampus lah aku berlari pecut ke rumah.

sampai je depan kubur tu, HAH! tanjat boboi.

rupa-rupanya, bukan kubur tu yang berasap! tapiiiiiii serombong asap kilang belakang kubur ni yang buat misteri nusantara kubur ni. duhh. lega betul aku rasa. kuang hajja punya kilang buat aku tak tenteram sepanjang hidup setiap malam di waktu kelam. ahh. so, aku pun blah lah dari situ. tak kuasa nak tunggu lamalama. elok je aku nak blah,

"hai Abang Usin. teman lah Maimon dengan Ayu kat sini...heeeeeeeeeeeeeeeee"

tak seram.

p/s :: I feel and I am daebak !

No comments:

Post a Comment