Thursday, 25 April 2013

Entry Malam Jumaat #9


aku berlari sepantas kilat menuju ke rumah. damn! kubur tu berasap lagi. bukan setakat malam Jumaat ni,setiap malam kubur tu berasap. aku pun tak faham. macam mana aku nak faham. asal lalu depan tanah perkuburan tu je aku pecut. apasal kubur tu berasap? ha meh sini guwa nak cer dengan lu orang. amboi bahasa. biasaaa dia tu.

sebelum kubur tu ada, ada lah sebuah keluarga yang hidup aman damai. Pak Jabit, Mak Limah, Maimon, dan anak saudara Pak Jabit, Ayu. Maimon ni anak Pak Jabit dengan Mak Limah. memang cun. memang cantik. tapi dengan kelebihan tu, dia menjadi mangsa kezaliman dan kekejaman pemuda di kampungnya. demi keselamatan sejagat Maimon, Pak Jabit dan Mak Limah tidak membenarkan Maimon keluar dari rumah lagi. segala pintu dan tingkap rumah mereka telah berjeriji. maka, tinggallah Maimon dan Ayu dalam rumah itu bagai burung yang terkurung sedih dalam sangkarnya.



pada suatu hari, tanpa diduga lautan dalam oleh sejengkal kail, rumah itu terbakar. waktu tu, Pak Jabit dan Mak Limah keluar ke pekan mencari kain nak buat langsir baru kesan daripada jeriji yang baru dipasang. tanpa sempat diselamatkan, Maimon dan Ayu mati rentung dan hangus dalam rumah itu. maka, bersemadilah mayat Maimon dan Ayu saling menyebelahi di dalam kubur yang aku selalu nampak.

huiii seram siot. dahlah aku setiap hari balik malam. kerja shift tetap. macam bandan. malang betul lah aku rasa rumah aku kena melintas tanah perkuburan ni. aku ada jugak dengar orang lain bercakap pasal kubur berasap tu tapi takde siapa berani pergi tengok. mana tidaknya. mayat mati rentung!

tapi, ni aku bukan nak bajet berani lah. tapi aku nak jugak selesaikan misteri ni. mana boleh tahan angin cemburu buta setiap malam macam ni. so, malam Isnin aku tekad nak pergi naik bukit tu, tempat kubur tu terletak, nak tengok sendiri asap kubur tu. yela malam Isnin. kalau malam Jumaat kang, bukan setakat kata nak pergi, nak niat untuk pergi pun aku tak mampu. berbekalkan keberanian aku yang ciput ni, aku dengan aku jugak redah pekat malam waktu kubur tu berasap. aduii menggigil pala lutut bak hang! tapi kalau aku tak pergi, sampai mampus lah aku berlari pecut ke rumah.

sampai je depan kubur tu, HAH! tanjat boboi.

rupa-rupanya, bukan kubur tu yang berasap! tapiiiiiii serombong asap kilang belakang kubur ni yang buat misteri nusantara kubur ni. duhh. lega betul aku rasa. kuang hajja punya kilang buat aku tak tenteram sepanjang hidup setiap malam di waktu kelam. ahh. so, aku pun blah lah dari situ. tak kuasa nak tunggu lamalama. elok je aku nak blah,

"hai Abang Usin. teman lah Maimon dengan Ayu kat sini...heeeeeeeeeeeeeeeee"

tak seram.

p/s :: I feel and I am daebak !

Wednesday, 10 April 2013

Sparta, Peaceful and Betrayer


k thanks bye.

p/s :: Happy Birthday Jean Todd :)

Thursday, 4 April 2013

Projek Bulu Ketiak.


dah bermulaaaaaaaaaa. selepas seminggu dah tentukan tajuk analysis, tadi siang kita dah tentukan methodology. aku pun tak reti sangat lah nak cerita details pasal steps apa semua tu sebab aku takut silap cerita lepas tu korang pun bosan sebab tak faham. so, basically, progress project bulu ketiak yang aku cerita minggu lepas tu bermula dengan cerita sample.

ah terlucah pulak
kitorang dah setuju untuk ambil sample bulu ketiak budak lelaki. erkk jap. intro dia macam ni. first of all, kenalah pilih dependent and independent variable. haa terms tu lebih kurang maksud dia macam manipulated varible and responding variable respectively. faham kan? korang semua kan belajar Sains start darjah 4. Alhamdulillah. :) so, bincang punya bincang punya bincang ditambah dengan gelak tawa akibat pengutaraan hujah yang bongek seperti :


  • pilih variable ketiak kiri dengan ketiak kanan
  • pilih deodorant yang gelek-gelek (roll on)
  • pilih 1 brand deodorant dan kongsi-kongsi deodorant tersebut antara semua subjek
  • pilih kekerapan pakai deodorant dan siapa yang ada training dalam hutan, pakai sekali jee lepas tu pergilah masuk hutan
  • pilih deodorant yang berperisa 'susu' atau 'laici'


ahhh dan apa entah lagi yang turut buatkan Dr. gelak  tanpa cover cover. finally, dengan suggestion dari Dr. sendiri, kita buat macam ni.

since ada several students yang tak pakai deodorant, so in this 2 weeks starts from 8th April sampai hari experiment which is 18th April, all subjects are not allowed to apply deodorant on their armpits. therefore, we can make the students yang tak pakai deosorant as control to detect the concentration of heavy metals accumulated in bodies; those yang tak pernah pakai deodorant and those yang sejak azali pakai deodorant.

okay bayangkan budak lelaki tak dibenarkan pakai deodorant selama lebih kurang dua minggu. no offence. pendapat aku, it's not a big deal pun kalau tak pakai deodorant as long as takde body odour, pandai jaga kebersihan diri, mandi bersih-bersih and any thing. kan? kan? kan? 

orait orait. setakat tu lah je progress project bulu ketiak ni. nantikan step seterusnya dengan menggunakan pre treatment and acid digestion (maybe). macam mana nak ambil sample tu....lain kali kita cerita. hewhew. kena study betulbetul sebab benda alah ni masuk test! dan contribute markah yang baaaaaaaaaaanyakkkkkkkkkkkkkk. all the best! :D

by the way, takde sorang budak lelaki pun yang pakai AXE. patutlah aku tak minat sesiapa dalam kelas tu. #eh XD

p/s :: Pulau Tioman