Thursday, 28 February 2013

Entry Malam Jumaat #8

Siti merupakan seorang pekerja kilang yang terletak lebih kurang 10 km dari rumahnya. kilang tempat Siti bekerja mempunyai 3 shift iaitu 7pagi - 3petang , 3petang - 11malam , dan 11malam - 7pagi.

pada suatu hari, Siti bekerja untuk shift 3petang - 11malam. jam tepat 11malam, Siti punch out kad dan bersiap untuk pulang. biasanya, Siti pulang dengan bas yang disediakan oleh kilangnya. bas kilang Siti akan bergerak meninggalkan perkarangan kilang tepat 15 minit selepas waktu setiap shift tamat.


nak dijadikan masalah dunia, malam tu Siti sakit perut ya amat. Siti tak faham kenapa dia sakit perut sedangkan dia hanya makan nasi lauk sambal bawang dan ikan goreng jee tengahari tu sebelum dia pergi kerja. jadi, dengan sepantas kilat, Siti berkejaran ke tandas untuk melabur kerana sahamnya tersangat tinggi ketika itu. dengan harapan yang menggunung untuk sempat kejar bas, Siti melepaskan hajat dengan bersungguh-sungguh.

berbekalkan pengalaman Siti mengejar bas sewaktu dia belajar dahulu, Siti memecut gaya Watson Nyambek untuk menaiki bas kerana jarum jam telah menunjukkan pukul 11.14 malam. nasib Siti memang tak pernah baik, bas meluncur pergi meninggalkan Siti yang baru saja menjejakkan kaki ke bus stop tersebut. tinggallah Siti sendirian dalam kegelapan malam di tepi jalan berharap agar ada pertolongan dari Tuhan.

selang beberapa minit kemudian, Siti melihat samar-samar dari jauh sebuah bas bergerak perlahan-lahan ke arahnya. "aku bajet ni bas kilang sebelah. bedal je lah. nanti pandai-pandai lah aku kawtim dengan driver tu. aku nak blah gak dari tempat ni." Siti bermonolog gaya orang gila. tanpa mempedulikan sebarang kemungkinan juga tanpa menahan bas tersebut, Siti terus melompat ke dalam bas melalui pintu belakang yang terbuka dan terus duduk port belakang sekali untuk melepaskan lelah.



keadaan bas tersangat gelap tanpa Siti dapat melihat apa-apa. ada Siti kesah? perjalanan bas yang sangat perlahan membuatkan Siti rasa mengantuk lantas dia melelapkan mata. sesedarnya Siti dari lenanya yang tak berapa nak lena, Siti sampai di kawasan rumahnya.  Siti terus bangun untuk memberitahu driver supaya memberhentikan bas. tapi, Ripley's Believe It Or Not, Siti perasan yang dalam bas tu takde seorang penumpang pun selain dirinya. jantung Siti berdegup dak dik duk serupa apabila crush Dr. nya menyebut namanya.

apa yang lebih memeranjatkan Siti, bas tersebut takde driver! "dammit." getus hati Siti. Siti taktau nak fikir apa. memang Siti tak sempat nak fikir sebab tiba-tiba dia terdengar bunyi yang pelik di belakangnya. Siti berkira-kira untuk menoleh dan apabila saja Siti menoleh ke belakang, takde apa-apa! tapi Siti masih mendengar bunyi pelik itu. rupanya, bunyi itu datangnya dari belakang bas. kecurigaan membunuh kucing , Siti melangkah ke belakang untuk meninjau di sebalik tingkap untuk melihat apa benda bunyi pelik tersebut.

sebaik sahaja Siti mengintai melalui tingkap itu, Siti ternampak

*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*
*


driver, konduktor dan beberapa penumpang bas sedang menolak bas tersebut. kering peluh jantan Siti apabila menyedari situasi sebenarnya. akhirnya, Siti selamat sampai ke rumahnya tanpa sebarang kecelakaan. sekian. any typo abaikan.

p/s :: I'm glad you came.

No comments:

Post a Comment