Tuesday, 18 December 2012

makhluk jahiliyah yang cacat.


semalam aku ada meeting pasal event kelas. standard lah kalau buat discuccion secara tak formal, ada je persimpangan yang terpesong dari destinasi. entah macam mana entah boleh terkeluar pasal MENCURI dan siap sebut hukum hudud lagi. maka, terkenang lah zaman jahiliyah kanak-kanak ribena aku dulu. haddoii. secara rambang, cerita dia cenggini.....

masa dulu-dulu aku ada pergi kelas mengaji kat rumah ustazah kat taman aku tinggal tu. aku tak ingat lah masa tu 6 tahun ke darjah 1. zaman 90's kan memang terkenalll sangat dengan segala bagai jenis jajan. so kat rumah ustazah tu ada lah jual keropok Toki, Smax, Bin Bin and paling mahal time tu Mamee Monster. sebab keropok lain doposen tapi Mamee Monster tigosen. oh ada lagi satu. Diction. tapi masa ni takde lagi kot keropok Diction. selain tu, aiskrim Malaysia mesti ada. and untuk menarik minat kanak-kanak supaya datang kelas mengaji, ustazah tu jual nugget dengan sosej. 1 piece, tigosen.



aku selalunya memang dapat duit belanja pergi mengaji tu tapi sekadar doposen je untuk lepas beli aiskrim dua batang atau keropok sebungkus atau aiskrim sebatang dengan gula-gula dua bijik. nak dijadikan cerita, haritu mak bagi aku lebih seposen sebab aku cakap nak beli Mamee Monster. maka, berjalanlah aku dengan  penuh girangnya menuju ke rumah beliau. niat hati nak mengaji pastu makan Mamee Monster.

 tapi petang tu, aku tak berapa nak ingat macam mana aku boleh masuk rumah dia tapi dia dan keluarga takde. pastu aku duduk. ada jugak dua tiga orang budak yang dah datang. pastu yang aku ingat aku pergi amik sebungkus Mamee Monster and letak duit tigosen tu atas meja. aku masukkan Mamee Monster dalam beg elok-elok taknak kasi pecah. pastu aku duduk balik tapi kejap pastu aku bangun amik duit atas meja tu balik pastu amik sebungkus lagi Mamee Monster pastu aku letak tigosen tadi atas meja tu balik. aku masukkan Mamee Monster dalam beg elok-elok taknak kasi pecah. pastu aku duduk balik tapi kejap pastu aku bangun amik duit atas meja tu balik pastu amik sebungkus lagi Mamee Monster pastu aku letak tigosen tadi atas meja tu balik. kali ni, aku duduk dan tak bangun lagi dah.

dalam beg aku ada tiga bungkus Mamee Monster yang aku bayar guna duit tigosen yang aku bawak tadi. aku adjust elok-elok supaya plastik tak bunyi macam banyak sangat dalam beg tu. budak yang dah datang tadi taktau langsung sebab bila aku amik balik duit aku buat-buat pergi tinjau rumah. masa aku nak amik Mamee Monster kedua dan ketiga, aku keluarkan tigosen tu dan buat-buat tunjuk yang aku ada lagi duit nak beli Mamee Monster. balik rumah, aku makan dalam bilik habiskan sekaligus. selain Allah, takde siapa tahu sampai saat aku publish entry ni. hebat tak penangan Mamee Monster kat aku masa tu? tapi sekarang tak pandang langsung walaupun ada "renyuk, goncang, makan".



kali kedua aku mencuri, masa darjah dua. time tu duit belanja sekolah dapat singgit. kalau dulu, mak bagi kat tangan sendiri. tapi masa ni, mak letak dalam bekas and suruh amik sendiri masa bersiap nak pergi sekolah. aku ingat lagi. bekas biru, dalam tu duit syiling limosen limosen. mak simpan dalam laci kat bilik dia. satu hari tu, macam biasa lah nak pergi sekolah lepas tu aku tak berapa nak ingat petang tu aku nak beli apa tapi yang penting makanan lah. oh ye, kat Kuantan masa tu aku sekolah sesi petang. masa tu aku bajet mak aku memang garang so nak mintak duit lebih tu memang impossible lah nak dapat. jadi, sebab akal aku dah terlebih panjang, aku amik singgit simpan tangan kanan. pastu, dengan seboleh-boleh senyap aku kutip limosen simpan tangan kiri. kutip lagi limosen simpan tangan kiri and final limosen aku letak dalam mulut.

fuhh selamat dah ni. keluar bilik je, mak aku dah tunggu. I  a m  s o  d e a d. mak tanya "berapa amik duit belanja?" aku diam. kang kalau aku cakap kang habislah kurang duit belanja nanti. mak tanya lagi "dalam tangan tu ada berapa?" aku terus tunjuk dua-dua tangan. "dalam mulut tu??" I'm fucked up. KANTOI! aku keluarkan dari mulut. oh masih terasa logam limosen tu. nampak tak betapa besarnya nilai limosen masa tu. pastu apalaga kena marah lah. nasib baik tak kena tampar. whoa. lastly, mak cakap, "lain kali kalau nak mintak. bukan mencuri macam ni." aku diam jee. ending dia, harap maaf aku tak ingat mak aku bagi atau tak aku duit lebih untuk beli apa yang aku nak petang tu. sejak tu, mak dah siapkan duit belanja fix untuk 5 hari dalam bekas. no excuse and haritu last aku mencuri makanan dan duit dalam hidup aku. sekarang aku curi hati jee wakaka. XD

tahun 1999 aku darjah satu. ;D


jadi, pengajarannya kawan-kawan, silalah jangan mencuri. bak kata pepatah, siakap senohong gelama ikan duri, bercakap bohong lama-lama mencuri. belivit onot? belivit.

p/s :: having you in the same place is a disaster.

No comments:

Post a Comment