Wednesday, 7 November 2012

Saya Suka Cheese Cake Yang Awak Buat Je :').


Setiap hari mesti aku lalu depan kedai kek ni. Orang cakap kek kat kedai ni boleh tahan sedap especially cheese cake dia..
tapi tu bukan sebab utama aku mundar-mandir depan kedai ni.

aku : Alamak! Dia datang sinilah..

Dia nilah sebabnya...

dia : Hai cik, ada apa-apa yang boleh saya tolong? Cik berdiri kat sini dah dekat 10 minit, nak masuk dalam duduk tak?



Akhirnya aku masuk jugak..

aku : Terima kasih.
dia : Sama sama! Erm nak makan apa-apa tak? Nak cuba cheese cake kedai ni?
aku : Hmm.. okey gak tu.

Memang sedap cheese cake ni..tapi apa yang pasti..aku hanya suka kat cheese cake yang dia buat.
Tak sangka aku habiskan semuanya.




dia : Macam mana? Sedap tak cheese cake saya tu?
aku : Hmm..sedap!
dia : Hehehe..mestilah sedap, tempat lain awak takkan jumpa punyalah. Erm saya harap kita boleh jumpa lagi. Terima kasih ye..
aku : Sama sama...

dia : Setiap kali awak ke mari mesti order benda yang sama. Awak memang suka gila kat cheese cake yang saya buat, kan?
aku : Err.. A'ah..

Takkan aku nak terus terang yang sebenarnya aku minat dia..




dia : Saya tengok awak happy je. Meh saya ceritakan pasal cheese cake.

Akhirnya jarak antara kita berdua semakin dekat. Aku betul betul berharap agar dapat menikmati kegembiraan yang singkat ni selama lamanya. Tapi...realiti segera menyedarkan aku...

awek : Abang hensem, saya pun nak cheese cake jugak..!
dia : Sayang, jangan macam ni. Kan ada pelanggan kat sini.
awek : Yelah..awak ni pun bukannya boleh percaya. Ooo..nak pikat awek ek? Kalau nak pikat awek, pikatlah saya ni..abang hensem!
dia : Alah..sembang kejap je..
awek : Saya ni pun sengaja je datang sebab nak sembang dengan awak. Awak sembang dengan saya dulu ek?

......
Beginilah keadaannya.. Percintaan cheese cake aku belum pun bermula tapi dah pun berakhir. Sejak hari tu, aku rasa aku takkan suka pada cheese cake lagi.




adaptasi daripada sebuah komik and re-post from My Notes on Facebook.

p/s :: Black Cat - Turbo

No comments:

Post a Comment