Thursday, 8 November 2012

Entry Malam Jumaat #6

hari tu masa kelas Etika Masyarakat , aku dapat group assignment yang kena submit mingguminggu akhir nanti. kumpulan aku dapat tajuk Genetic Engineering. sekali dengar macam gempak gila babeng kan. tapi dalam kepala otak aku takde fikir benda lain. KLON.



sebut pasal klon ni, aku selalu terbayang macam mana lah agaknya kalau aku ada klon. sejibik sejibeng macam aku. alah memang lah apa orang kata tu, dalam dunia ni ada 7 orang yang muka sama dengan kita? lebih kuranglah kan. even kembar seiras pun ada. tapi maksud aku, aku terfikir macam mana kalau aku tengah tidur dalam bilik, tapi pada masa yang sama aku tengah makan dengan member aku kat cafe? boleh buat kerja dalam dua masa. "memang terbaik". aku dah senyumsenyum sensorang berangan dalam kelas tu tentang beberapa perkara yang menyuburkan pertumbuhan tanduk syaitonirrojim kat kepala aku ni.

disebabkan lambat lagi nak submit jadah assignment  tu, aku lek luu lah siapkan assignment lain yang berlambaklambak mintak penampor nak submit cepat. satu malam tu, aku work on lab reportS Hidupan & Air. sebab haritu ada cuti raya haji, aku dengan tak beretika nya menangguhkan report yang sebelum tu kena buat. so, padan muka sendiri lah bakar minyak tengah malam nak siapkan sebab tiba-tiba je baru teringat esok nak kena submit. macam bandan.

burning the midnight oil

hoyy mengantuk dia stay up malam tu toksah banyak bunyik laaa. gigih gila cari jawapan and discussion kat internet sambil dengar lagu-lagu kat dalam handphone yang dah berapa ratusjuta kali main entah. room mate aku masa tu semua dah tidur. bertemankan lampu meja yang semputsemput mengeluarkan cahaya, aku tahan je mata yang berat gajah ni. tiba-tiba ada orang tepuk bahu aku. perlahan sangat, lembut.

berderau darah aku. nasib baik lah aku pusing nampak muka setonyeh Mira. rambut panjang kusut masai tutup sebelah muka dia. terkujat lah jugak kan.

"beb, teman aku pergi toilet. pundi dah sendat." kata Mira.

"isy kau niii. tanjat aku. hah cepatcepat." aku marahmarah manja.

sempat aku kerling jam kat laptop ni, pukul 2 pagi! hebat betei tenaga dalaman aku ni. kahkahkah aku gelak dalam hati. "tak lawak pun" aku kutuk diri sendiri.

masa kat toilet, aku nampak Mira masuk toilet nombor 3. aku bajet nak tunggu je tapi sebab takut body temperature regulation mode activated, naya aku. so aku pun masuk gak toilet sebelah Mira. masa aku keluar, aku ingatkan Mira tak sudah lagi sebab aku takdengar pun bunyi dia keluar. tapi, aku tengok toilet nombor 3 tu dah kosong. 

"cinabeng punya Mira tinggalkan aku. senyapsenyap kau blah eh" aku dah nak start seranah dah bila aku nampak Mira kat sinki macam tengah gosok gigi membelakangkan aku.

"woi kau dah kenapa tiba-tiba nak gosok gigi. Subuh pun belum. kau nak qiyamullail ke?" aku sergah Mira dandan tu jugak.

tapi dia senyap je sambil teruskan gosok gigi. 

"alah kau. gigi kau gosok lama mana pun takde maknenye nak putih. berdarah mulut kau nanti baru tau." aku kutuk dia.

memang apa gigi dia bukannya putih berseri. lebih kurang je macam aku ni ha. tapi dia buat aku macam cakap dengan spender basah. cisdel sungguh. tapi tak lama lepas tu, tangan dia terhenti. hah mesej baru delivered lah tu. pending pulak tadi. 

"berdarah macam ni keeee...??" 



serentak dengan itu, Mira pusing menghadap aku. mulutnya berdarahdarah. lendir hanyir meleleh-leleh dari tepi bibirnya. di tangannya bukan berus gigi tetapi pisau! Mira tersengih menyeringai menampakkan gigi merahnya sambil berdiri tegak merenung tajam kat aku. aku ketap gigi, kaku. lutut aku menggigil-gigil tapi aku tak boleh bergerak. suara aku bagai tersekat di kerongkong menghalang aku daripada meminta tolong.

Mira menapak selangkah mendekati aku. jantung aku dah macam nak tercabut. Mira mengangkat tinggi tangan yang tengah pegang pisau tu nak tikam aku. aku pejam mata rapat-rapat. lepas tu aku dah tak sedar apa-apa.

bukak je mata, aku nampak Mira lap muka aku dengan kain basah. wangi. konfem rembat Dettol aku. jadah apa lap muka aku dengan sabun Dettol? aku terus bangun, duduk. muka Mira blur gila tapi lepas tu dia terus sembur aku.

"kau buat apa doe tidur dalam bilik air? mengigau ke apa? ha? dahlah malam tadi aku kejut kau teman aku pegi toilet tapi kau dah keluar dulu. siot tak tunggu aku nak ambil towel. terus tak jadi aku keluar. seram woh koridor ni. senak kau tau tak aku tahan sampai Subuh tadi??!"

aku dah speechless gila babeng. apa siak minah ni bagitau aku? tak larat nak proses peluru si Mira ni tembak aku. tapi aku nak cerita kat dia pun kang mampos dia terjerit-jerit. dah tu yang aku nampak tu siapa? 

KLON MIRA??!

p/s :: dah seminggu.

No comments:

Post a Comment