Saturday, 3 November 2012

Cerita Cinta Terlampau.

Sheera melihat susuk tubuh yang sedang berjalan dari jauh tanpa berkedip.

"Dr. Zahiril!" getus hatinya.

dia lantas membetulkan tudungnya yang senget setelah ditiup angin sebaik sahaja turun dari bas depan fakulti sebentar tadi. tanpa diduga, langkah pensyarah subjek Hidupan & Air bergegas ke arahnya. sebaik sahaja Dr.Zahiril berdiri tegak di hadapan Sheera, "Jom cepat ikut saya!" lantas Dr.Zahiril menutur kata.

Sheera kelam kabut membuntuti Dr. Zahiril ke arah kereta mewahnya bersama otak yang ligat berputar tertanya-tanya mengapa Dr. Zahiril bersikap sedemikian. nasib baik dia seorang diri waktu itu. entah apa rakan-rakannya akan fikir nanti.

"Ishh. Tiba-tiba je. Dah kenapa Dr. ni. Cuak betei." gerutu Sheera. jantungnya berdebar-debar tatkala melabuhkan punggung di tempat duduk hadapan kereta Mitsubishi Lancer kepunyaan pensyarahnya yang dibeli secara tunai.

tak tahu lah kereta apa sebenarnya ni.

tanpa mengetahui arah tuju, Dr. Zahiril meneruskan pemanduan keluar dari kawasan kampus Universiti PutEra Malaysia. kelihatan peluh manja menitik dari dahinya menandakan ada sesuatu yang meresahkan hati dan pemikirannya. sekilas Dr. Zahiril memandang Sheera yang diam membatu. "Saya nak awak jadi isteri saya." lancar.

"AAAAAAAAAAAAA!!!" Dr. Zahiril menekan brek secara mengejut apabila Sheera menejrit bagaikan disampuk hantu.

"Betul ke Dr. ??" tanya Sheera keriangan sambil tersengih dan mengedip-ngedipkan matanya berulang kali ke arah Dr. Zahiril.

"Errr..ye. Ye." gelabah Dr. Zahiril. tidak sangka respon Sheera sebegitu rupa.

"Saya serius. Em ehem biarlah saya straight to the point je. Sebenarnya ibu saya dah gesa saya untuk bernikah walaupun saya masih selesa dengan keadaan sendiri macam ni. And I know all things about you liking me from the start. I don't even know why I choose you but it's better I guess than I marry someone who hates and will always hate me to the end, right?" terang Dr. Zahiril.

"Heee Dr. tahu? Kantoi lah saya selama ni. Alhamdulillah, Allah makbulkan doa saya supaya Dr. yang saya tahu belum berniat nak menikah nampak saya yang suka Dr. sejak hari pertama saya belajar dalam fakulti ni. Hehehe." cepat Sheera membalas.


Sheera mengimbas kembali bagaimana perasaannya berbunga sewaktu dia pertama kali berjumpa dengan Dr. Zahiril. hari orientasi fakulti merupakan salah satu sesi untuk mengambil peluang berkenalan dengan semua pensyarah. pada waktu tersebut lah Sheera terlihat akan Dr. Zahiril yang sibuk duduk melayan pertanyaan setiap pelajar. tapi Sheera sangat segan untuk turut serta menemu bual Dr. Zahiril lalu dia hanya memerhatikan dari jauh sahaja. tinggi, putih, berkaca mata, sedap mata memandang, berkelulusan PhD dalam usia yang muda.

sejak hari itu, Sheera sentiasa berdebar apabila ternampak kelibat Dr. Zahiril. dia sering menghebahkan perasaannya kepada rakan-rakannya tetapi dalam nada bergurau supaya tidak nampak yang Sheera ni desperate. dalam kelas, dalam Twitter, Sheera sentiasa cuba untuk mendekati Dr. Zahiril tapi dalam keadaan yang berhemah. akhirnya, sampai juga ke pengetahuan Dr. Zahiril melalui budak lelaki yang rapat dengannya. lalu peluang ini digunakan oleh Dr. Zahiril untuk memnuhi permintaan ibunya yang tercinta. tak kenal maka tak cinta.

"Em macam mana dengan parents awak? Mereka tak kisah ke kalau awak berkahwin umur 20 ni?" Dr. Zahiril menyambung bicara.

"Eh Dr. nak kahwin sekarang ke?" Sheera terkejut.

"A'ah lah. Saya taknak ada girlfriend or whatsoever. Biarlah awak jadi perempuan pertama dalam hidup saya selain ibu saya dan title awak adalah sebagai isteri saya, sampai bila-bila." tenang Dr. Zahiril melafaz kata.

"Dr. hujung minggu ni ikut saya balik kampung." sahut Sheera sambil tersenyum.

"Great!" Dr. Zahiril pula yang kelihatan teruja sedang Sheera tersenyum lebar selebar Sungai Pahang sepanjang perjalanan yang tiada arah tuju.

excited macam ni oh si Sheera tu.

tiba-tiba Dr. Zahiril hilang kawalan akibat keterujaannya sehingga melepaskan tangan dari stereng kereta. lalu kereta yang dipandunya terbabas sehingga terlanggar divider dan berpusing-pusing. Sheera berasa amat pening lantas tidak sedarkan diri.

sebaik sahaja Sheera membuka mata, matanya tertancap ke arah wajah Natrah, rakan baiknya. wajah Natrah tersengih seakan menahan gelak. Sheera terdengar bunyi gelak ketawa. lantas dia membuka mata sebesar-besarnya dan terus mengangkat kepala untuk memeriksa keadaan sekeliling. semua mata memandang ke arahnya. terkejut cipan Sheera apabila dia tersedar yang dia sebenarnya berada dalam kelas Dr. Imam, kelas pertama pada pagi itu. dia tidak sedar bila dia tertidur sehingga Dr. Zahiril hadir dalam mimpinya.

malu bukan kepalang memaksa Sheera keluar dari kelas dan terus menunju ke tandas untuk membasuh muka.

"ahh! damn damn. ape sehh aku ni. mimpi dalam bilik dahlah. ah cincaa." Sheera membebel seorang diri menyumpah dirinya.

akhirnya, sampai sekarang Dr. Zahiril tidak berkahwin.

**********
cerita ini tiada kaitan dengan sesiapa, mahupun yang hidup atau yang telah meninggal dunia. there is no any revelation of heart.

Dr. Zahiril tu ala-ala cenggini lah, Kim Jong Kook ;P
p/s :: seronok sangat malam tadi >_<

No comments:

Post a Comment