Wednesday, 31 October 2012

sepetang.


haritu kan ada cuti raya haji kan. so room mate aku sorang ni balik lah kampung dia kat Terengganu sana. petik je nama Terengganu konfem lah ingat keropok lekor so ramai lah yang kirim kat member ni. nama dia Pah. tapi aku tak kirim sebab aku tahu ramai yang kirim so aku akan tumpang lah je diorang makan nanti. lagipun, poket asyik bocor jee malas nak jahit. strategik bukan?

jadi ceritanya, petang semalam lah baru goreng sejak stok sampai hari isnin haritu. terima kasih daun keladi lah kat Kakcik sebab boleh tumpang penuhkan peti ais dia. unYunglah kann ada peti ais dalam bilik. kepala aku pun dah bajetbajet nak buat bisnes aiskrim malaysia dah ni. ohoi teringat pulak aiskrim yang ustazah tempat mengaji aku buat. sedap woh. 

venue nya haruslah di bilik aku sebab apa, aku pun tak berapa nak pasti sangat. mungkin sebab tauke keropok tu tinggal kat bilik aku kot. yelah nama pun room mate kan. yang tukang bawak periuk nya, Na'im. dia ni perempuan. tapi sebab nama dia best sangat, so consider her as pondan. boleh? :P minyak pun dia spedo. so aku hanya sumbangkan plug je untuk hidupkan (?) periuk tu.


popia otak-otak
hahahaha. aku tak tahu nak cakap apa pasal benda alah ni. mulamula ingatkan sebab terlampau panas. memang terlupa nak slow kan. dah masuk second round goreng, memang sah bukan sebab panas sangat ke apa tapi sebab kulit popia tu yang tak berapa elok kot. lembut semacam. habis terburai isi otak-otak tu bila dah siap goreng. yelah. beli nya dah berapa lama entah masa ada pesta MAHA Tani kat kolej ni. asyik tak dan je nak goreng, ha amik kau. plus, isi otak-otak tu pun rasa lain macam walaupun expired lagi setahun dua.

versi panjang

versi pendek

lepas tu, kitorang pun proceed je untuk goreng keropok lekor. ada lah tiga bungkus rm5. kira ada 25 batang setiap bungkus. kenyang. jimat duit untuk makan malam tu. hewhew. kenapa ada versi panjang versi pendek? ni semua sebab komenkomen Pah. kalau kat Terengganu potong pendekpendek, kalau kat Terengganu, belah tengah, kalau kat Terengganu macam ni, kalau kat Terengganu buat macam tu. haa macam macam lah. tapi dia duduk tepi je observe semua. tauke kan. tukang belikan je. ahaha. XD

tapi at the end, semua pun enjoy makanmakan ni. walaupun sekadar keropok lekor tapi sebab dari Terengganu dan makan ramairamai sambil bergosip santai, nikmat dia lain macam. lolol. finally, the picture of the dayyyyyy
 
ce teka ce teka sapa ni
disebabkan space dalam bilik sempit, so manfaatkan katil dengan sebaiknya. Kakcik, Kakcik *geleng-geleng kepala. #eh

okay ini cerita penutup Oktober. aku tiada cerita menarik untuk dikongsi. byebye :D

p/s :: masih rahsia.

No comments:

Post a Comment