Tuesday, 9 October 2012

lu kasi guwa mati dulu la baru guwa diam!

dia merenung skrin laptopnya. tangan kanannya menekan keyboard atas bawah berulang kali membaca tweets rakannya. dia terasa. kalaulah bukan sebab mulutnya yang terlalu becok suka bercakap itu, tentu mereka akan bertegur sapa seperti biasa.

"ah! pedulikan lah. entahentah bukan tuju kat aku. aku lak yg terlebihlebih." dia bermonolog.

"aku tak bersalah pun. aku tak gaduh pun dengan dia. aku cuma diam tak bercakap seperti selalu jee." dia berfikir lagi.

"aku kena faham sifat dia. aku tak boleh nak anggap semua orang macam kawankawan aku yang sebelum ni pernah aku kenal. so aku kena selalu jaga hati dia dan orang lain kat sini with no offence. ah! tak kuasa aku nak jual ikan." dia membuat kesimpulan.

dia lantas menjalani hidupnya seperti selalu. yang mana okay, dia okay. yang mana tak okay, dia minta maaf dan terus diam. dia sedar itu sahaja caranya agar semua orang berkawan selesa dengannya. dia tahu bukan senang nak puaskan hati semua orang tapi bukan juga mahu buat kepala sendiri. kerana pulut santan binasa, kerana mulut badan binasa.

tapi adat manusia. kalau mulut tempayan boleh lah jugak tutup dengan zink ke apa tapi ini mulut manusia. takkan nak sumbat dengan stoking pulak. dia perasan ada orang bercakapcakap tentangnya. entah baik entah tidak itu dia tak mahu ambil tahu. kalau baik, alhamdulillah. kalau tak baik, dia tak perlu kisah apeape sebab pahala akan dapat padanya juga. yang penting, dia tak pernah menganggap sesiapa sebagai musuhnya.

seiring dengan itu, dia berjanji pada dirinya sendiri untuk tidak berkata perihal orang lain lagi. "baik atau buruk bukan kita yang tentukan." daripada bersuara menghiris merobek mengguris membengkak hati orang lebih baik berdiam diri dan menikmati hidup sepuasnya dalam rahmat. insyaAllah. :) sesungguhnya bagai kata Imam Al Ghazali, benda yang paling tajam dalam dunia ialah lidah manusia.



mereka yang membaca, dia minta maaf pada kalian atas pancainderanya yang satu itu selama kamu semua berkenalan. maafkan dia. dia minta maaf. atau lu nak bunuh guwa sekarang jugak?!

p/s :: let's move on!

No comments:

Post a Comment