Thursday, 4 October 2012

Entry Malam Jumaat #4

aku ingat lagi, hari itu merupakan hari khamis malam jumaat. hujan lebat, kilat sabung menyabung. angin kuat membuatkan aku sering dibantai langsir sebab katil aku sebelah tingkap. katil kami disusun selari manakala locker pula selari bertentangan dengan katil dan kedudukan aku sebelah tingkap itu merupakan yang kelima. natijahnya, sukar benar bagiku untuk melelapkan mata. tiba-tiba...

**********
aku mula bersekolah asrama masa tingkatan 1. itulah pertama kali aku hidup berjauhan dengan family. jauh lah sangat padahal jarak rumah aku dengan sekolah berasrama harian tu hanya 8.5 km. bila sebut asrama je, mostly sinonimnya, HANTU. kan? okay tanya 10 orang randomly yang pernah duduk asrama, collect jawapan sebagai data, then analyse, buat pie chart or bar graph, conclude. dah. tak payah nak bajet scientist sangat.

cerita paling femes time tu, cerita pasal teddy bear. aku rasa korang mesti tahu pasal ni...

asrama aku melarang penghuninya membawa sebarang jenis patung sama ada barbie doll, teddy bear, mahupun keychain bear yang sekecik kecik zarah tu selagi ianya cukup sifat. cukup sifat tu yang cukup anggota badan dari kepala sampai kaki. mulamula aku tanya jugak akak senior dorm aku ni, kenapa. tapi biasalah awalawal dah nak takutkan budak junior, memang tak lah kann.

well, kecurigaan itu membunuh kucing. selang beberapa minggu, berbekalkan akal tingkatan 1 aku, secara haramnya aku menyeludup patung beruang yang sederhana saiznya. aku sorokkan dalam beg dan simpan dalam locker bahagian bawah supaya bila aku bukak locker, sekiranya ada matamata jahat yang memerhati, mereka takkan membongkar rahsia aku tu. bijak bukan?

malam pertama, takde pape pun yang jadi. dalam hati aku, "sial, menipu punya presiden. bajet bagus je nak arah arah orang tak bagi bawak tu bawak ni." saja hati jahat aku cakap macam tu padahal aku bukannya peminat tegar patung beruang pun. so aku berniat untuk biarkan je benda yang dianggap puaka tu tersimpan dalam beg dalam locker tu, dan melalui harihari mendatang seperti biasa tanpa sekelumit resah di hati.

**********
...aku dengar bunyi pintu locker berkeriut menandakan sedang terbuka. "ah! jahanam siapa tak tutup pintu tadi ni. buat cuak aku je." aku terus pejamkan mata masih mencuba untuk tidur lena. tanpa diduga, guruh berdentum begitu kuat lantas petir menyambar bumi seterang terangnya. saat aku terbuka mata itulah, aku terlihat susuk bayang seperti patung beruang yang aku bawa tempoh hari. aku lekas berselubung, bersembunyi di bawah selimut nipis yang dibekalkan mak. maklumlah, aku bukan anak orang kaya yang boleh ber'comforter'andai cuaca dingin sebegini melanda.



aku cuba menghalau imej yang berlegarlegar di ruang fikiran aku sebentar tadi dan terus berusaha untuk tidur sambil sempat bermonolog, "isyy nyesal doe. nyesal aku nyesal bawak benda haram tu." tak lama lepas tu, aku dengar bunyi macam benda melompat. melompat dari satu tempat ke satu tempat. aku cuba mengintai di sebalik selimut nipisku yang jarang itu dan dalam kesamaran aku lihat, patung beruang itu melompat dari satu locker ke satu locker yang lain. seraya itu telingaku menangkap suara halus seperti bernyanyi, "satu dah tidur, dua dah tidur..." aku terus berpura pura tidur sambil cuba membaca ayatayat Al Quran yang aku hafal. tunggang terbalik jadinya. tanpa aku sedari,

"tiga dah tidur, empat dah tidur" dan suara itu berhenti. aku bajet (eh bajet pulok dah) syaitonirrojim tu dah blah sebab ayat Quran yang aku baca tu betul dan aku beranikan diri menjengah ke segenap kamar. bola mataku membulat bila patung beruang itu berada di hujung kakiku. dengan matanya yang merah menyala tepat memanah aku, ia menyeringai sambil berkata "lima pura-pura tidur..." aku kaget. "awak...marilah main dengan saya...heeeeeee" dan sekuat hati aku menjerit bagai perempuan yang mahu kena rogol.

tak lama selepas itu, ruang kamar menjadi terang. ku lihat ramai orang berpusu pusu masuk ke kamar aku dan menghurungi katilku. mereka bertanyakan apa yang terjadi tapi lidahku kelu untuk menjawab persoalan mereka. aku lantas bangun dan memeriksa beg yang mengandungi patung beruang yang aku sorokkan beberapa hari ini. ada. lalu aku keluarkan dan mencapai gunting dari dalam beg sekolahku, terus memutuskan lengan dan kakinya. alam barzakh patung beruang itu di dalam tong sampah.

rahsia anak patung cukup sifat telah terbongkar. ku panjangkan kisah ini kepada budakbudak junior sepanjang 5 tahun aku berada di situ. sempat aku berpesan supaya "jangan sesuka hati sial kan presiden. semua yang diarahkan pasti mempunyai sebab yang tersendiri."

kisah ini bukan terjadi pada aku. rekaan semata mata tapi benar, larangan ini wujud di asrama waktu aku bersekolah menengah dahulu. sebab musababnya, jelas seperti tertera di atas. any typo, abaikan.

p/s :: dah lama tak tengok Keluarga Iskandar.


No comments:

Post a Comment