Wednesday, 26 September 2012

setahun jagung dah habis.


sebagaimana yang telah dihebahkan, aku dah pun masuk semester tiga, minggu ketiga dah pun. so, apa yang aku dah buat sepanjang semester dua tu?

first thing, sepanjang 3 minggu waktu kelas amali Prinsip Biologi Alam Sekitar, kitorang kena buat tagging, plotting, coordinating, ukur diameter daun, measure chlorophyll, buat profile, suhu, amount of sunlight and apa lagi pun aku tak ingat kat hutan tepi jalan menghala ke IOI Resort. sumpah lah time tengah work on all those things penat gilaa. memang tabah researchers semua buat benda tu. padahal yang kitorang buat ni pun kira the simplest, cincai boncai lah hoho.

yang bertapa kat belakang tu korang mesti kenal kan, kakcik.
yang duduk tu dari kiri : Ada, Esah, Elly, Kak Linda, Nana

haa ni empat orang yg baik punya layan
dari kiri : Teha, Tiya, Kakyong, Kakkiba


masuk semester dua masa tu, makanan dah macam macam ah. tapi yang macam macam tu kejap je ada. cisdel sungguh.

antaranya ni ha, Mi Celup
 dah nak masuk setahun duduk bandar, dah tahu lah nak merayap ke mana. satu hari tu, kitorang ramairamai pergi Jalan TAR. serius aku jalan je. takde beli apa pun. niat nak habiskan baucer buku tu tapi tak jumpa apa yang aku nak. so basically, memang cuci mata lah je kat situ.

SOGO. model baru.
 okay ini bukan 18SX okay. :P

selain tu, tempat yang paling famous untuk student UPM ni berjimba ialah The Mines. dah berpuluhratus kali pegi pun masih taknak berhenti dari pegi merendek di situ. haha.

ce teka siapa ni. baldi baru dari Mines.

selain barang, makanan juga aspek utama yang perlu dikupas apabila berada di suatu tempat yang baru. and for the first time in my life, aku kenal benda alah ni ha.

Okonomiyaki
sedap gilaaa. pastu tambah side order Takoyaki. peh.kenyang satu hari lah aku boleh cakap. okay gambar Takoyaki google sendiri okay.

walaupun ada kat Malaysia oh tanah airku, tapi kadangkadang tu masih boleh bajet Korea ye. kalau korang tengok gambar bawah ni, nampak tak putihputih bertaburan atas rumput hijau terbentang tu.

ce teka amende tu. benda alah tu kapas yang dah meletup dari pokok. nampak pokok botak tinggi depan tu? berterbangan bebas di udara mengujakan diri masingmasing. haha. tapi serius tu memang first time aku tengok. =.='

kat UPM ni ada Festival Teater Inter Kolej @ FESTIK. sebagai peminat seni, aku pun gigihla menghadirkan diri ke pementasan kolejkolej tu bila ada free time. adalah dalam 8 9 kot yang aku pergi daripada berapabelas entah. tapi memang satu yang aku pantang kalau pegi audi or panggung ada yang buat hal cenggini.


aduyaii. tak berbau takpe wehhh. sabor je lahh.

biology is a study of life. jadi dealing with this kind of creature is a must.

cacing tanah. besarrrr
this semester, boleh kata setiap midday gap tu kitorang lepak kat satu kedai ni yang kitorang panggil Twister sbb payung dye payung Twister. best lah kat sini sebab ada masakan panas, burger, sausage tiga singgit, air macam macam. sedap pun sedap, murah pun murah. tak caye sedap?

ni na'im a.k.a naemon

ni hairu.
 tak nampak betapa muka masingmasing sungguh nikmat. and the most favourite ialah half boiled eggs. kadangkadang almost everyday makan benda alah tu. tapi sekarang dah tak lagi sebab serius nak diet plus harga sausage kini dikira sebatang empatposen. ececehhh.

kalau korang kena gerak dari surau ke kelas untuk amali and time tu hujan plus korang tak bawak payung, cemane korang buat? aku buat cenggini.


tadaaa! lab coat penyelamat bertindak sebagai raincoat. takde alternatif lain dah. asalkan beg tak basah sebab lab reports yang nak kena submit ada dalam tu. hewhew.

masa cuti midsem, kitorang ada fieldwork untuk kelas Teknik Pengukuran Alam Sekitar. kitorang pegi Centre of Oceanograph and Marine Sciences, Universiti Putra Malaysia (COMAS) for 4 days and 3 nights. kat sana kitorang kena buat sampling of water quality, measure in-situ parameters (korang google lah ape bendanya ni kalau rajin), resistivity of seawater, solid waste management, air pollution indicator, species in high-tide zone, swamp, insects and ada lah lagi lagi lagi tu. penat gila. tapi penatpenat tu pun, haruslah ada waktu untuk berjimba kan. tapi kitorang just lepaklepak tepi pantai je.

obor-obor mati
 sedih tengok ada dead creatures tersadai kat sini. selain benda ni ada jugak penyu. hmm. masa kajian, laut yang kitorang stay kat camp-site ni boleh kata polluted lah jugak.

banana boat ni sebenarnya takde pun kat sini tapi masa brader tu bawak visitors dari Teluk kemang lalu sini, he saw us so dye sediakan perkhidmatan tu khas untuk kitorang yang stay di ceruk laut ni. tapi aku tak naik pun sebab malas nak bilas baju air laut nanti. plus aku tak gemar main air laut. suka pantai je :)

siap bawak extra boat lagi
 see inilah penyu tu. dah berbau dah and dah ada parasites dah yang nak decompose.

penyu tu bukan yang baju biru tu. tu Ijan.
 kalau dah kat tepi pantai rasanya agak wajib lah untuk menggedik melakar atas pasir. hewhew.


yang bawah ni antara steps untuk extract daun to determine the pollutants trapped. daun ni sebagai indicator.


selain tu, ada tangkap insects pakai jaring besar, sauk spesis kat laut time air pasang. tapi aku takde gambargambar tu semua. tak bawak handphone pun. gambargrapher pun takde. ethical sungguh haha. 

last site is swamp untuk determine species kat low-tide zone. frankly speaking, tu first time aku masuk selut. at first, aku tak berani pun masuk benda alah tu. tak tahu kenapa. sambil aku korek2 tanah tu untuk carik species aku fikir bila lagi peluang aku untuk alami cenggitu so aku mintak Nana bawakkan aku jalanjalan dalam selut yang busuk tersebut. errrr okaylaaaa :P

tapi still takde gambar kat situ. cuma yang ada ialah wajah happy tunggu trip turn nak balik dari situ.



jadi, bermulalah second half semester.

someone's keychain
 another valuable experience ialah time Kenegaraan, kitorang kena present satu theater-so-called untuk kerja kursus and my group presented 'Keruntuhan Melaka Zaman Portugis'. dua minggu je kot kitorang buat persiapan sebab susahhhh sangattt nak kumpulkan semua group members. so buat kerja pun separately.



okay malas nak pegi sopy gambar masa tu dari orang lain. cukuplah korang tahu watak aku sebagai penyair dan penyajak. haa takde costumecostume bagai ni. ada Buku Hikayat Pelanduk Putih je. ;P

the last big event yang terjadi masa semester dua ialah program untuk Bakti Siswa, kokurikulum berkredit yang wajib. group aku buat program 'Breaking The Barrier' untuk budak darjah 6 yang achievemetn diorang moderate.

Adam Muqrish, hotstuff program ni.


masa ni pertandingan pakaian beragam suratkhabar ke ape entah nama dye. haha sbb aku bukan ajk aktiviti. aku timbalan pengerusi. hamboih taknak kalah kannn.

Ketua Fasilitator, Para Fasi dan Para Peserta dari SK Semenyih
kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni boleh usha kat sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan lastly sini.

okay motif gambar ni just nak bagitau yang ketua fasi belanja pensel ni untuk kitorang isi borang penilaian fasilitator sebab kitoang tak bawak turun perjumpaan. nama fasi, En. Muhazam bin Mansor. *duit raya lebih sikit k encik.


and bawah ni is the last photo i captured during my second semester in UPM. :)

Husniyah the bus co-driver
so, pendapat korang, life aku kat universiti cemane? macam tak belajar ke, busy ke, bajet ke or whatsoever? alah hade haku kesah nye ke pun aduy? ahaks XD. pesan last aku, kalau ada typo abaikan jee hehe. sekian.

p/s :: wall climbing wall climbing.

No comments:

Post a Comment