Thursday, 13 September 2012

apa lagi kau nak?

aku cuma nak drop calculus dengan statistics. tu je. tu je wehh. tolonglah. tolonglahhhhhhhhhhhh. tapi tu subjek wajib universiti. sobs.

dah 4 hari aku teruskan pengajian aku semester tiga ni. senior dah. senior lah sangat kann. setakat ni, dah banyak jugak kerja kena buat. bukak web tu web ni, download tu download ni, buat tu buat ni, beli tu beli ni. siap kena buat jurnal writing everyday untuk beberapa minggu. baru 4 hari. kalau 44 hari?! bayangkan...

alah kalau nak ikutkan sebenarnya tu semua boleh setel. yang penting ada pengurusan masa yang betul. tuu diaaa. kesedaran sivik dah mai dah. minggu ni, memang aku chillax habis. just siapkan jurnal harian tu je sambil tengok movie dan online. tapi lepas aku kembali dari rumah minggu depan, aku taknak dah asal balik class je switch on laptop, online, cucuk hard disk, tengok movie. tu semua buat bila betulbetul free atau masa selingan. hahah dandann je kann. boleh ke buat bila kau dah start episod running man?? :P

next, aku akan start balik jogging aku yang dah berbulanbulan aku tinggalkan. almaklum lah, spare tyre ni dah takde space dah nak simpan. cisdel sungguh. apa benda yang aku buat masa ramadan sampai boleh gain weight macam ni?! takpetakpe. aku akan try hardly untuk keraskan betis, kecikkan peha n pinggang. kahkah. aku akan puasa ganti terus tahun ni n sunat jugak. insyaAllah.

okay. aku dah lupa apa benda yang aku dah draft dalam pale otak aku tadi disebabkan terpaksa pause untuk pergi cafe dan menunggu makanan yang di order selama hampir sejam. hampeh. nasib baik sedap lah jugak. grrr. mungkin aku akan merepek lagi pada post yang akan datang. maafkan aku. sekian.

p/s :: marilah mari kita mengundi.

No comments:

Post a Comment