Thursday, 27 September 2012

Entry Malam Jumaat #3

aku ada member. nama dye Nurul. Nurul ni pandai main gitar. takdelah macam Slash sangat. tapi plucking memang baik. so boleh kata memang kena ah dengan aku yang suka benor nak menyanyi bagai ni kan. dah banyak jugak lah kitorang berkolaborasi cuma tak komersil je. hewhew skema sungguh penggunaan kata.

barubaru ni, dye ada beli gitar akustik yang baru. yang lagi baik lah dari gitar dye yang lama yang tali keras tu. susah i nak belajar main. :P first lagu aku try dengan dye lagu 'Terukir Di Bintang' by Yuna. masa semester lepas, aku memang selalu pegi bilik dye untuk berjimba sambil membuat konserto sendiri. tapi semester ni dye dapat bed mate baru so agak terbatas lah untuk bebas merendek kat tempat dye tu. makanya, dye lah yang selalu datang ke bilik aku memandangkan bed mate baru aku ni pun member kitorang jugak so takde lah kesah sangat kan.

nak dijadikan cerita, disebabkan dye selalu datang bilik aku, dye tinggalkan gitar dye tu kat bilik ni. kesian ah pulok kan asyik nak mengusung je benda alah tu naik turun tangga. senang lah kalau nak jamming (kate kooo) takyah nak angkutangkut lagi. bawak diri je kan. so bersemadilah gitar tu kat bilik yang aman damai ni.

malam first, second, third, fourth, fifth, sixth, seventh, semuanya okay jee. takde apeape masalah pun yang berlaku. tapi masuk malam kelapan setelah seminggu gitar tu tinggal kat sini.........



aku buat assignment kat bilik member aku tingkat 4 sebab satu group dengan dye. buat punya buat, sampai lah pukul 1.30 pagi. aku ingat nak tidur lah je kat bilik dye tu tapi rasa tak best lah pulak nak share katil. dahlah kecik. so nak taknak aku terpaksa lah balik bilik. masa aku nak sampai bilik tu, dari jauh aku dengar bunyi orang main gitar. sayuuu sangat. korang tahu lagu 'I'm Yours' by Jason Mraz tu? hah bukan lagu tu tapi OST Autumn In My Heart, Romance. sedih benor bunyinye.

aku pelik lah apesal pulak si Nurul datang bilik aku pepagi buta ni siap main gitar lagi. tapi aku bajet diorang pun tak tido lagi lah pasal esok nye tu takde class pun so haruslah tido lambat kan. tapi masalahnya, bila aku masuk bilik, bilik dah gelap. semua room mates aku dah tido. penat agaknya sebab petang tadi kitorang punya lab class habis lambat. tapi nak sedapkan hati, aku mungkin salah dengar kot. budak blok lain mungkin. biasalah kalau belajar Fizik ada konsep bunyi ni. 

aku pun kemas lah katil setakat yang nampak and terus terjun untuk tido. lega lah sehh tulang belakang aku yang bengkok ni dapat baring. aku rasa belum 10 minit aku pejam mata, aku dengar bunyi orang main gitar tu lagi, lagu yang sama. tapi kali ni aku konfem yang bunyi tu datang dari dalam bilik ni. dekattt sangat. berderau darah aku, jantung aku kencang gila berdegup. nasib baik aku baring menghadap dinding so takde tendency untuk ternampak apa yang terjadi sekarang. 

dalam pale otak aku of course lah laju je ayatayat Quran yang aku hafal melintas. baru sepotong ayatul Kursi aku baca, aku dengar bunyi pompuan menyanyi lah pulakkkkk. dah meggigil aku dalam comforter tu tapi aku gagah lah jugak baca sampai habis. yang lagi best tu, pompuan tu ikut apa yang aku baca dalam bentuk lagu. entah lagu ape pun aku taktau lah. padahal aku baca bisikbisik je pun. ah sudahh. sampai ayat last, terus senyap. semua bunyi yang aku dengar tadi, gone. tapi harap maaflah aku tak berani der nak check.

esoknya aku bangun, first thing yang aku tengok, gitar. gitar tu terletak elok di tempatnya, takde tanda berusik sikit pun. aku tanya bed mate aku ni si Hana dye ada dengar pape tak malam tadi tapi jawapan dye negatif. aku pun takde lah nak storymory kat dye. mungkin jugak khayalan aku sebab Nurul pun takde cakap pape. aku buntu taktau nak buat apa. tapi malam tu, dah takde pape lagi yang jadi. kisah tu akan menjadi misteri pada aku sampai bilabila. lagipun, Nurul dah bawak balik gitar tu sebab abang dye nak pinjam......

walaubagaimanapun, aku akan tetap menyanyi diiringi petikan gitar Nurul. hewhew.

Sungha Jung

oh ye! kisah ini adalah rekaan semata-mata. takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. jika ada yang terasa, maafkan saya :)

p/s :: denyutan jantung aku tergendala.

No comments:

Post a Comment