Sunday, 30 September 2012

Motivasi Pagi Ahad.


p/s :: spiderman spiderman.

Thursday, 27 September 2012

Entry Malam Jumaat #3

aku ada member. nama dye Nurul. Nurul ni pandai main gitar. takdelah macam Slash sangat. tapi plucking memang baik. so boleh kata memang kena ah dengan aku yang suka benor nak menyanyi bagai ni kan. dah banyak jugak lah kitorang berkolaborasi cuma tak komersil je. hewhew skema sungguh penggunaan kata.

barubaru ni, dye ada beli gitar akustik yang baru. yang lagi baik lah dari gitar dye yang lama yang tali keras tu. susah i nak belajar main. :P first lagu aku try dengan dye lagu 'Terukir Di Bintang' by Yuna. masa semester lepas, aku memang selalu pegi bilik dye untuk berjimba sambil membuat konserto sendiri. tapi semester ni dye dapat bed mate baru so agak terbatas lah untuk bebas merendek kat tempat dye tu. makanya, dye lah yang selalu datang ke bilik aku memandangkan bed mate baru aku ni pun member kitorang jugak so takde lah kesah sangat kan.

nak dijadikan cerita, disebabkan dye selalu datang bilik aku, dye tinggalkan gitar dye tu kat bilik ni. kesian ah pulok kan asyik nak mengusung je benda alah tu naik turun tangga. senang lah kalau nak jamming (kate kooo) takyah nak angkutangkut lagi. bawak diri je kan. so bersemadilah gitar tu kat bilik yang aman damai ni.

malam first, second, third, fourth, fifth, sixth, seventh, semuanya okay jee. takde apeape masalah pun yang berlaku. tapi masuk malam kelapan setelah seminggu gitar tu tinggal kat sini.........



aku buat assignment kat bilik member aku tingkat 4 sebab satu group dengan dye. buat punya buat, sampai lah pukul 1.30 pagi. aku ingat nak tidur lah je kat bilik dye tu tapi rasa tak best lah pulak nak share katil. dahlah kecik. so nak taknak aku terpaksa lah balik bilik. masa aku nak sampai bilik tu, dari jauh aku dengar bunyi orang main gitar. sayuuu sangat. korang tahu lagu 'I'm Yours' by Jason Mraz tu? hah bukan lagu tu tapi OST Autumn In My Heart, Romance. sedih benor bunyinye.

aku pelik lah apesal pulak si Nurul datang bilik aku pepagi buta ni siap main gitar lagi. tapi aku bajet diorang pun tak tido lagi lah pasal esok nye tu takde class pun so haruslah tido lambat kan. tapi masalahnya, bila aku masuk bilik, bilik dah gelap. semua room mates aku dah tido. penat agaknya sebab petang tadi kitorang punya lab class habis lambat. tapi nak sedapkan hati, aku mungkin salah dengar kot. budak blok lain mungkin. biasalah kalau belajar Fizik ada konsep bunyi ni. 

aku pun kemas lah katil setakat yang nampak and terus terjun untuk tido. lega lah sehh tulang belakang aku yang bengkok ni dapat baring. aku rasa belum 10 minit aku pejam mata, aku dengar bunyi orang main gitar tu lagi, lagu yang sama. tapi kali ni aku konfem yang bunyi tu datang dari dalam bilik ni. dekattt sangat. berderau darah aku, jantung aku kencang gila berdegup. nasib baik aku baring menghadap dinding so takde tendency untuk ternampak apa yang terjadi sekarang. 

dalam pale otak aku of course lah laju je ayatayat Quran yang aku hafal melintas. baru sepotong ayatul Kursi aku baca, aku dengar bunyi pompuan menyanyi lah pulakkkkk. dah meggigil aku dalam comforter tu tapi aku gagah lah jugak baca sampai habis. yang lagi best tu, pompuan tu ikut apa yang aku baca dalam bentuk lagu. entah lagu ape pun aku taktau lah. padahal aku baca bisikbisik je pun. ah sudahh. sampai ayat last, terus senyap. semua bunyi yang aku dengar tadi, gone. tapi harap maaflah aku tak berani der nak check.

esoknya aku bangun, first thing yang aku tengok, gitar. gitar tu terletak elok di tempatnya, takde tanda berusik sikit pun. aku tanya bed mate aku ni si Hana dye ada dengar pape tak malam tadi tapi jawapan dye negatif. aku pun takde lah nak storymory kat dye. mungkin jugak khayalan aku sebab Nurul pun takde cakap pape. aku buntu taktau nak buat apa. tapi malam tu, dah takde pape lagi yang jadi. kisah tu akan menjadi misteri pada aku sampai bilabila. lagipun, Nurul dah bawak balik gitar tu sebab abang dye nak pinjam......

walaubagaimanapun, aku akan tetap menyanyi diiringi petikan gitar Nurul. hewhew.

Sungha Jung

oh ye! kisah ini adalah rekaan semata-mata. takde kena mengena dengan yang hidup mahupun yang telah meninggal dunia. jika ada yang terasa, maafkan saya :)

p/s :: denyutan jantung aku tergendala.

Wednesday, 26 September 2012

setahun jagung dah habis.


sebagaimana yang telah dihebahkan, aku dah pun masuk semester tiga, minggu ketiga dah pun. so, apa yang aku dah buat sepanjang semester dua tu?

first thing, sepanjang 3 minggu waktu kelas amali Prinsip Biologi Alam Sekitar, kitorang kena buat tagging, plotting, coordinating, ukur diameter daun, measure chlorophyll, buat profile, suhu, amount of sunlight and apa lagi pun aku tak ingat kat hutan tepi jalan menghala ke IOI Resort. sumpah lah time tengah work on all those things penat gilaa. memang tabah researchers semua buat benda tu. padahal yang kitorang buat ni pun kira the simplest, cincai boncai lah hoho.

yang bertapa kat belakang tu korang mesti kenal kan, kakcik.
yang duduk tu dari kiri : Ada, Esah, Elly, Kak Linda, Nana

haa ni empat orang yg baik punya layan
dari kiri : Teha, Tiya, Kakyong, Kakkiba


masuk semester dua masa tu, makanan dah macam macam ah. tapi yang macam macam tu kejap je ada. cisdel sungguh.

antaranya ni ha, Mi Celup
 dah nak masuk setahun duduk bandar, dah tahu lah nak merayap ke mana. satu hari tu, kitorang ramairamai pergi Jalan TAR. serius aku jalan je. takde beli apa pun. niat nak habiskan baucer buku tu tapi tak jumpa apa yang aku nak. so basically, memang cuci mata lah je kat situ.

SOGO. model baru.
 okay ini bukan 18SX okay. :P

selain tu, tempat yang paling famous untuk student UPM ni berjimba ialah The Mines. dah berpuluhratus kali pegi pun masih taknak berhenti dari pegi merendek di situ. haha.

ce teka siapa ni. baldi baru dari Mines.

selain barang, makanan juga aspek utama yang perlu dikupas apabila berada di suatu tempat yang baru. and for the first time in my life, aku kenal benda alah ni ha.

Okonomiyaki
sedap gilaaa. pastu tambah side order Takoyaki. peh.kenyang satu hari lah aku boleh cakap. okay gambar Takoyaki google sendiri okay.

walaupun ada kat Malaysia oh tanah airku, tapi kadangkadang tu masih boleh bajet Korea ye. kalau korang tengok gambar bawah ni, nampak tak putihputih bertaburan atas rumput hijau terbentang tu.

ce teka amende tu. benda alah tu kapas yang dah meletup dari pokok. nampak pokok botak tinggi depan tu? berterbangan bebas di udara mengujakan diri masingmasing. haha. tapi serius tu memang first time aku tengok. =.='

kat UPM ni ada Festival Teater Inter Kolej @ FESTIK. sebagai peminat seni, aku pun gigihla menghadirkan diri ke pementasan kolejkolej tu bila ada free time. adalah dalam 8 9 kot yang aku pergi daripada berapabelas entah. tapi memang satu yang aku pantang kalau pegi audi or panggung ada yang buat hal cenggini.


aduyaii. tak berbau takpe wehhh. sabor je lahh.

biology is a study of life. jadi dealing with this kind of creature is a must.

cacing tanah. besarrrr
this semester, boleh kata setiap midday gap tu kitorang lepak kat satu kedai ni yang kitorang panggil Twister sbb payung dye payung Twister. best lah kat sini sebab ada masakan panas, burger, sausage tiga singgit, air macam macam. sedap pun sedap, murah pun murah. tak caye sedap?

ni na'im a.k.a naemon

ni hairu.
 tak nampak betapa muka masingmasing sungguh nikmat. and the most favourite ialah half boiled eggs. kadangkadang almost everyday makan benda alah tu. tapi sekarang dah tak lagi sebab serius nak diet plus harga sausage kini dikira sebatang empatposen. ececehhh.

kalau korang kena gerak dari surau ke kelas untuk amali and time tu hujan plus korang tak bawak payung, cemane korang buat? aku buat cenggini.


tadaaa! lab coat penyelamat bertindak sebagai raincoat. takde alternatif lain dah. asalkan beg tak basah sebab lab reports yang nak kena submit ada dalam tu. hewhew.

masa cuti midsem, kitorang ada fieldwork untuk kelas Teknik Pengukuran Alam Sekitar. kitorang pegi Centre of Oceanograph and Marine Sciences, Universiti Putra Malaysia (COMAS) for 4 days and 3 nights. kat sana kitorang kena buat sampling of water quality, measure in-situ parameters (korang google lah ape bendanya ni kalau rajin), resistivity of seawater, solid waste management, air pollution indicator, species in high-tide zone, swamp, insects and ada lah lagi lagi lagi tu. penat gila. tapi penatpenat tu pun, haruslah ada waktu untuk berjimba kan. tapi kitorang just lepaklepak tepi pantai je.

obor-obor mati
 sedih tengok ada dead creatures tersadai kat sini. selain benda ni ada jugak penyu. hmm. masa kajian, laut yang kitorang stay kat camp-site ni boleh kata polluted lah jugak.

banana boat ni sebenarnya takde pun kat sini tapi masa brader tu bawak visitors dari Teluk kemang lalu sini, he saw us so dye sediakan perkhidmatan tu khas untuk kitorang yang stay di ceruk laut ni. tapi aku tak naik pun sebab malas nak bilas baju air laut nanti. plus aku tak gemar main air laut. suka pantai je :)

siap bawak extra boat lagi
 see inilah penyu tu. dah berbau dah and dah ada parasites dah yang nak decompose.

penyu tu bukan yang baju biru tu. tu Ijan.
 kalau dah kat tepi pantai rasanya agak wajib lah untuk menggedik melakar atas pasir. hewhew.


yang bawah ni antara steps untuk extract daun to determine the pollutants trapped. daun ni sebagai indicator.


selain tu, ada tangkap insects pakai jaring besar, sauk spesis kat laut time air pasang. tapi aku takde gambargambar tu semua. tak bawak handphone pun. gambargrapher pun takde. ethical sungguh haha. 

last site is swamp untuk determine species kat low-tide zone. frankly speaking, tu first time aku masuk selut. at first, aku tak berani pun masuk benda alah tu. tak tahu kenapa. sambil aku korek2 tanah tu untuk carik species aku fikir bila lagi peluang aku untuk alami cenggitu so aku mintak Nana bawakkan aku jalanjalan dalam selut yang busuk tersebut. errrr okaylaaaa :P

tapi still takde gambar kat situ. cuma yang ada ialah wajah happy tunggu trip turn nak balik dari situ.



jadi, bermulalah second half semester.

someone's keychain
 another valuable experience ialah time Kenegaraan, kitorang kena present satu theater-so-called untuk kerja kursus and my group presented 'Keruntuhan Melaka Zaman Portugis'. dua minggu je kot kitorang buat persiapan sebab susahhhh sangattt nak kumpulkan semua group members. so buat kerja pun separately.



okay malas nak pegi sopy gambar masa tu dari orang lain. cukuplah korang tahu watak aku sebagai penyair dan penyajak. haa takde costumecostume bagai ni. ada Buku Hikayat Pelanduk Putih je. ;P

the last big event yang terjadi masa semester dua ialah program untuk Bakti Siswa, kokurikulum berkredit yang wajib. group aku buat program 'Breaking The Barrier' untuk budak darjah 6 yang achievemetn diorang moderate.

Adam Muqrish, hotstuff program ni.


masa ni pertandingan pakaian beragam suratkhabar ke ape entah nama dye. haha sbb aku bukan ajk aktiviti. aku timbalan pengerusi. hamboih taknak kalah kannn.

Ketua Fasilitator, Para Fasi dan Para Peserta dari SK Semenyih
kalau nak tahu lebih lanjut pasal event ni boleh usha kat sini, sini, sini, sini, sini, sini, dan lastly sini.

okay motif gambar ni just nak bagitau yang ketua fasi belanja pensel ni untuk kitorang isi borang penilaian fasilitator sebab kitoang tak bawak turun perjumpaan. nama fasi, En. Muhazam bin Mansor. *duit raya lebih sikit k encik.


and bawah ni is the last photo i captured during my second semester in UPM. :)

Husniyah the bus co-driver
so, pendapat korang, life aku kat universiti cemane? macam tak belajar ke, busy ke, bajet ke or whatsoever? alah hade haku kesah nye ke pun aduy? ahaks XD. pesan last aku, kalau ada typo abaikan jee hehe. sekian.

p/s :: wall climbing wall climbing.

Monday, 24 September 2012

pilih pilih! 3 sepuluh!

it's week 3. and assignments are full loaded. nasib lah jugak in group so memang rasa macam wonderpets ah. ahha.

masa first week dulu, aku belajar yang hidup kita ni semuanya tentang membuat keputusan. apa yang kita buat tu, semua kita putuskan untuk buat atau tak. faham tak? kira macam buat pilihan lah jugak. kalau korang ada baca entry aku yang ini, lebih kuranglah tu maksudnya. tapi ni aku cakap secara general lah je.

tapi bila difikirkan betulbetul, memang totally true story yang kita ni hidup kerjanya untuk buat keputusan je. contohnya cenggini lah eh..


    awalawal pagi, aku decide untuk bangun dari tidur, nak pegi class. walhal aku boleh decide untuk tak bangun, tak pegi class.



    lepas tu solat subuh. of course lah wajib tapi wajibwajib pun kalau kita tak decide nak buat, tak solat jugak kan??


    this semester i went to class dengan na'im, kakcik, nana and pah naik kereta. selalu kitorang gerak 15 minutes before class start. despite, kitorang boleh je decide untuk naik bas and gerak half an hour before or lebih lambat. banyak option kat sini. putuskan je nak buat yang mana.

    you have no idea at all how we fight to board on the bus

    makan pun sama kes nya. nak nasi full? separuh? lauk ayam? ikan, telur, sayur, soya and whatever? semuanya tu kan kita yang pilih so kat situ dah nampak keputusan yang perlu dibuat. taknak makan lagi senang cerita kan. lepas tu kebulur kat bilik carik megi. *okay tak terasa pun. hee.

    ni sedap gila. percayalah.

    nak buat assignment ke taknak ek? hantar early, on time or lambat ek? suka hati lah kan. lepas tu kecoh bila tengok smp markah tak lulus, masa tu baru nak struggle untuk final exam. lastlast repeat. oh nauzubillahiminzalik.


    even now, aku decide untuk update blog. padahal aku boleh je nak biarkan blog ni or delete or update pada masa lain.

    this SPAARRRTAAAA

    haa nampak tak? nampak tak? kalau nampak baguslah. korang dah cakup 1 chapter dalam syllabus Masyarakat, Etika & Alam Sekitar. kalau tak nampak lagi, aha lu fikirlah sendiri.

    sebenarnya, boleh kata memang setiap pergerakan kita tu adalah keputusan kita tapi mestilah dengan izin Allah. apa apa pun sebelum buat sesuatu keputusan tu, fikirlah kesannya dulu. kesan kepada diri, masyarakat, keluarga, masa depan dan segalanya. semuanya ada pros and cons. wah gituu. boleh lah aku ganti Puan Rosta pulok pasni hewhew.

    okay sekarang guwa nak menuwitnuwit lagi. byeeeeeeeeeeeeee.

    p/s :: nak senyum je rasa ni hihihi. lupakan segala sejarah lama.

    hyehye.

    nafas baru. segar. ;)

    p/s :: ada post dalam draft. tengah cari gambar hehe.

    Saturday, 22 September 2012

    :')

    kisah kita telah tamat.
    mari mulakan hidup baru.
    tapi satu aku pohon.
    biar ini menjadi tugu sejarah.

    Wednesday, 19 September 2012

    entry tiada motif.

    siapa yang tahu tu, tahulah yang aku skang tengah follow running man show. bukan sebab aku minat pada sesiapa dalam show tu tapi show tu inspired aku untuk berlari semula. aku nak gain stamina balik so that aku boleh participate dalam event sukan kat kolej. al maklum, skang ni kolej lopek cenggini pun nak merit untuk stay. hadoyaii nye punn.

    hahaha. berangan lah. end up jogging dalam tidur adalah. hampeh. dulu masa plan ramai je nak join. tiba masanya, semua hilang. T_T boleh je kalau aku nak pegi sensorang tapi kalau kena culik cemane? ha? ha? tapi bila dah takde geng cemane nak semangat. lastlast terpengaruh jugak untuk berjimba kat bilik sahaja.



    okay tak sempat nak fikir lagi. siap to class. ciao.

    p/s :: check balik.

    Monday, 17 September 2012

    seum dwa ~!


    segala kata cacian yang telah engkau berikan membuatku rasa 

    KOSONG

    p/s :: kerepek keras sakit gigi sehh. :P

    Thursday, 13 September 2012

    apa lagi kau nak?

    aku cuma nak drop calculus dengan statistics. tu je. tu je wehh. tolonglah. tolonglahhhhhhhhhhhh. tapi tu subjek wajib universiti. sobs.

    dah 4 hari aku teruskan pengajian aku semester tiga ni. senior dah. senior lah sangat kann. setakat ni, dah banyak jugak kerja kena buat. bukak web tu web ni, download tu download ni, buat tu buat ni, beli tu beli ni. siap kena buat jurnal writing everyday untuk beberapa minggu. baru 4 hari. kalau 44 hari?! bayangkan...

    alah kalau nak ikutkan sebenarnya tu semua boleh setel. yang penting ada pengurusan masa yang betul. tuu diaaa. kesedaran sivik dah mai dah. minggu ni, memang aku chillax habis. just siapkan jurnal harian tu je sambil tengok movie dan online. tapi lepas aku kembali dari rumah minggu depan, aku taknak dah asal balik class je switch on laptop, online, cucuk hard disk, tengok movie. tu semua buat bila betulbetul free atau masa selingan. hahah dandann je kann. boleh ke buat bila kau dah start episod running man?? :P

    next, aku akan start balik jogging aku yang dah berbulanbulan aku tinggalkan. almaklum lah, spare tyre ni dah takde space dah nak simpan. cisdel sungguh. apa benda yang aku buat masa ramadan sampai boleh gain weight macam ni?! takpetakpe. aku akan try hardly untuk keraskan betis, kecikkan peha n pinggang. kahkah. aku akan puasa ganti terus tahun ni n sunat jugak. insyaAllah.

    okay. aku dah lupa apa benda yang aku dah draft dalam pale otak aku tadi disebabkan terpaksa pause untuk pergi cafe dan menunggu makanan yang di order selama hampir sejam. hampeh. nasib baik sedap lah jugak. grrr. mungkin aku akan merepek lagi pada post yang akan datang. maafkan aku. sekian.

    p/s :: marilah mari kita mengundi.

    Sunday, 9 September 2012

    Asou-kun.


    ini kawan saya. dia baik sangat. dia bijaksanasitusini. dia gemuk dulu tapi skang dia dah kurus. smart woo. saya panggil dia bong. yang paling penting dia pelat 'R'. amGHan nama ayah dia.

    dulu dia sekolah sama dengan saya. tapi kita mula kawan masa form 5. tapi masa form 4 saya ada tegur dia waktu dia kembali ke sekolah tu lepas beberapa hari dia pindah SBP. kelakar sehh. masa form 1 sampai form 4 dia diam jee. muka pun macam budak kena buli jee. sedih tol. tapi takde siapa penah rampas first place dia setiap kali exam.

    sekarang ni, esok, dia dah nak terbang jauhhh pegi northern Ireland. queen's university Belfast, a medical school. nak ikut tapi ....... hukhukk. :P 

    ********************

    aku taktau nak post apa untuk kau. mungkin aku takde hati dan jari juga kaisya aspirinta. hahhah. tapi aku nak cakap, kau memang kawan baik aku. baik cemane, aku lah je yang tau. biasalah, ucap selamat jalan, selamat belajar, hatihati di negara orang. jangan jadi chik ombong semula hewhew. aku bangga jadi kawan kau. last raya, i had a great time with you as we used to be in class. :O

    aku takpenah expect boleh kawan rapat dengan kau sampai macam ni. selalunya orang bijak ni madang skema. tapi kau, hadoiyai nye punn. and benda yang aku paling takboleh lupa, masa aku ngaka kau pengetua nak jumpa. kahkah. tapi lepas sekolah macam lost je. aku macam sedih oh sebab kau macam dah lupa member je. that's why aku nangis masa 1 time kau call dulu. haha. =.=' tapi tak kesah lah. takde hal dah.

    sekarang, kau akan pergi jauh. keluar dari sini. aku memang dah agak dari dulu, satu hari nanti kau mesti akan tinggalkan Malaysia. and kau mesti blaja medic. klise ke orang bijak blaja medic? huhu. tapi yela macam kau penah cakap dengan aku, what kind of knowledge that we are learning now is not that important, but how we live with that knowledge is more important. kiranya aku ni orang bijak lah jugak kan? insyaAllah :D

    haih. aku rasa takboleh dah nak teruskan entry ni. sebak siot. cuma, jangan tinggalkan aku bila kau tinggalkan Malaysia. hahaha takdelah. semoga kau selamat sentiasa dan berjaya capai semua target and impian kau. aku tetap akan teruskan kehidupan aku kat sini, capai target and impian aku jugak. doakan yang terbaik untuk kita dan rakan-rakan sekalian. pape hal, roger je k. jaga diri baikbaik. belajar betulbetul. kirim salam cik hawa. >_< so long 'Afif. till we meet again, wassalam.


    p/s :: monday blues la cenggini. class pukul 8 pg. T_T

    Thursday, 6 September 2012

    khamis yang hilang.

    alahaii takyah nak sedih sangat lah kann.

    The wrong person always comes at the right time and the right person always comes at the wrong time.

    p/s :: cemane nak buat entry matang? lol. :P

    Monday, 3 September 2012

    anak dara suka 'kaknam'.

    'kaknam' tu sebenarnya aku taktau cemane nak eja. mak aku dok sebutsebut benda alah tu sejak aku kecik lagi yang bermaksud, emm cemane ek nak cakap. kira banyak ragam, ada jee benda yang memandaimandai nak buat. kalau korang tahu makna yang lebih tepat lagi sila lah beritahu ye. hehe.

    tapi itu cerita berbelas tahun dahulu. sekarang kami dah membesar menjadi anak dara yang bukan lagi memandaimandai tapi betulbetul pandai. hewhew. kami? aku dan sepupu paling rapat, Siti Solehah binti Jamil. kalau nak diceritakan zaman berbelas tahun dahulu tu, entry ini mungkin akan jadi membosankan. sebab motif aku nak cerita pasal, kitorang berjumpa semula selepas terpisah selama lebih kurang 12 tahun. sebenarnya pernah jumpa dah masa 2010 kat sini. then, she was offered to pursue her degree in UiTM Puncak Perdana. haruslah datang awal maka wajib transit di Melaka untuk melawat. aitceh. 


    2012
    21 y/o : 20 y/o

    2010
    19 y/o : 18 y/o
     *fuyohh belasan tahun tewww =.='




    dan mungkin gambar yang lain boleh translate zaman kanak-kanak kitorang back then. well, selamat meneruskan pengajian seminggu lagi yeeeeeeeeeeeeeee :D

    p/s :: aku selalu memikirkan dia, siapa dia sebelum daku.

    Sunday, 2 September 2012

    puisi lagi.

    dulu, aku dikecewakan.
    kemudian, aku mengecewakan.
    lalu, aku dikecewakan lagi.
    sekarang, aku tak mahu mengecewakan.
    lantas, aku akan pergi.

    :'(