Friday, 17 August 2012

Entry Malam Jumaat #2

takdelah malam jumaat sangat kann. idea jee yang terlintas pada malam tersebut.

tadi aku mengaji. baca punya baca, sampai lah ke surah Al-Jin. aku pun terus stop. sebab aku teringat pada suatu kisah yang mak aku cerita dulu. sampai sekarang aku berpegang pada cerita itu takut-takut jadi kat diri aku yang keadaannya penakut nauzubillah.

macam ni ceritanya...

pada suatu hari, terdapat seorang hamba Allah yang sedang mengaji Al-Quran. surah yang dibacanya ialah surah Al-Jin. semasa beliau sedang dalam pembacaannya, tiba-tiba muncullah makhluk Allah tersebut. lalu hamba itu bertanya,
"mengapa engkau datang ke mari?"

lalu makhluk tersebut menjawab,
"engkau yang panggil aku."


waaa aku pun mak oii serram nih. lepas tu aku taktau lah apa yang jadi sebab mak aku cerita sampai situ je. sejak dari tu, aku tak pernah baca surah tu malam malam. kata lah apa korang nak kata. aku memang tak kuat.

p/s :: mission accomplished.

1 comment: