Friday, 31 August 2012

Fearless Friday #2


ini kakak-kakak senior masa aku tinggal hostel dulu. tapi yang kiri sekali tu aku tak jumpa but the meeting went so well. masa aku form 1, diorang ni form 4. anddd i got a sister. :)) memandangkan aku anak sulung, haruslah excited ada kakak angkat ni. standard lah kan kalau tinggal hostel mesti nye lah ada adik-beradik angkat yang tak terangkat nii. hewhew. so my kakak yang pakai baju pink tu. Nur Farhana binti Othman. tak sangka rupanya dah 7 tahun sejak kak Ana jadikan aku adik dia. alhamdulillah sampai sekarang tak lost contact even jarang contact. harapan harus ada, iaitu kita sentiasa berhubungan sampai bila-bila, insyaAllah. sayang kak Ana sangat... :')

p/s :: sorry tak dapat pegi kenduri aqiqah tu.

Thursday, 30 August 2012

ini lagi satu kisah sedih.


tapi kelakar bagi guwa. hukhukk. bukan niat aku nak mengutuk ke mengata ke apa. kesian pun ada. tapi rasa macammm emm aish memang kelakar lah. :P

tadi petang aku keluar dengan mak aku. dalam kereta tengah on channel ERA kat radio. jamjam camni slot petang ERA ke hape entah untuk orang kolingkoling callingcalling lah sembang dengan DJ tu. dandan ni ada sorang awek call. tersedu sedan. ini dalam hati guwa dah kenapa pulak awek ni...

DJ      : hello..hai siapaentahnamaawekni.

Awek : hello..wuwu saya tengah sedih sangatsangat nii. wuwuwu.

DJ      : kenapa awak sedih sangat ni? ce cite ce cite.

Awek : harini abg senior tempat saya kerja tu berhenti. saya suka sangat2 tahap gaban kat abg tu. wuwu. tadi masa balik saya nak jumpa dia tapi tengoktengok dia dah terus balik. takde cakap pape punn. wuwuwu.

DJ      : err.. (diam)

Awek : wuwuu dahlah fesbuk dia pun saya takdee..

DJ      : time ni aku tak dengar DJ tu cakap ape pasal aku dah tergelak geli hati.

aku rasa kelakar sebab pasal benda macenggini pun dia nak bagitau satu malaysia. mentang-mentang esok 31 Ogos. bebas merdeka sungguh nak cerita hal macenggitu di 'udara'.

kesian pulak pasal cintanya tak terluah lalu tak dapat terbalas oleh abg senior tersebut. dahlah fesbuk pun takde ek.

apa-apa pun, post ni bukan ada niat untuk menyindir atau menyinggung perasaan sesiapa. plus dialog tu pun ada yang aku tambahtambah sikit. nak kasi unsur humor kate koooo. sekadar berkongsi hari yang aku lalui. weee :D

p/s :: tak sabarnya nak tunggu Isninnnnnnnnn

Saturday, 25 August 2012

jangan sampai gua kerat lu lapan belas...

cerita raya kita postpone dulu. postpone tak postpone ada aku kesah ke.

sebab aku nak bagitau satu penyesalan je. hhmmm.






aku menyesal beli baju sebelum puasa. ggrrr. =.='

siyes woh. tak logik betul gain weight waktu puasa. cisdel sungguh. huh. tunggu lah lepas naik sem nanti. 
...baru lu tau erti penyesalan. >_<

p/s :: berhenti berharap - sheilaon7

Wednesday, 22 August 2012

takyah nak Wordless Wednesday #7 sangat lahh.



from left (in front) :: Pak Teh, Pak Ngah, Farah, Iris, Safra, Fatin (blakang Safra), Syaurah, Anis, Fakhira, Ami

from left (back) :: Syaa, Mak Lang, Nadia, Mak Ngah (blakang Nadia), Auntie, Mak Long (mak), Najwa, Meksu, Mak Teh, Peksu

last man from left :: Uncle, Pak Long (ayah), Adam, Muaz, Ain, Mak Cik, Syaida, Pak Lang, Pak Cik

Pak Long's :: Pak Long, Mak Long, Syaa, Muaz, Ain
Pak Ngah's :: Pak Ngah, Mak Ngah, Najwa, Nadia
Mak Lang's :: Pak Lang, Mak Lang, Fatin, Farah, Anis, Fakhira
Pak Cik's :: Pak Cik, Mak Cik, Ami, Syaurah, Safra, Syaida
Auntie's :: Uncle, Auntie,  Iris
Mak Teh's :: Pak Teh, Mak Teh
Meksu's :: Peksu, Meksu, Adam
Syaa's :: Abg Long, Kak Long, Amar Zafran

eh eh.

Selamat Hari Raya Aidilfitri, Maaf Zahir & Batin 
from Philadelphia with LOVE :)

p/s :: you better run run run run runnnn

Saturday, 18 August 2012

goodbye, i'll miss you.

akhirnya, ramadan pergi lagi. insyaAllah jumpa lagi tahun depan. kalau ditakdirkan tak sempat, ni lah kenangan terakhir aku dengan mak aku waktu ramadan. sobs.




mak gigih tolong :'D



dua hari sebelum raya baru aku buat kuih ni. padahal plannya masa first week puasa haritu. kuikui. alhamdulillah jadi jugak akhirnya. ni semua hasil air tangan sendiri. mak tolong bakar kuih and tunjuk cara cara guna handmixer sahaja. lama gila woh. insaf aku bila fikir pasal orang susah yang buat kuih nak jual pagipagi tu. okay Aidil. dah kantoi dengan awak. konfem dah takyah teka dah kuih mana saya buat masa datang rumah nanti. hewhew. kalau nak recipe boleh copy seperti yang tertera beserta procedure nya sekali. tu pun kalau korang faham lah tulisan cantik aku tu. nak jadi doktor tak cukup bijak kannn ;P

p/s :: philadelphia i'm cooomminggggggggg

Friday, 17 August 2012

Entry Malam Jumaat #2

takdelah malam jumaat sangat kann. idea jee yang terlintas pada malam tersebut.

tadi aku mengaji. baca punya baca, sampai lah ke surah Al-Jin. aku pun terus stop. sebab aku teringat pada suatu kisah yang mak aku cerita dulu. sampai sekarang aku berpegang pada cerita itu takut-takut jadi kat diri aku yang keadaannya penakut nauzubillah.

macam ni ceritanya...

pada suatu hari, terdapat seorang hamba Allah yang sedang mengaji Al-Quran. surah yang dibacanya ialah surah Al-Jin. semasa beliau sedang dalam pembacaannya, tiba-tiba muncullah makhluk Allah tersebut. lalu hamba itu bertanya,
"mengapa engkau datang ke mari?"

lalu makhluk tersebut menjawab,
"engkau yang panggil aku."


waaa aku pun mak oii serram nih. lepas tu aku taktau lah apa yang jadi sebab mak aku cerita sampai situ je. sejak dari tu, aku tak pernah baca surah tu malam malam. kata lah apa korang nak kata. aku memang tak kuat.

p/s :: mission accomplished.

Tuesday, 14 August 2012

ramadan.

sedar tak sedar, dah 25 ramadan berlalu pergi. sekali lagi tahun ni, aku berpuasa sepenuhnya kat rumah. al maklum cuti semester 2 bulan lebih kan hewhew. untunglaa dapat raya lama sikit dari tahun lepas. padan muka korang freshieeee wakaka.

despite puasa kat rumah, aku ada jugak simpan angan angan nak berpuasa kat negara lain. macam atlet pegi olimpik kat london tu. hehe. lepas tu, nak hantar ucapan raya salam perantau dalam suratkhabar malaysia tu. mesti best bila family tengok muka ceriaceria sedih aku dengan suami bertemankan salji yang turun depan Eiffel tower.

takde idea apa nak taip lagi. sekian.

p/s :: aku tak penah sayang kawan aku macam aku sayang Nasha.

Monday, 13 August 2012

if i was your best friend.

sepanjang aku terlibat dalam sosial hidup, sering kali aku bertukar tukar nama yang mendapat takhta 'best friend' aku. haha. bunyi macam bangang je. hm. sampai aku umur 20 tahun ni baru aku terfikir semuanya. dari aku tadika sampai masuk matriks, aku ada someone yang aku anggap best friend aku. tapi, sejauh mana best friend itu mencerminkan makna sebenar di sebalik frasanya yang indah tersebut. okay aku nak tukar course sastera ataupun pengajian Bahasa Melayu ataupun pendidikan.

sejak dulu, aku anggap best friend tu bermaksud kawan baik. baik sangat. gilagila punya baik. semua benda dikongsi bersama.

apa yang aku cuba nak sampaikan kat sini ialah, aku rasa aku takde best friend pun sebenarnya. dan orang yang aku anggap best friend tu datang pada saat tersebut dan pergi setelah berlalunya tika itu. kalau ada sesiapa yang baca post ni, aku nak minta maaf dulu kalau terasa dengan apa yang aku taip ni. kawan tetap kawan.

aku tibatiba terfikir, sekiranya aku mempunyai seorang best friend, sudah tentu segala setiap apa yang berlaku  akan aku maklumkan kepadanya begitu juga dengan diri dia. pasti aku juga tahu selok belok hidupnya. namun, apa yang berlaku, sebaliknya. atau mungkin sebenarnya, aku sememangnya tidak gemar untuk bercerita perihal  yang berlaku kepada orang tapi aku terfikir juga mana mereka yang ku panggil best friend dulu? dan kadangkadang aku menanti pula mereka menghubungiku. ah aku ni. bajet queen pulok kahkah.

okay back to student environment. huk aloh. pada pendapat aku, aku nak memperbetul je frasa best friend tu. mungkin lebih sesuai sekiranya mereka digelar kawan rapat. macam sama je kan. hukhukk. tapi apa yang aku rasa lah, rapat menunjukkan macam dia tu room mate ke bed mate ke ex classmate ke yang jumpa balik masa further study. sebab macam orang tengok aku je, mesti ada dia. tapi tak semua benda aku share dengan dia. of course ada sembang sembang tapi mungkin takde sampai luar dalam dia tahu pasal aku, macam tu jugak dengan dia. then, bila dah habis study ke, terpisah utara selatan dah tak sembang selalu dengan dia. and that time akan ada seorang kawan baru; kawan rapat to be.

in fact, mereka yang aku kata best friends dulu, kadangkdang dah lost contact. tak tahu apa cerita dia sekarang. ada yang text tak reply. fesbuk jadi friend tapi takde chattingchatting pun. tanyatanya khabar. haha. aku tak tacing pun. takde hal lah. yang penting aku baik dengan semua orang. cuma aku nak share dengan korang je pendapat ku tentang frasa best friend. tapi tak mustahil, ada sahabat sejati, best friend sebenar yang aku bayangkan. after all, whoever is known as my friend, i will make sure that he or she feels 'best' with me. kuikui bajet apa pulak kali ni hah? ;P till then. i love you friends.

p/s :: lamanya tak tengok movie di cinema.

Thursday, 9 August 2012

budak form two, 2006

satu hari tu, tengah2 aku scroll homepage kat facebook, aku terjumpa satu benda ni yang membuatkan aku terimbas beberapa memori gila yang aku pernah buat masa zaman sekolah dulu.


nampak gambar tu bole cakap "alah setakat cucukcucuk begitu rupa je ape de hal." but i did something i can tell you, extreme. at first, memang aku cubacuba buat macam dalam gambar tu. then aku pasang benang kat jarum and start to sew patterns kat jari. finally, i made 'syaa' on my palm. boleh bayangkan tak kat tapak tangan ada perkataan 'syaa' yang dijahit menggunakan benang putih? it was a form of art. :D

masa form two aku jadi pengawas. lebih tepat lagi mawas? err =.=' one day, masa rehat member aku beli air tin. lepas habis, aku kemekkan and start sepaksepak tin tu. tibatiba jee ada satu pasukan 'tin sepak' kat depan kelas aku as i was the captain. haa terbaik lah. class aku kat bangunan tiga tingkat and the class kat floor atas sekali. biasanya, lepas rehat cikgu masuk lambat plus, location class aku sangat strategik so tak pernah ada cikgu yang punctual right on time masuk class aku tu. so dengan penuh semangat kesukanan kitorang pun teruskan main sepaksepak tin tu sambil diperhatikan oleh ahli pasukan bola sepak sekolah dari kelas sebelah. >_< tapi nasib tak baik, tetiba ada cikgu dari kelas bawah yang integriti naik untuk hambat kitorang. macam pelesit masuk kelas duduk tempat masingmasing. yang takbole blah tu, member aku sorang ni yang last sekali duduk tapi dia bukan dari team and cikgu tu tuduh dia. bapak klakar muka dia time tu. kahkah takleh tahan gelak lepas cikgu tu blah. at the end, we kantoi. anddd i was the only prefect in that team. big hand for me ;P but i still jadi prefect sampai form 3 and naik form 4, i resign.

my prestasi dalam exam fluctuate sebab selalu ponteng kelas. tapi bukan teruk sangat pun. kelas BM je selalu skip sebab cikgu tu haih taknak cakap lagi lah. and dia ajar seni. so one day, rasa malas gila nak stay dalam bilik seni tu. aku dengan member aku 3 orang naik class. Mal, Hieda, Tieja. kitorang start cerita hantu. okay memang best lah nak cerita hantu dalam kelas kosong yang ada bilik misteri kat belakang class sambil class sebelah ada cikgu. bila dah duduk tingkat atas, angin pun takde sepoisepoi bahasa lagi dah nak bertiup. terus fizik kimia punya angin yang menyebabkan pintu beberapa kali terhempas lalu mengeluarkan suara perempuan kitorang yang saspens sendiri. memang nasib tak baik, cikgu class sebelah tu cikgu garang so one more time, kantoi. ggrrr. fortunately, tak kena apa apa tindakan. hehehe mandrem. ;P



form two ni kadangkadang boleh kata honeymonn year macam form 4 lah. bagi aku lah sebab aku tak amik kesah langsung pasal PMR tahun depan tu. kadangkadang cikgu tak masuk kelas. one day aku lepak dengan Hieda and Tieja. sembang punya sembang, Hieda jumpa 1 sachet nescafe dalam beg dia. pastu aku tak ingat siapa punya water bottle yang ada penutup cawan tu. aku pun bancuh nescafe tu dalam penutup tersebut. sudu takde, guna jari pun bolehhh. and the drink was shared among three of us. ngee. tak cukup extreme lagi, jumpa pulak highlighter kaler pink dalam pencil case Hieda. tak tak tak bukan aku conteng meja dia but...aku apply kat bibir ala ala lipstick gitewww. siap buat line pakai pen merah dakwat basah. ya the whole class kata aku gila. hm aku tak gila weh. aku masih teruskan belajar ni. :(

hehehe so basically tu je lah kisah budak form two masa tahun 2006 di mana? di Sekolah Menengah Kebangsaan Ghafar Baba. sekian.

kalau ada typo dalam entry ni sila abaikan k. byeeeeee.

p/s :: kalau dapat, kaya aku weh. hehe.

Wednesday, 8 August 2012

we are young.


sometimes,

you don't have to struggle to have fun.
you don't even need complex machines to get amused.
you don't have to care about what people would say.

it is all right to do childish things.
it is okay to act like kids.

because life is never better than what you are going through now. HAVE FUN :)

lotsoflove,
Syaa <3

p/s :: Go The Pocket Rocket Man!

Monday, 6 August 2012

saja nak tambahkan posts list.

jangan menyesal andai gagal,
jangan mengutuk andai terduduk,
jangan mengalah andai kalah,
PANTANG KU MAUT SEBELUM AJAL.

Sunday, 5 August 2012

entry tiada motif.

hai!

pagi ni saya tak tidur semula lepas subuh walaupun selepas overnight di rumah. saya sedang menguatkan jantung saya. yeay byeeeee :D

Wednesday, 1 August 2012

Wordless Wednesday #6


aku harap jantung aku masih terus kuat, sebab umur aku dah DUA PULUH tahun.

p/s :: we are tough.