Friday, 27 July 2012

marah semerah cili.

timetime puasa ni, memang lagi wajib lah duduk rumah tak keluar. ye lah, time tak puasa pun duduk rumah je, time puasa lagi lah kena duduk rumah. before aku proceed, nak inform typo pada entry lepas ::

*basically
*dengan


kalau ada yang lainlain tu abaikan lah je okay. maka, hari ini lebih menjurus kepada aktiviti menyiapkan bahan bahan masak. paling penting yang mesti ada kat dapur rumah aku ialah bawang mesin and cili mesin. memang dah jadi tugas aku gunting cili dari dulu tapi harini up lagi, kupas bawang and mesin kan semua benda alah tu. dari tengah hari sampai lah ke petang baru siap. huhu. lama gila. naik pijar pedihpedih segala lah duadua tangan aku ni. muka pun masam je. gangguan emosi mungkin faktor adikadik aku balik rumah kot harini. gila dengki kan. taklah, mungkin dah nak lompong kot puasa ni. XD

so, dah siapsiap semua tu, mandi solat apa semua, buat air kopi o and jus oren, tunggu lah waktu nak buka puasa. dandan tu, ada orang call pulakk. angkat je, tut tut tut tut. bukan telefon tu kentut tapi talian terus putus. okay fine. guwa relax la. padahal dengan tangan rasa macam ni, hati rasa macam tu, panassss je tetiba. then ada call lagi, adik aku lak yang pegi jawab. ponnn sameee. haish. mainmain pulak orang tengah tahan sabar ni. kali ketiga, biar lama sikit, aku pegi jawab...

aku      : ........... (senyap je)
mamat : hello?

okay laki rupanya. aku dah bajet dah dia ni konfem member adik aku. suara budak gila. cover lah tu bila aku yang jawab call.

aku      : hello. 
mamat : hello, nak cakap dengan Ain.
aku      : siapa call tadi. kau ke yang call tadi??
mamat : a'ah. battery low ar..

konfem lah. cara cakap memang macam adikadik jee. aku pun pass lah kat Ain. Ain dah cuak dah pasal aku tanya tu memang style marah habis. entah apehal entah aku. cakap punya cakap, Ain aku tengok dah tersengihsengih. aku tanya la dari dapur aku jerit "sape tu Ain??" sekali kauuuuu

Ain : tu ustaz Ain laa. dia ajar Ain tilawah.

Astaghfirullahalazim..........gila malu akuuu. tu lah main terjah je kan. Ain kata ustaz tu tanya aku siapa, umur berapa, style cakap macam takpuas hati dengan aku. haha. nasib baik Ain minta maafkan aku. hah padan muka aku. nak marahmarah sangat. padannnnn mukaaaaa. pasni aku berazam untuk lebih berhatihati ketika menjawab panggilan tak kira lah style apa pun orang tu cakap. SABAR JE LAHH...

p/s :: cinta hati :)

No comments:

Post a Comment