Thursday, 19 July 2012

Entry Malam Jumaat #1

amboih sekarang semua title nak buat numbering kann. 

**********
kisah ini berlaku semasa aku di sekolah menengah, form 4. orang kata form 4 ni honeymoon year. alahh mulamula masuk dulu dah berazam lah konon takkannye termakan katakata klise tu tapiii pahampaham lah je kann. tak kesah lah tu. satu hari tu, aku balik sekolah lewat petang dgn member aku, Nina. sebabnye, ehem kena tahan dengan cikgu disiplin kerana didapati ponteng kelas. hukhukk. biasalah kena bebel. nasib baik tu festime kantoi. so takdelah kena tindakan pape sangat. hehe.

so, kitorang jalan samasama then sampai depan gate tu kitorang berpecah. elok je kitorang separate tetibe cuaca mendung semacam. meremang lah jugak bulu roma ni. bulu roma cukuplah. aku pun teruskan langkah cecepat. baru je aku nak speed tetibe aku dengar suara budak pompuan jerit. kuat gila woh. sampai aku terjelepok kat jalan depan sebatang pokok besar yang memang sejak azali lagi ada kat depan sekolah aku ni. aku taktau lah sape yang tanam pokok ni. besar punyaaa. siap ada ranting-ranting yang berjurai lagi.

timetime camni memang taknak seram lah pulak kann. elok je aku nak bangun tetibe aku nampak budak pompuan pakai short dengan tshirt putih terjerut kat ranting-ranting kayu yang berjurai tu. rupa dia dah macam mayat dengan darah keluar dari mulut dia sambil dia jeritjerit cakap "lepaskan aku! lepaskan aku!" . aku dengan suara pompuannye apalaga jerit sekuat hati sampai Nina yang dah jauh tu pun u turn carik aku. lastlast kitorang jerit sesama tengok mayat tu kat pokok. Nina ni berani sikit so dia pun terus tarik tangan aku lari dari situ. dengan pakai kainnya memang terbaik lah. tapi time tu memang tak fikir apa dah. kecuk peghuk wehhh.

tengahtengah lari tetibe BUKK! terlanggar pulak sorang mamat ni. hensem tu boleh kata lah. ecehh sempat gatal. dia pun tanya lah kitorang, "apasal ni dik?"
aku terus jawab "kitorang nampak mayat budak pompuan tergantung kat pokok tu!" sambil Nina tunjuk kat abang pokok tu.
then abang tu tanya lagi, "budak pompuan tu..macam tomboy ke?"
kitorang iye kan lah. tetibe abang tu pulak yang lari. tapi dia terus berlari ke arah pokok tu. tengok abang tu lari lintang pukang, kitorang pun blah laa. takdenye nak tunggu abang tu patah balik mintak number phone ke, fesbuk ke ape. sampai kat depan gate sekolah tadi, kitorang terserempak pulak dengan pakcik pembersih sekolah ni. assume je pembersih sebab dia pegang penyapu tapi macam dah lama je tak nampak dia. pakcik tu terus tanya kenapa kitorang tak balik lagi. kitorang yang dah rasa lega sikit ni pun ceritakan lah hal tadi. hah amik kau. terkejut cipan kitorang bila pakcik tu cerita...

3 tahun lalu seorang budak perempuan, Ati namanya main sorok-sorok. dia menyorok atas pokok, malang tak berbau tiba-tiba hujan. dia tergelincir dan terjerut pada ranting-ranting kayu yang berjurai tu ha. kemudian abang Ati, Azlan mula bimbang bila adiknya tidak pulang ke rumah malam itu. dia pun mencari dan terus mencari. malang tak berbau gak, dia pula ditimpa kecelakaan. pasukan penyelamat mengambil masa 5 jam untuk mengeluarkan Azlan dari tanah yang telah menimbusnya itu. yang tinggal hanyalah bapa mereka yang sudah uzur. si tua itu menangis seharian mengenangkan nasib dirinya yang kematian 2 orang anak yang disayangi.

"ka..kalau macam tu..abang hensem yang kita jumpa tadi tu.."


"abang dialah!!"


weii gila betul pale otak aku masa dapat tau cerita sebenar. balik rumah aku terus tidur selubung selimut. nasib baik gak tak demam. esoknya, aku pegi minum kat kantin time rehat dengan member aku tu. dia tanya la aku still gelabah ke pasal semalam tu.
aku cakap la "tu kali pertama aku jumpa hantu depan mata derr. nasib baik pakcik pembersih sekolah tu jelaskan. kalau tak sampai hari ni aku gelabah gila."
kebetulan makcik jual kuih ada dekat ngan kitorang and terdengar amende yang kitorang dok sembang ni. tetibe je dia tanya, "eh? anak cakap pasal pembersih sekolah? tak mungkin!"
kitorang pun iye kan lah and tanya balik, "kenapa makcik?"
kali ni terkejut tenggiling pulak kitorang bila makcik tu cerita...

setahu makcik...pakcik pembersih ni dah meninggal 3 tahun lepas. dia hilang 2 orang anak dalam masa yang sama. orang kata dia mati uzur tapi makcik percaya dia mati sebab patah hati. lagipun kat sekolah ni, kita mana ada lagi pembersih sekolah lelaki...

kitorang terus blah dari situ, mintak cuti kat cikgu pasal badan kitorang dah sejuk gila menggigil-gigil. seminggu kitorang tak datang sekolah dan kawasan tu dijadikan kawasan larangan sejak hari itu.

**********

disebabkan ada yang percaya membaca entry lena vs leher sebelum ni, aku nak habaq mai lah kat hampa yang cita ni pon rekaan jaa sematamata. takdak kena mengena langsung dengan sesiapa. kalau nak taw kesah sebenaq lagu mana, hampa carik komik 'Dari Alam Angker' karya PUYUH yang ada cover orang kat public phone teww. sekian.

p/s :: SELAMAT BERPUASA ! yeayyyy :D

No comments:

Post a Comment