Friday, 22 June 2012

nikmat.

nikmat yang aku kecapi sekarang, entah bagaimana lagi mahu ungkapkan kesyukuranku padaNya.

tapi yang pasti, nikmat yang ditarik ketika bulan Ramadan ialah nikmat mengorek hidung dan telinga. hewhew.

p/s :: last payyperr Ahad woh.

taknak demand lebih...

...nak niii jeee pleaseeeee...

Black - Front

Black - Back
White - Front
White - Back
ataupun ada hoodies yang lagi cool, superb and awesome. hadiahkanlah kat aku pleasee. sumpah aku mengidam full covered hoodies ni. terima kasihhhhhhhhhh. :D

p/s :: terima lah kasih.

Sunday, 17 June 2012

mata.

aku rasa aku dah nak buta dah.
jalan depan ku lihat kabur.
mungkin tak lama lagi langsung gelap.
dan semua orang pasti akan tinggalkan aku.
menderita aku seorang diri.
sehingga mati..

Thursday, 14 June 2012

pengawas ganas.

haa tengok super spontan ada angsa ganas kan? yang ada zizanG tuu. :P ni nak cita pasal pengawas ganas pulak. ehem ehem.

i met my old school friend, back to kuantan 1999-2003. old enough hah? never meet since then. now we were studying at the same place, awesome UPM. *bodek TNC kakkiba hahah. and she's my classmate's room mate. one day, i asked syahirah that ain ada cakap pape tak pasal aku bila jumpa masa dah besar skang? maklumlah duludulu kecik molek comel lote tak matang langsung pegi skolah bawak beg roda tarik ramairamai kahkah. know what she said?


"macam mana lah kalau dia ada pakwe. masa sekolah dulu dia ganas."


hah. amik kau sebijik kena. hahah err am i really ganas masa sekolah rendah dulu? =.='

aku pengawas masa kat sana since darjah 3 sampai darjah 5. plus, aku penolong ketua pengawas sesi petang masa darjah 4 ke 5 entah. aku taktau la tang mana yang dia bole cop aku ganas sampai imagine kalo aku ada pakwe cemane haha.

time rehat kitorang memang dilarang duduk dalam kelas. disebabkan blok kelas aku ada 4 tingkat, so ada pagar kat first floor. time recess je mesti ada pengawas yang bertugas jaga pagar; buka kalau ada orang nak turun, tutup kalau ada orang nak naik. kira memang restricted gila lah kelas timetime rehat. so, in the number of prefects, ada yang tukang buka tutup pagar and others pegi round kat classes atas if ada students untuk halau suruh diorang keluar and turun. girls always follow the rules but boys? haa ni memang satu cabaran. hihi malu pulak nak bagitau. ha ce cite ce cite.


  • bila arahkan suruh turun bole blah lari tinggalkan guwa macam tu je kan. sebabkan takut dgn cikgu tengku rozita (cikgu pengawas yang garang gila babeng, selalu kena marah time meeting) , jadi pergi KEJAR !! kejar sampai dapat tangkap. dah tak ku hirau kelelakian dia asalkan aku dapat cekak kolar baju dye bawak dia turun dari blok tu.
  • one fine day insiden kejar mengejar ni ada siapkan penyodok nak halau aku pergi in case aku nak cekak baju diorang. heh. selamba je aku tangkap penyodok tu but dia tak lepaskan then aku terseret beberapa meter atas lantai. puihh abes kotor kain aku. tak guna betul.
  • some day, aku dapat sorang budak ni aku bawak dia turun then aku tertolak dia kuat then dia jatuh tergolekgolek kat tangga tu ke bawah. and and and dia nangis ! sakit kot kepala dia. then aku bribe dia cket supaya dia tak report hihi. cuak woh. aku cakap kalau kau tak stop nangis and tak bagitau cikgu aku bagi dia naik setiap kali rehat if he wanted to. ciss. tercalar integriti aku. T_T *tapi takde siapa yg tau hukhukk.
  • kalau 13 mei 1969 tu rusuhan kaum, setiap selang beberapa hari di sekolah tu ada rusuhan pagar. gila woh diorang ni. obses gila dengan kelas diorang kat atas tu. beriya gila nak naik sampai merusuh. kadangkadang berjaya kadangkadang tak. sampai tangan aku pernah terluka. pegi report kat cikgu tengku then diorang kena marah hehe. *tu lah siapa suruh tak bribe aku. XD


tu je yang aku boleh ingat apa aku pernah buat dulu, kemungkinan yang boleh diterima pakai untuk ain cop aku ganas. ciao!

nanti saya upload gambar saya darjah 3 pakai baju pengawas Sekolah Kebangsaan Indera Mahkota okeh. kihkih.

p/s :: ruparupanya kau idaman orang sekian lama.

Wednesday, 13 June 2012

memang.

ah memanglah. memang memang. memang aku struggle untuk dapat carry marks tinggi masa tests tu tak berguna pun untuk tolong aku dapat pointer exam yang bagus.

eh akak ni ada yang aku cekik jugak. masa dalam kelas cakap lain. memanglah. memang. memang akak je lah yang pandai dan betul.

aku takkan survive dalam second semester ni. kbai.

Tuesday, 12 June 2012

1 more killer paper.

i thought second day would be better but it was spoilt by this question --->

Jelaskan bagaimana keharmonian penduduk dengan kelip-kelip? 10 MARKAH



p/s :: pusat sains negara.

Monday, 11 June 2012

BESAR punyaaaaa

haaaa hahahahaha gila sekejap.

harini first day final exam for semester 2. woot woot. a quite good start for KENEGARAAN paper. hehe even though malam tadi takbole tidur woh sampai 3 pagi. mulamula dah ngantuk dah 1 lebih tu. baring jee hah segar bugar mata. lalu apalaga sumbat telinga dengan earphone, pasang lagu entah pape yg ada dalam playlist sambil mesej encik AA lalu tertidur dengan sendirinya. my bad, sorry.

dalam pukul 6.15 tu stereo heart dah memekak suruh bangun plus dengan kakcik call. rasanya baru je nak bermimpi. potong stim betoi lah hukhukk. dengan diri yang gigih dan gagah, bangun pegi mandi and siap. sebenarnya teruja sikit sebab ni first time exam kat dewan BESAR. maaf ter caps lock. sem lepas kat bilik seminar jee wuwwu. boleh dikatakan group terawal lah yang sampai. exam 8.30, aku dah sampai 7.30. tak tak, tak bangga pun. nombor meja aku 499 dari 5ratusberapatah makes my position fourth from back, exactly at the side of the divider. oh my english. =.='

bajet bajet sejuk gila dalam tu macam dekat korea time winter tapi jadah lah. overall, semuanya okay hehe. em mengikut perkiraan dan motivasi entry lepas, insyaAllah boleh skor tapi mengikut percaturan selepas exam yang ternyata ada tertinggal dua points penting menyebabkan tahap keyakinan jatuh merudum sobs. :'( tu lah waktu study break berjimbaaa jee kann sambil memalaskan diri. inilah hasilnya. don't try this at your university. at your home okay.

jadi, marilah berusaha untuk paper seterusnya iaitu Prinsip Biologi Alam Sekitar. *nama course bajet tak? :P



p/s :: KHAMIS !

Friday, 8 June 2012

M.

jumaat, 8 jun 2012, 18 rejab 1433H. hari ni dah masuk hari ke-5 study break. 2 hari lagi final exam. dan aku masih tak bersedia. terbaik.

aku pun tak tau lah kenapa sem 2 ni aku rasa malas sangat nak study. kalau masa sem 1 dulu, first day jee aku dah start cover skop. sampai nak termuntah aku menghafal fakta-fakta segala tu. tapi this time, entahlah. dahlah carry marks pun ala ala lulus jee. cemane nak masuk dalam dean's list ni ce cite. hah. sebenarnya jasad aku jee yang ada kat sini, hati perasaan minda semua dah melayang ke rumah dengan perkara-perkara lagha yang lain. balik kolej haritu homesick woh. tak penahpenah guwa homesick tetibe rasa runtun je jiwa ni meninggalkan rumah dengan parents. uhuhu. despite all that, aku tetap nak mengejar cita-cita dan mencapai impian aku. cehcehh. setakat nak dekan je pun. and after grad of course lah nak kerja dekat kilang yang join venture dgn petronas baru kat Johor tu. oh duit. untunguntung boleh kerja sama dengan encik AA. hewhew.

dahlaa. sebenarnya takde motif apa pun aku post entry ni even sebenarnya ada banyak jugak kot benda yang aku nak share. tapi always terbantut and left just like that. kenapa aku semakin malas dan malas dan malas dan malas dan malas dan malas dan malas dan malas. huwarghhh. aku teringin nak jadi perempuan sejati. awww.


p/s :: i mengidam kek aiskrim baskin robbins lahh. :P

Thursday, 7 June 2012

this is a sad story.

"it's sad when the people who gave you the best memories, become a memory..."

-ANH-
Bila Aku Jatuh Cinta.

p/s :: 2 weeks to go and i'll be free.

Monday, 4 June 2012

sepi.

bisikku pada bulan kembalikan,
temanku, kekasihku, syurgaku,
tanpa dia,
malam menemaniku, sepi memelukku.

bulan jangan biar siang,
biar alam ini kelam,
biar ia sepi sepertiku.

hello june :)

when i did not publish my birthday date on facebook, and they had the same birthday date with me. :)

naaa. aku tak hamak kesah pun pasal wishes on birthday. tapi aku tak tahu kenapa aku rasa sedih sangat. umur 20? sorry  im twenTEEN okay haha. tak tak takde kene mengena pun kot. yang penting aku sedih.

i don't always get sad, but when i do, it's terribly horrible.

goodbye, i don't have any mood on this kind of thing for a while.