Friday, 18 May 2012

lena vs leher

aku sememangnya meminati lagu-lagu rock kapak zaman 90'an. kumpulan yang menjadi kegilaan aku ialah kumpulan Ukays. antara lagu yang sering menjadi siulan harian aku sepanjang masa ialah lagu 'Seksa'. bagi aku lagu tersebut cukup meruntun jiwa. rakan-rakan memang mengenali aku sebagai minah jiwang kapak.

pada satu malam, aku tak dapat tidur. entah mengapa susah benar aku untuk melelapkan mata. lantas aku teringat sebaldi baju aku yang belum berbasuh. alang-alang esok hari jumaat, kelas pagi pun tak ada, maklumlah kat universiti mana ada jadual kelas macam sekolah. lalu aku terus bangkit membawa baldi dan sabun untuk membasuh baju-baju tersebut di bilik air. waktu sudah menunjukkan hampir tengah malam. selalunya masih ada budak aras aku yang akan ke bilik air untuk memberus gigi atau membasuh bekas makanan mahupun mandi namun malam itu masing-masing tidur awal agaknya kerana seorangpun tiada yang lalu-lalang di situ.

tanpa mempedulikan kawasan sekeliling, aku pun terus memulakan tugasku. suasana sunyi sepi.

"aiseh! handphone tinggal pulak. kalau tak boleh lah guwa dengar lagu-lagu baru download tadi. haih."

aku mengomel sendirian. bagi menghiburkan diri sendiri, aku terus menyanyikan lagu kegemaranku iaitu Seksa. kali ini aku menyanyikan lagu tersebut dengan lirik penuh. setibanya di bahagian korus,

"walaupun lenaku panjang.."

tiba-tiba aku terdengar satu suara,

"walaupun leherku panjang.."

aku lantas mendongak ke atas apabila terlihat satu bayang-bayang dan aku melihat bahawa ada satu lembaga BERLEHER PANJANG SEDANG MENJENGAH AKU dari bilik air sebelah ! mukanya berulat dan berdarah-darah. tanpa sekelip pun mata, aku membuka langkah seribu untuk pulang ke bilik. malangnya, kunci bilikku pula tertinggal di bilik air tersebut. belum sempat aku berfikir apa-apa, aku sudah mendengar suara di belakang telingaku,

"walaupun leherku panjang.."

dan aku tak ingat apa-apa selepas itu. sesedarnya aku, aku sudah berada atas katil dalam bilikku. roommate ku kata dia terjumpa aku terbaring tidak sedarkan diri depan bilik. badan aku panas dan aku demam seminggu. baju-bajuku di bilik air bersepah. sampai sekarang, aku tak berani membasuh baju pada waktu malam lagi malah lagu-lagu Ukays semua aku buang dari handphone dan ingatanku terutamanya lagu Seksa tersebut. dan rakan-rakanku tidak tahu apa-apa tentang kejadian ini.

p/s :: ukuran baju dah kecik sikit. wakaka.

No comments:

Post a Comment