Friday, 18 May 2012

lena vs leher

aku sememangnya meminati lagu-lagu rock kapak zaman 90'an. kumpulan yang menjadi kegilaan aku ialah kumpulan Ukays. antara lagu yang sering menjadi siulan harian aku sepanjang masa ialah lagu 'Seksa'. bagi aku lagu tersebut cukup meruntun jiwa. rakan-rakan memang mengenali aku sebagai minah jiwang kapak.

pada satu malam, aku tak dapat tidur. entah mengapa susah benar aku untuk melelapkan mata. lantas aku teringat sebaldi baju aku yang belum berbasuh. alang-alang esok hari jumaat, kelas pagi pun tak ada, maklumlah kat universiti mana ada jadual kelas macam sekolah. lalu aku terus bangkit membawa baldi dan sabun untuk membasuh baju-baju tersebut di bilik air. waktu sudah menunjukkan hampir tengah malam. selalunya masih ada budak aras aku yang akan ke bilik air untuk memberus gigi atau membasuh bekas makanan mahupun mandi namun malam itu masing-masing tidur awal agaknya kerana seorangpun tiada yang lalu-lalang di situ.

tanpa mempedulikan kawasan sekeliling, aku pun terus memulakan tugasku. suasana sunyi sepi.

"aiseh! handphone tinggal pulak. kalau tak boleh lah guwa dengar lagu-lagu baru download tadi. haih."

aku mengomel sendirian. bagi menghiburkan diri sendiri, aku terus menyanyikan lagu kegemaranku iaitu Seksa. kali ini aku menyanyikan lagu tersebut dengan lirik penuh. setibanya di bahagian korus,

"walaupun lenaku panjang.."

tiba-tiba aku terdengar satu suara,

"walaupun leherku panjang.."

aku lantas mendongak ke atas apabila terlihat satu bayang-bayang dan aku melihat bahawa ada satu lembaga BERLEHER PANJANG SEDANG MENJENGAH AKU dari bilik air sebelah ! mukanya berulat dan berdarah-darah. tanpa sekelip pun mata, aku membuka langkah seribu untuk pulang ke bilik. malangnya, kunci bilikku pula tertinggal di bilik air tersebut. belum sempat aku berfikir apa-apa, aku sudah mendengar suara di belakang telingaku,

"walaupun leherku panjang.."

dan aku tak ingat apa-apa selepas itu. sesedarnya aku, aku sudah berada atas katil dalam bilikku. roommate ku kata dia terjumpa aku terbaring tidak sedarkan diri depan bilik. badan aku panas dan aku demam seminggu. baju-bajuku di bilik air bersepah. sampai sekarang, aku tak berani membasuh baju pada waktu malam lagi malah lagu-lagu Ukays semua aku buang dari handphone dan ingatanku terutamanya lagu Seksa tersebut. dan rakan-rakanku tidak tahu apa-apa tentang kejadian ini.

p/s :: ukuran baju dah kecik sikit. wakaka.

Thursday, 17 May 2012

tsunami.

kemalasan melanda.
kesedihan menyelubungi jiwa.
sekian.

p/s :: dah 3 kali aku mimpi tsunami tapi aku survive. hm.

Sunday, 6 May 2012

Professor Severus Snape

when you had completed your summary writing in pages and your presentation in slides fully then

suddenly your laptop went something wrong and shut down automatically

OR

the power supply went out and you did not plug in your battery

PLUS

no auto-saving was set before

at that time you were like



p/s :: iklan syampu dah soooo lameeee

Thursday, 3 May 2012

Kaki Gosip.

aww tajukkk. mantap gituu. tangan ke bahu mata ke atas.

okay cemane seseorang tu boleh jadi kaki gosip? sebab dye busy body kan? okay kalau eliminate word body jadi apa? busy kan? okay busy tu apa? sibuk kan? haa sibuk tu aku lah skang ni. dah merepek.

saja je sebenarnya nak cakap, aku rasa semester 2 ni aku busyyyy sangat. kenapa hah? fyi, along this semester, i only managed to be home for only once. i met my parents twice kot. twice? sbb haritu ada balik kampung sbb ada kenduri but only for a night. maybe because every saturday i got koku. koku tu pulak this time kena buat program or any event for ourselves or people. hadoii macam macam hal. plus presentationS and reportS. naknak lepas balik fieldwork hah amik kau selepuk 10 reportS and presentationS kena complete kan and submit in 3 weeks. assignments for scl lagi and individual lagi. aku taktau lah kenapa macam terlalu banyak kerja kena buat.

but don't get me wrong. all of these works i got on the spot. bukan aku tangguh then esok nak submit baru bertungkus lumus, midnight oil bagai semua. err maybe ada some kot. hehe. alah lab report biasa je tu tak sampai sejam dah siap. tu takde hal lah. but what made those a bit lighter is they are all group works. okay relieved lah sikit kan. tapi despite all that, commitment plays the most important role.

hah nak cakap pasal komitmen ni yang timbul isu isu sensitiviti mahupun sastifikasi (?). konfem nye lah ada takpuas hati, takbuat keje, lepas tangan, tak show up in meetings even dye tu ajk or whatsoever. rasa macam bersamamu je tau tak beban tu tertanggung kat bahu ni. mentang mentang tough. daaa. bukanlah nak cakap apa. ini untuk peringatan diri sendiri jugak lah kan. if we are in a group, there should be teamwork right? teamwork ni kalau takde susah lah nak cooperate.

contohnya macam one of my experiences being in an organization. so here we got this one person who has been responsible to be the leader of food management for a program. okay we asked him to look for a sponsor from any company that he could. then after that he got one and the company requested for a letter. and he just told us about that without making an effort to deal with our secretary to make that letter for the company. plus all the budgets, deal with catering and so on were handed to people under him. and he never showed up in meetings and even classes. and all our texts were being ignored just like nampak orang ciumcium tepi jalan pandang tempat lain and run. tahu tak sakit hati tu cemane? aku memang nak provoke fasi supaya tak bagi dye A or even B grade.

see? nampak tak ketidakpuasan hati tu berlaku bagaimana? lalu nampak tak impak dann implikasi nya terhadap dua pihak? satu pihak marah lalu dengki dan satu pihak lagi bakal mendapat kesan buruk terhadap pencapaiannya. memang forgiveness is the best cure (kot?) tapi sometimes kita kena ajar sikit orangorang macam ni so that in the future diorang takbuat macam ni lagi. kalau rasa tak boleh galas tanggungjawab fine then cakap and letak jawatan and we can give that post to others who are more dedicated. haa gaya cakap macam kat parlimen tak? eleh macam tau je kan kat parlimen tu cakapcakap cemane. yelaaa takpenah pegi parlimen sbb masa ada lawatan sekolah dulu ayah tak bagi pegi. sobs.

sooo back to busy, i'm going through second test and my final exam will be on 11th June - 24th June. until  then, my status is busy. anggap aku letak sign busy macam kat ym tu lalu invisible. ahha cakap gebang je kan. :P pape pun, teruskan hidup dengan semangat dan keyakinan yang tinggi. boiiiiiiiiiiiii !

sebenarnya nak letak gambar frankeinstein tp ni wifi usIpot instead of uspot. okay dah tu je.

p/s :: to have better change, we must have courage.

Tuesday, 1 May 2012

re-post #1

tiada talian hayat.
kadangkadang hidup kita punyai banyak pilihan. kadangkadang langsung takde. bila masa kita ada option untuk memilih, kita boleh lah survey *mcm pegi mydin survey harga* dan nilai satusatu pilihan yg ada utk pastikan kita dapat yg terbaik. tapi bila kita langsung tak diberi pilihan, apa yg ada depan mata, itulah yg kita jgn sesekali lepaskan sbb itulah yg terbaik untuk kita dan hanya akan datang sekali saja, tidak kembali. sbb tu lah masa 'tiada pilihan' tu tiba. okay sila kira berapa banyak word pilihan yg ada dlm perenggan ni.

aku nak cakap yg aku rasa dalam hidup aku ni, sebanyak keputusan yg aku dah buat aku rasa betul. ada jugak sesetengah perkara yg aku putuskan 'merosakkan' hidup aku tapi tu semua jadikan aku lebih kental dan berpengalaman. ahha kentallah siaa. aku taknak lepaskan apa yg aku dah ada demi apa yg lain. perasaan dilema dlm membuat pilihan mmg ada tp semuanya perlu diatasi bersandarkan pada err rasionalisme? bombastik. XD

tapi apa yg aku tak pilih tu, tak semestinya takde manfaat pada aku. dalam masa yg sama, aku taknak kehilangan apa yg aku tak pilih tu. bukan lah kata aku tamak nak semua, tapi option yg tak dipilih tu tak boleh terus 'buang' kan? faham? aku pun tak berapa nak faham. =.='

hakikat tetap hakikat. walaupun pahit kebenarannya, kita mesti terima. walaupun aku sendiri yg rasa sakit, perit tapi aku mesti jugak terima. apa yg aku nak tak semestinya aku akan dapat sbb Allah akan berikan apa yg kita perlu bukan apa yg kita mahu semata mata. *calon ustazah pilihan tak??* :P jadi aku bersyukur dengan apa yg aku ada sekarang. sangat bersyukur, alhamdulillah. semoga segala yg telah ditentukan merupakan perkara yg terbaik untuk aku. dan sentiasa dapatkan yg terbaik. amin.

p/s :: may the best wins ! ;D