Thursday, 26 April 2012

double special.

bila April tiba
hati mula berkata
setahun lamanya
perkenalan kita
ku tanya padamu
kapan kah hatimu
akan ku miliki
selama abadi

di April yang itu
kau katakan padaku
sabarlah menanti
takkan lama lagi
kau senyum bermakna
padaku kau pinta
berikanlah oh waktu
kenalilah dirimu

bila, bila April
aku menantimu, aku menantimu
dan bila April, bila April
akan ku pastikan cintaku ini
bila, bila April
bibirku pasti akan bertanya
kapan kah kau milikku.

p/s :: busy tu stress dye macam nak tembus pale otak dengan lembing puteri santubong.

Friday, 20 April 2012

sejarah mungkin berulang..

 tuu diaaa New Boyz nampak... a.k.a Budakz Baru. ahaks.

okay hari ni istimewa sedikit nampaknya kerana haa ce teka ce teka. tu tu nampak entry Datang Lambat tu? tu merupakan entry sulong encik AA. yeah! tahniah.

jadi, apa yang mahu diperkatakannye pun aduy tentang sejarah ni? ye ye budak kelas time skolah dulu semua tahu aku tak minat sejarah. time sejarah je serong pegi taman bunga lah, pulau impian lah, pelamin kahwin lah. kehkeh. tapi yang bestnye tak penah kantoi der. aku sendiri taktau ilmu ape yg aku pakai sampai cikgu tak nampak aku tido sedangkan orang lain pantang tersengguk sikit. mungkin sebab kuasa tupperware air aku yg besar tu kot menjadi benteng pertahanan yg sangat kukuh seperti faktor kegemilangan kesultanan melayu melaka iaitu terlindung dari tiupan angin monsun timur laut oleh banjaran titiwangsa dan barat daya oleh sumatera. fuhh full marks okay sebab tu sejarah time spm dapat A-. unsur riak di situ, maafkan saya.

tapi itu bukan modus operandi entry ini ye tuan tuan dan puan puan. sebenarnya aku nak bagitau yg dah genap setahun aku tinggalkan Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan (KMNS). jyeah. okay takde motif pun nak bagitau anniversary peninggalan aku. cuma selain kolej yg aku tinggalkan, ada lagi benda lain yg seiring sejalan sewaktu dengannya telah aku tinggalkan. SETAHUN... *mood suram.

tangga batu caves
tangga ni untuk naik ke blok aku. 1 hari paling selalu aku lalu tangga ni 2 kali lah untuk turun pegi kelas and balik dari kelas. tu belum kira tambah kalau tertinggal kad matrik @ buku tutor @ I/C untuk masuk exam. belum pape lagi ketiak dah berair. hilang keayuan bebrbaju kurung guwa. haish.

ayam seketul RM1.80
i don't give so much damn on this because i don't eat chicken too much. berlagak kau eh. haha. aku selalu makan ikan je. tapi sesekali teringin ayam goreng ke rendang ayam ke kat cafe D tu, aih kecur dah air liuq ni.

toilet yang selalu takde air
ni common problem. macam bandan. terutama blok aku. selalu sangat jadi pelarian ke blok sebelah untuk mandi pepagi tu. sampai diorang dah kenal dah muka aku ni yg kalau datang situ mesti mandi berkemban kat pelantar basuh baju luar, petang2 konfem membajak.

peraHsaNTan
ahaa ni yg paling penting. masa kat matrik dulu, aku ada suka orang2 ni. ye suka. just suka for sukasuka. and diorang taktau pun yg aku suka diorang. alaa orang panggil apa tu, cuci mata? haa begitulah. begitulah awan nano nano nano nano nano saya suka, saya gemar, saya taksabar. gitu kann. sumpah lah aku tinggalkan suka aku tu lepas je aku keluar dari gate KMNS tu. tapi encik AA ni lain lah sebabbbbbbbbbbb dia carik aku balik. hehehe. :P

poster Super Junior
ni pun samaaa. sobs. masa tu pegi kopsa dgn jean. tibatiba ternampak majalah kpop. uih? masa tu baru terkenan kenan dengan kpop fever. gila. share duit beli majalah tu. ada pulak poster super junior. kenal? tak? kesah? lepas tu tampal kat dinding bahagian kepala konon konon boleh masuk mimpi nanti kann. last day, dah amik2 gambar semua kat poster tu berangan dapat jumpa suju. lastlast tertinggal. wooo rasa macam nak menangis gila masa tu. okay tipu.

makanya, itu cuma sebahagian daripada artifak sejarah yg guwe tinggalkan utk loe semua *nada Rika Sumanto dalam bawang putih bawang merah endon. dahlah. merepek ape ni. ciao!

p/s :: dilarang melucah.