Sunday, 25 March 2012

tekak ini kering amat.

dari seni kulinari puan emak, Ini Belog Kita mempersembahkan, CARA-CARA MEMBUAT STRAWBERRY MILKSHAKE ;D

bahan bahan yang diperlukan adalah seperti berikut :-

  • buah strawberry
  • susu cair
  • jus strawberry
  • ais
  • pengisar ais
  • tangan
  • mata
  • kaki
  • hidung
  • lidah

first and foremost, dah nama pun strawberry milkshake kan, of course lah kena ada buah strawberry. aku menggunakan sekotak lebihan strawberry yang dibawa pulang sebagai oleole dari CH. dari kecik dah diajar supaya basuh buah sebelum makan so basuhlah buahbuah strawberry yang merah ranum tersebut dengan air. air mutlak.


jus dan susu cair
 dalam resipi ini, aku menggunakan sedikit jus strawberry yang turut dibeli di CH dan susu cair F&N yang memang commonly used kat rumah dalam apa jua masakan yang memerlukannya. *pedulikan rice cooker itu. tiada kena mengena dengan ini gambar.


 masukkan susu cair. err sukatan agak agak lah ikut kuantiti buah strawberry tu.


lepas tu masukkan ais. jangan banyak sangat takut cair, jangan sikit sangat takut tak sebati.


next, campurkan sedikit jus berperisa strawberry bagi menambah rasa manis sebagai pengganti gula yang tak relevan. tapi kalau nak rasa masam or really pure, takpayah campurkan jus ini.


dengan kuasa ice blender, aku mengisarmu. yeah !


jjang! setelah lebih kurang 2-3 minit mengisar, mesin pengisar akan kelihatan seperti di atas. jangan risau sekiranya berwarna merah kerana jika anda mahukan warna hijau, buatlah sendiri apple milkshake.


sekarang, gunakan tangan untuk tuangkan milkshake ni ke dalam cawan bagi tujuan merasa pertama kali. jangan bimbang kalau takde cawan hijau, cawan kuning, merah, biru, kalerkaler bagai pun boleh digunakan mahupun gelas, labu sayong dan pasu.


setelah berpuas hati, masukkan yang lebih ke dalam bekas dan simpan dalam fridge untuk disejukkan bagi menambah kenikmatan ketika meneguk milkshake ini.


see. kan aku kata cawan apa apa pun boleh digunakan walaupun tiada kena mengena milo sejuk dengan strawberry. tp mungkin boleh cipta resipi baru iaitu milo strawberry milkshake. uuu hebatnyeee.

and, the last touch-up for the presentation...a supermodel! jyeahh.

for your information, milkshake ni tak sampai 2 hari dah habis. nampaknya cubaan pertama yg semberono ini sangat membuahkan hasil yang memberahikan memberansangkan. akibat kejayaan yang boleh menang hadiah nobel ini lantas encik bapak berkata "time kaklong kahwin nanti ayah nak buat strawberry milkshake" take note encik AA. woohoo ^^, senyum guwa sampai ke telinga derr.

so, aku memang suggest lah kat korang supaya try buat benda alah ni. mana tahu nanti encik bapak korang pulak yang plan nak sediakan hidangan ni masa hari perkahwinan korang nanti kan. haaa. grand sikit kan. kuikui. okaylah guwa chow dulu. adios!

p/s :: s.a.b.a.r

No comments:

Post a Comment